Dessert in Mykori

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~


siapa je yang tak kenal Mykori.
kedai dessert yang semakin melonjak naik saban hari.
aku saja dah pergi beberapa kali.
masa first time memang teragak-agak juga nak pergi.
sebab bila benda yang baru kita tak tahu macam mana proses untuk membeli kan.

bagi peminat dessert and aiskrim macam aku, memang sesuai lah untuk pergi kesini.
tapi hanya dessert sahaja di sini.
tiada makanan berat.

senarai bawah ni adalah antara yang aku pernah makan di Mykori.
berlainan tempat.
dan berlainan waktu juga.

first time cuba dulu,
 Mount Mauve Kakigori


sedap.
tak berapa manis masa makan bahagian atas.
tapi bahagian bawah masam!
masa first time semua masih large size.
sekarang best sikitlah ada small portion and kita boleh rasa banyak flavor.
boleh lah.
sedap je tapi bila datang lagi taknak dah order perisa ni.
sebab buah-buahan yang ada tu masam.

Signature toast Mykori sedap!
aku pilih 


Triple Chocoreo Toast.


boleh pilih 2 flavor.
Vanilla and Matcha.
cuma kena pandai pilih aiskrim.
aku kan jenis manusia yang teruja sangat dengan flavor matcha,
tapi kecewa.
so sad!
aiskrim matcha je tak makan. tapi the whole toast makan sebab sedap dan tak berapa manis.
takdelah muak untuk makan.


Mount Fuji Kakigori.


aku suka flavor ni!
rasa ni natural.
rasa yogurt biasa tanpa flavor.
sedap.
simple.
dan kalau pergi lagi perisa ni boleh jadi pilihan hati.
tapi tunggu dah rasa semua falor baru ulang lagi.

Chocooreo Kakigori


siapa yang suka oreo and choc boleh lah rasa ni.
bagi aku sedap je.
yang penting aiskrim kan. 
semua pun sedap.
as long as tak manis leting leting.
sedaplah tu.
sambil menulis sambil terbayang ni tak best betul yea.

Strawberry Cheesecake Kakigori


i beat cheesecake ice cream kat baskin robbin is more superb lah than this.
not bad cuma biasa-biasa je rasa dia.
tak berapa the boom but okay.
boleh diterima tekak.
strawberry puree tak berapa manis.

Kenko Kakigori


part ni paling favourite!
boleh pilih nak ice yogurt atau milk.
berdasarkan pengalaman yang dah pernah rasa dua-dua.
better pilih yogurt. lagi sedap dan paling sedap sebab nanti akan menyesal.
kat menu pun ada tulis step by step.
then pilih 3 jenis kekacang yang kita suka
dan dua jenis buah yang kita suka. kalau nak lebih boleh dan ada charges.
harga pun affordable.
berbaloi juga kalau makan ni.
kalau pergi lagi, yang ni pasti akan ulang.
confirm!

Kakigori Boru


part ni pun best.
lebih kurang je macam Kenko cuma part ni ada ice cream.
boleh pilih sejenis buah, sauce dan 3 topping. 
topping ni bukan kekacang macam Kenko.
ada oreo dan macam-macam lah.
yang ni pun berbaloi juga sebab harga pun tak mahal sangat.



kenapa aku suka Mykori?
sebab kebanyakan aiskrim dia best.
Kakigori mostly adalah yogurt aiskrim yang dikisar halus.
kemudian curah dengan puree atau pelbagai flavor.
dan sedap!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~