To Another Step Become Closer

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~
Hari ini rasa macam nak meluahkan perasaan pasal bribe tapi lagi tambah sakit hati dan buat aku terfikir-fikir sepanjang hari.
baik cerita yang lain setelah dapat idea secara tiba-tiba ni.

saja je nak cerita untuk memenuhkan label 'Ceritakita'
semoga label yang dicipta selamanya untuk kita.
cringe tak?

24 Ogos 2019 
first time jumpa family Amir.
ingatkan jumpa just untuk kenal antara satu sama lain.


sebenarnya lupa tarikh ni sampailah satu masa haritu girls outing but without another one girl.

"kau memang tak makan sayur ke?"

"eh makan je maaa"

"aar haritu kakak ada tegur masa first time jumpa. sama juga tak makan tomato"

"hahahhaa ikut mood nak makan time bila"

"bila tarikh first time tu?"

"owh tu kena tanya dia lah sebab mesti dia ingat first time jumpa family"

suddenly terus teringat what happen during the first time.
sebab memang tak terjangka apa yang terjadi.
ingat datang makan-makan.
sembang-sembang kosong.

sebelum makanan sampai.
mengisi masa lapang.
mama lina selaku jurucakap keluarga, memperkenalkan seorang demi seorang.
sampailaah tiba masa.

"sebelum kita pergi lebih lanjut, mama nak tanya lah dulu"

"amboi bukan main aunty lina"

"yelah kena ada introduction sebelum melangkah kearah yang lebih serius"

berdebar jugalah.
duduk berhadapan dengan mama lina plak tu.

"nana betul-betul pilih amir?"

"hahhahahaa..."

aku rasa macam kelakar dan terfikir-fikir juga apa respon nak bagi dan jawapan yang sewajarnya patut aku bagi.

finally...

"jap, bagi saya fikir jap boleh?"

"haaa fikir nana, fikir dalam-dalam. nanti termenyesal"

actually semua dalam nada gurau. tapi aku takut juga terlebih-lebih bergurau.
dah lah first time jumpa dah nak gurau lebih-lebih.
hopefully tak terlebih gurau.

"insyaa Allah. saya terima seadanya."

"alhamdulillah. terima kasih kerana terima amir seadaanya. terima kasih kerana masuk dalam keluarga kami terima baik buruk keluarga kami insyaa Allah jadi keluarga kita bersama..."

dan bermula perbincangan seterusnya kearah yang lebih serius.
dari tarikh tunang, bulan untuk berkahwin dan segala tema.

terkejut juga first time jumpa dah kena pinang.
tak payah susah-susah datang meminang.
sebab mama and abah kesian, nak datang johor tu memakan masa dan juga wang ringgit juga.
maka, kita memudahkan semua pihak, xpayah datang sampai 2 3 kali.
datang waktu tunang je, senang.

rupanya, mereka memang dah berbincang.
cuma mama lina nak beritahu aku sendiri tarikh tunang dan tarikh-tarikh penting yang lain.
alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan semuanya.

tipulah setiap perjalanan tiada cabaran.
jadikan ia sebagai pengalaman yang mendewasakan.
even barai juga lah.
tapi kita jalan je macam biasa.
insyaa Allah dipermudahkan hingga ke akhirnya.

pengalaman berharga.
kena pinang waktu jumpa kali pertama kat kedai makan.

Terima kasih semua.
terima kasih ada yang tanpa henti doakan.
setiap cerita yang membahagiakan, ada insan yang sentiasa mendoakan.
terima kasih.



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~