Abad 21 Yang Tak Dijangka!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
lamanya tak berkunjung kesini.

tak terjangka tahun 2020 wabak melanda dunia.
wabak covid19.
bermula dari November 2019 dan sehingga kini dunia belum pulih sepenuhnya.
ada negara yang masih berjuang habis-habisan.
ada juga negara yang dalam proses pemulihan.
tetapi hidup dalam norma yang baru.

Malaysia mengamalkan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan secara berperingkat dari Mac sehingga Ogos.
tujuan utama adalah untuk mengawal penularan wabak covid19.
banyak perancangan sepanjang 2020 tidak dapat dilaksanakan.
tidak dapat ditunaikan.
bukan kita sahaja malah satu dunia diserang wabak yang sama.

Penularan bermula dari Wuhan dan tersebar dengan pantas ke seluruh dunia.
jumlah kematian saban hari semakin meningkat.
alhamdulillah, Malaysia cepat bertindak menutup pintu antarabangsa.
walaupun tidak terlalu cepat, tetapi sedikit sebanyak dapat menyekat penularan wabak covid19.

satu peristiwa yang akan diingati oleh seluruh dunia.
membantutkan tumbesaran ekonomi malah mematikan industri-industri kecil.
satu peristiwa yang tak terjangkau dek akal.
datang secara tiba-tiba.
semoga ia kembali pulih seperti biasa.

kehidupan di Malaysia kembali normal tetapi perlu mengamalkan norma baru.
kebanyakan rakyat Malaysia sudah kembali bekerja seperti biasa.
sekolah akan dibuka semula pada esok hari.
semua perlu menjalani kehidupan seperti biasa.
jaga diri sendiri dan mengamalkan kehidupan seharian yang disarankan oleh Kementerian Ksihatan Malaysia.
Malah, majlis-majlis juga telah dibenarkan dengan mengikut SOP yang disarankan oleh Kerajaan.
nampak agak sukar tetapi kerap berdoa semoga dipermudahkan oleh Tuhan.

Alhamdulilah, majlis kami #tumbleultraman akan diadakan seperti yang dirancang pada permulaan.
Alhamdulillah, Allah permudah segala urusan.
segalanya Allah permudahkan.
rezeki!
kalau rajin nanti buat satu entry khas untuk segala persiapan.
mencabar tetapi Allah tetap permudahkan segala perjalanan.
Terima kasih atas segala doa untuk kami.
hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.




Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~