Sapporo

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!

dipagi jumaat yang sejuk dan dingin.
rasa teringin nak update blog sambil fikir idea.
lama nak menulis tapi takde cerita.
kalau asyik up cerita tentang cinta, nanti orang bosan pula.
so, kita kurang-kurangkan sikit walaupun niat dihati nak cerita and penuhkan labels 'Ceritakita'.
nanti-nantilah.


Awal tahun 2018 aku pernah berniat, jika calon suami atau kekasih hati tidak muncul lagi.
aku dah tekad sehabisnya untuk habiskan duit kawen untuk pergi travel.
macam-macam perancangan aku dah buat since 2018. 
 selepas raya aku masih belum jumpa calon.
maka, perancangan demi perancangan aku rancang.

pada bulan September setiap minggu aku pergi bercuti.
Terengganu - hantar Aisyah belajar kat Unisza
Ipoh - hantar Nini belajar then terus ke Ipoh.
Terengganu - Pulau Kapas

Bulan Disember bercuti bersama Family ke Pulau Langkawi.

untuk 2019 aku ke Jogjakarta.
aku merancang untuk ke Switzerland tapi sebab kekangan duit, maka aku merancang untuk ke India sebab tiket lebih murah berbanding ke Swiss.
disebabkan kawan aku tak mahu, dan kawan yang lain juga ada kekangan duit sebab baru balik Korea.
maka, dengan itu aku ikut gegadis pergi ke Brunei.
dan ikutkan hati (biasalah kalau ikut hati semua mahu)
mahu ke Kemboja.
tapi sesungguhnya perancangan Allah itu sangat cantik dan Allah Maha Mengetahui segalanya.
dan aku bersyukur.
bersyukur tak terhingga.
sangat!

Tahun 2020
aku merancang untuk ke Sapporo.
masa ni sujud syukur dah.

"Ya Allah, finally salah satu tempat yang aku nak pergi, Engkau makbulkan sedikit demi sedikit."

tapi

macam aku cakap, perancangan Allah itu Maha Sempurna.
aku tahu ada banyak hikmah disebaliknya.
banyak
sangat banyak.
bukan menyesal.
cuma ada rasa sedikit rasa sedih.
walaupun tiket dah beli.
deposit pakej dah bayar.
berbulan juga aku fikir dan fikir.

"lebih baik kau burnt RM1+++ dari kau akan keluarkan lagi RM4+++"

ayat tu menghantui aku saban hari.
setiap hari aku fikir.
hari-hari.
akhirnya, aku cancel my trip ke Sapporo. 
serba salah juga sebenarnya, tapi aku dah terlalu buntu.
sampai sekarang rasa serba salah.

Insyaa Allah, lepas ni akan lebih banyak destinasi yang akan dituju.
semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yang diberkati melimpah ruah yang bertebaran keseluruh dunia.
aminnn.

oleh itu, marilah fikir apa pengganti kepada Sapporo.

Terima Kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~