Jogjakarta - Day 1

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
Salam Isnin.
Alhamdulillah kembali bekerja seperti biasa setelah hampir seminggu bercuti.
Isnin lepas last kerja.
Isnin ini mula bekerja kembali.



Alhamdulillah salah satu misi 2019 dah berjaya dilaksanakan.
alhamdulillah tercapai impian dan cita-cita.
terima kasih kepada travelmate kerana mencipta memori bersama.
seronok bersama korang!~

biasalah bila nak travel aku mesti menghadapi masalah nak packing barang.
selalu sangat ada masalah macam ni.
nak pack barang bukan main liat dan malas.
lagi bermasalah dengan pemilihan baju.
paling lemah dan letih sebab aku jenis manusia yang tak suka pakai baju untuk travel baju yang sama aku pernah letak kat instagram.
payah kan?

"inilah perempuan. suka ootd tapi bila dah ootd taknak dah pakai balik baju tu. hissshhh tak faham betul"

Isnin malam selasa baru selesai mengemas and repack barang-barang dalam luggage.
dalam pukul 10 malam bertolak ke Hotel El Ray Kota Warisan.
bersebelahan dengan ERL Salak Tinggi.
RM70/malam.
flight kami Jam 9.30 pagi maka perlu check in 3 jam sebelum. dalam jam 6.30 dah kena check in.
dalam jam 6.00 pagi dah bertolak ke ERL.
ERL Salak Tinggi ke KLIA2 RM4.90 
Alhamdulillah seperti dalam perancangan.
sampai dalam jam 6.45pagi untuk check in.

tiket flight kami dah beli dari Disember 2018.
total RM580 termasuk pakej luggage 20kg.
tapi bersyukur juga Syidah terbeli luggage sebab beg masing-masih semua lebih dari 7kg.



Alhamdulillah dalam jam 12.30 touch down di Yogyakarta, Indonesia.
dan Geografi aku masih fail rupanya.
Yogyakarta ini merupakan pulau jawa.
#nanabalikkampung!

bila orang ofis tanya pergi mana


"balik kampung jumpa saudara mara"

owh untuk percutian kali ini aku ikut sahaja.
semua Syidah (sepupu) and Intan (Kawan Syidah) yang uruskan.
dari tempahan tiket sampailah ke Itinery.
aku follow je. tak kisah apa pun perancangan mereka.
dan aku berterima kasih yang tak terhingga buat mereka kerana bersungguh-sungguh.
bila kita mengikut and takde buat apa-apa sebelum bercuti ni mohon lah jangan complain satu pun.
ikut je segala itinery.
kalau nak complain pun sebelum hari kejadian.
sebab aku tahu susah nak uruskan semua benda.
nak booking hotel, nak cari kereta or supir, nak cari the best place untuk pergi.
banyak benda kena study.
so, sesiapa yang tidak menguruskan sebarang urusan berkaitan dengan travel or rehlah atau apa-apa yang berkaitan dengan apa-apa program, jangan banyak complain.
buat dulu dan rasai kesusahan mereka.
baru kita tahu.
okey?

Kami menggunakan supir dari Muhibjogjatour.
boleh contact mas Agus +62819627065
RM550 untuk 5 hari 4 malam.
perkhidmatan 24jam termasuk parking fee
setiap entrance yang kami pergi ada parking fee, so harga supir termasuk parking fee, minyak kereta, kereta dan upah supir.
which is murah lah bagi aku.
kau cakap je kau nak pergi ke sana jam berapa.
dan supir sangat punctual!
dalam 5 hari kami bersama, tak pernah ada hari supir akan datang lambat.









sampai je terus kami ke Kalibiru National Park.
perjalanan di Jogja dari satu tempat ke satu tempat agak jauh yea.
dalam 1-2 jam jika tidak jem.
pendapat aku. sekadar pendapat.
Jogja tak sesuai untuk bercuti bersama orang tua.
mereka yang ada anak kecil.
honeymoon.
sebab letih kena hiking!
kalau aku nak honeymoon tempat-tempat yang penuh romantik.
gituhhhh!~






disebabkan kami sampai hari selasa, terus ke Kalibiru.
memang tak ramai. so, rezeki!
tak perlu beratur mengambil gambar dan tak kisah berapa banyak nak posing.
setiap tempat mengambil gambar ada fee yang berlainan.
masuk saja di Kalibiru Rp40,000
kami hanya masuk dalam 3 tempat.
Bunga, basikal dan oval.
oval sebab nak ambil gambar berempat.
dan memang tak menyesal pilih oval!







kawasan besar dan nak naik pun senang tak perlu panjat tangga seperti di Bunga.
perlu naik tangga cuma tangga yang senang.
tangga menuju ke hati awak lagi susah.



pemandangan dioval bagi aku paling cantik.
dan paling aku jatuh cinta.
dan paling tak gayat.

dan setiap tempat berbeza harga untuk perkhidmatan gambar.
sebenarnya ada lagi satu tempat berhampiran juga dengan Kalibiru.
pemandangan sama.
cuma ada penambahan buaian.
kami tak pergi kesitu sebab dah petang dan hujan.



kami ada susun itinery tapi supir akan bagi juga cadangan yang terbaik untuk pergi ke satu-satu tempat tu bila dan ikut dengan jadual.
tak banyak berubah.
yang berubah hanya untuk ke Pingus Pengger.

biasanya bab makan supir akan bagi cadangan the best tempat makan.
so, hari pertama kami request nasi ayam penyet.
dan ada varieties of sambal.
kalau pergi beramai-ramai boleh pilih sambal yang berlainan untuk rasa-rasa
sedap dan murah!~
total sorang dalam RM6



nasi - 4 orang
ayam goreng - 3 ketul
ikan keli - seekor
sambal 4 jenis
es jeruk - 2
jus alpukat - 1

kalau boleh hari-hari nak minum jus alpukat.
tapi yang tak best sebab tak sejuk.
bila request air buah kat Indonesia ni, ais mmg kurang.
air pekat dan berlikat.
Ya Allah terngiang-ngiang rasanya.

siap makan, perjalanan memakan masa dalam satu jam.

"sudah kenyang, makanya tidurrrr"



Check in Hotel di D'Senopati Malioboro Grand Hotel
tempah 2 bilik sebab ada empat orang untuk keselesaan masing-masing.
RM100/bilik
sangat puas hati. besar dan best!
semua puas hati.



berehat dan esok pagi nak bangun pagi-pagi untuk next destination.

total perbelanjaan hari pertama tidak termasuk tiket penerbangan, supir dan hotel

1) Entrance Fee Kalibiru - Rp40,000/4

2) Spot Bergambar Bunga - Rp40,000/4

3) Gambar Spot Bunga - Rp185,000/4

4) Spot Basikal - Rp120,000/4

5) Spot Oval - Rp120,000/4

6) Gambar Spot Oval - Rp40,000/4

7) Rojak Aiskrim - Rp14,000/4

8) Makan di Lesehan Aldan - Rp79,000/4

9) Simcard 5.5gb - Rp300,000/4

Total = Rp938,000/4

RM78.00/person.

Tiket Flight = RM580.00
Supir = RM137.50
Hotel = RM200.00

Total = RM917.50

Terima Kasih!~


Next Day

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~