Jogjakarta - Day 2

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


kalau nak rujuk day 1 boleh klik link kat bawah




Hari ini agak pagi juga kami bergerak.
perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain memakan masa dalam satu-dua jam.
maka, sengal juga tulang punggung.
dan yang penting dalam kereta sepanjang jalan tidur.
kami bergerak dalam jam 6pagi waktu Jogja.
lebih kurang 7 pagi waktu Malaysia.
waktu subuh disana seawal jam 4.30 pagi

aku akan bagi semua entrance fees dibawah sekali yea.


1) Rumah Hobit



First pit stop.
sebelum berjalan, isi minyak sat sebab semalam makan malam agak awal dan malam terus ketiduran.
maka, awal pagi dah lapar.

Nasi ayam goreng - 2
indo mee - 2
teh - 2
kopi cappuccino - 1

teh disini kebanyakkan teh jasmine.
bukan kebanyakan tapi memang teh jasmine.
tapi kopi cappuccino memang sedap.
siap tanya dengan owner kedai sebab banyak sangat jenama yang digunakan.

"tadi Cappuccino guna jenama apa?"

"jenama torabika mbak. mau beli"

"ngak. tanya ajaa"



owh lagi satu yang aku perasan, kebanyakkan alas meja kat Jogja ni semua berbaur perlian dan kata-kata semangat.
sambil makan sambil membaca lah kiranya ni.












pergi time weekdays pun kena beratur juga untuk dapatkan gambar yang agak cun.
bayangkan kalau hari cuti?
malas nak bayangkan.



kawasan berbukit.
dan hujan renyai-renyai. so kawasan agak basah dan licin.



banyak spot yang boleh diambil gambar kat sini.
layan jelah gambar-gambar kiteorang okey.




2) Hutan Pinus Mangunan




tak jauh dari Rumah Hobit dalam 10 minit.
entrance fee yang berlainan.
aku suka dalam ni.
bagi aku kawasan yang sangat cantik
pokok yang tinggi-tinggi
macam kat Pulau Nami



dinamakan Hutan Pinus bersempena Pokok Pinus itu sendiri.
pada permulaan tempat ini bukan salah satu tempat pelancongan seperti Rumah Hobit yang memang khas dibuat untuk orang datang melawat dan bergambar.
tetapi menjadi viral di instagram dan facebook kerana seolah-olah seperti di Pulau Nami.
maka, bermulalah era pelancongan di Hutan Pinus Mangunan.
pokok pinus sangat tinggi dan menjadikan kawasan sekitar redup dan sejuk serta nyaman.
senyaman hati aku sama kamu mas rangga.



"kita honeymoon di Pulau Nami boleh?"


kawasan-kawasan sekitar ni banyak je Hutan Pinus dengan entrance yang berlainan.
tapi aku tak ingat setiap nama tempat.
dan berbeza juga spot bergambar.
kami pergi ke pit stop yang pertama.
boleh lah bila orang tanya

"dah pernah ke Hutan Pinus?"

"sudah...."

kira dah pernah sampai tu dah okey lah kan?



pendapat aku, Hutan Pinus ni korang masuk salah satu je pun dah okey sebab background semua lebih kurang sama. 
pemandangan pokok pinus.
jimat masa, wang dan tenaga 
sebab lepas ni banyak lagi tempat nak pergi.


3) Pintoe Langit



mula-mula dengar nama tempat ni macam 

"wooooowwwwwww, seriously?"



sebab aku tak buat study mana-mana pun tempat-tempat kat Jogja ni.
semua main ikut je.
time ditempat kejadian baru study macam mana nak ambil gambar.
tapi apa yang aku puas hati kat Jogja line internet Ya ampunnnnn.
dalam hutan pun masih 4g dan laju okey.
paling rindu line internet disana.
bila stress bab internet rasa nak pergi indon untuk access internet semata-mata.
time cari makanan, balik semula ke Malaysia melalui pintu langit.
gituhhhhhh.



bak kata pak supir Hendra

"Orang Jogja ni kaq semuanya kreatif-kreatif. dari ranting kayu pun boleh jadi sesuatu yang cantik. dari bahan-bahan buangan pun boleh dijadikan ambilan gambar untuk pelancong"

bila aku ke Pintoe Langit ni nampak lah kreatifnya orang Jogja sampai boleh mencipta Pintu Langit.
cuma perlu berhati-hati sebab tiada harness untuk ke pintu langit.
kena jaga keselamatan diri sendiri.
dan tiada yang menjaga dikawasan sini.



pada yang ada anak-anak tu, rasanya tak sesuai untuk ke tempat ini.
maka, boleh pilih tempat lain.
okey?


4) Goa Pindul




okey kat sini aku tak boleh sangat nak cerita pengalaman.
sebab aku tak masuk.
at first memang aku nak masuk.
tapi macam malas.



"sure kau taknak masuk?

banyak kali juga dieorang tanya.
tapi aku malas nak basah-basah.
tapi ada je disediakan toilet dan bilik air disini.

"jangan ditanya berkali-kali. termasuk nanti"

owh cerita pasal toilet.
toilet Jogja is the best!
kalah Malaysia bagi pendapat aku.
jangan tengok pada luaran toilet tapi lihat dalamnya.
bersih!
walaupun tiada flush.
kagummmmmmmmm!~

at first memang takut sebab ada pernah berpengalaman di Bandung dan Jakarta.
tapi jangan risau, berbeza dan sangat berbeza.
terpuji lebih-lebih kampung sendiri pula.

berbalik cerita Goa Pindul.
Goa Pindul ni cantk bila ada cahaya matahari masuk dalam gua.
gambar kau akan jadi sangat superb.
cuma mereka tiada rezeki waktu tu hujan renyai-renyai.

aku just menunggu di tempat menunggu.
dan dilayan betul-betul macam tetamu.

"mahu teh?"

"takpe nanti saya ambil sendiri"

tiba-tiba teh dah sampai atas meja.

"mahu kopi panas?"

"hmmmmmmmmm"

tahu-tahu kopi panas sampai atas meja.

Ya Allah baiknya kaum kerabat aku ni
(puji kaum kerabat sendiri)

"kak, kenapa tak mahu pergi? rugi saja datang jauh-jauh"

"malasssssss"
sambil buat muka malas

"dari malaysia ke sini nggak malas kak?"

aku lagi buat muka.
kurang asam kau yea.

"kak, mahu nggak esok tukar driver nya?"

dalam hati aku mentang-mentang semua perempuan, dan2 kau nak tukar.

"no. aku setia pada hendra sorang"


5) Pantai Timang




waktu ni dah risau sebab hujan renyai-renyai dan agak lebat.
tapi Hndra dah roger-roger mereka disana samada pantai timang hujan atau tidak.
sebab nak ke seberang perlu menaiki gondola atau menyeberang melalui jambatan bergoyang bak kata orang kedah titi petoyang.



alhamdulillah tak hujan dipermudahkan.
untuk ke pantai timang perlu sewa jeep kerana jalan untuk ke timang tak sesuai untuk kereta masuk.
dalam 15 minit dah sampai.
sepanjang perjalanan menang banyak kebun-kebun kecil orang kampung.
seronok betul tengok orang bertani.



kami sampai agak dah petang dalam jam 4 rasanya.
dan masih tak berapa ramai orang lagi di pantai timang.
seronok nak bergambar.
dan tidak perlu beratur yang panjang untuk menaiki gondola.



mula-mula aku dah seram sejuk nak naik gondola.
kecut weyh untuk orang yang gayat macam aku.
konon nak seberang guna jambatan je.
tapi nasib baik tak lalu jambatan sebab spot bergambar berlainan.
ada had-had yang tertentu untuk lalu jambatan dan gondola.
kalau tak berhuhuhu lah aku keseorangan.



air di pantai timang warna kebiru-biruan tapi disebabkan kami pergi waktu mendung, jadi air bertukar warna/
tapi aku tetap jatuh cinta macam cinta aku sama kamu tak berubah walau kau berubah wakna kulit atau rupa.
cantikkkkkkkk!~
tersangat cantik.
paling rindu.
dan yang paling best, mereka akan tolong ambilkan gambar setiap orang.
dia akan cari the best angle untuk nampak kurus!
yang kali ni aku tak suruh okey.
dia buatkan dengan rela hati.



kecantikan pantai timang tak terkata dengan kata-kata.
sangat cantik.
jadikan tempat yang wajib kalau travel ke Jogja yea.



kat sini ada restoran yang akan serve lobster.
ada kawan-kawan aku yang dah pergi kata sedap.
dan ada yang kata biasa je.
depends on tekak dan lidah masing-masing.

kami tak pergi sebab sebelum ke Timang kami singgah makan di Warung SS Babarsari.

kiteorang bukan paling last masuk Pantai Timang tapi orang paling last balik.
tapi bukan salah kami.
salah orang yang ambil gambar kami.
dia yang ajak bergambar kesana kemari.
yang menunggu untuk menarik Gondola dah tak sabar nak balik.

"mahu nginap disana ya kak?"



6) Pinus Pengger

mengikut Itinerary asal kami akan ke Pinus Pengger pada hari pertama.
tapi Hendra cadangkan untuk pergi kehari kedua selepas ke Pantai Timang.
sebab semua tempat ini dijalan yang sama.
tapi hujan agak lebat dan tidak berhenti semasa kami sampai ke kawasan Pinus Pengger.
maka, bertukar kehari esok.


Makan

Warung SS Babarsari!~
really recommended.
dah ada di Malaysia okey.





Nasi - 4
ayam negeri goreng - 2
ikan bawal goreng - 1
perut bakar - 1
pecal - 1
tempe - 1
telur gobal-bagul - 1
sambal tomat - 1
sambal belut - 1
sambal bawang - 1
sambal udang -1
es jeruk - 1
jus alpukat -1
jus apple - 1



.kat sini ayam negeri tu bermaksud ayam bandar. bagi aku perut bakar tu better ambil perut goreng. paling sedap sambal dia adalah sambal belut.
sedap gila and pedas gila.
aku pun hampir menangis makan.
bagi tak suka pedas boleh cuba sambal tomat yang just nice tahap kepedasannya.
untuk pertama kali sambal yang aku tempah tak habis walau aku and syidah makan bersama.

korang tak pernah rasa telur gobal-gabul kan?
kalau pergi ke Jogja dan makan di SS sini try rasa telur ni.
sedap!
recommended.



malam selepas ber hai dan bye Pinus Pengger
kami cuba mutabak telur dan apam balik indon.
murtabak sini menggunakan telur itik.
dan kami ambil yang paling basic.
dan apam balik coklat cheese.
dua-dua makanan sedap!
Hendra yang bawak kami ke sini.
serius sedap!~
kongsi makan berempat dan kenyang.
sebab murtabak tu besar. kulit yang garing isi yang penuh digaul dengan daun bawang dan daging lembu.
terasa-rasa sampai sekarang.
apam balik yang gebu-gebas segebu yang menulis entri ini sarat dengan coklat dan cheese tapi tak muak!
part paling menyesal tak repeat makan apam balik dan murtabak.

Total perbelanjaan untuk hari kedua

1) Rumah Hobbit - Rp10,000/4

2) Breakfast - Rp56,000/4

3) Hutan Pinus - Rp10,000/4

4) Pinote Langit - Rp10,000/4

5) Goa Pindul - Rp480,000/3

6)Photographer and entrance - Rp200,000/3

7) Entrance fee Pantai Timang - Rp20,000/4

8) Jeep ke Pantai Timang - Rp350,000/4

9) Gondola - Rp800,000/4

10) Lunch - Rp124,000/4

11) Dinner - Rp48,000/4

Total = Rp2,108,000

Rp357,000/person without Goa Pindul
Rp583,666 with Goa Pindul

RM119/person without Goa Pindul
RM194.55/person with Goa Pindul

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~