Coretanku Untukmu!~

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
::: By the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful :::


alhamdulillah...
syukur Ya Allah atas ujian yang telah diberikan sempena tahun baru...
memberikan aku peringatan...
menyedarkan aku dari mimpi lena yang panjang!~

sebenarnya xsempat nak hapdate sgt pun...
suke tau budget busy bebenor!~
actually, nie coretan kawan baik saya...
saya macam tertarik...
so, sy hapdate ler...
hukhukhuk
sorry okeyh!~
mustilah i dah mintak keizinan beliau...
kalaulah kita ada hak untuk bersuara dihadapan pemimpin...
memang lama dah saya bawak isu nieh...

and baru2 nieh i ade terbaca status somebody...
dia nie setiap kali tahun baru pasti akan ditanya...
apakah pendapat beliau tentang tahun baru tahun ini...
dan dia memang seorang yang lantang apabila berbicara!~
memang best lah!~

"haramkan sambutan tahun baru"
ohsem kan?!!~

melalut lah plak!~
okeylah...
hayatilah apa yang cube disampaikan penulis...
ade yg tersurat dan tersiratnya...
mohon bace dengan kotak pemikiran..
insyaAllah kita akan jumpe apa yang cube disampaikan!~



Coretanku Untukmu
Assalamu'alaikum.. Salam hamba.. Hulur tanda ingatan.. Buat semua insan.. Umat Islam.. Di pagi Syawal..  Eh, salah. Di pagi tahun baru 2013.. Hehe.. -Jamal Abdillah, Salam Aidilfitri.

Pertama sekali, buat semua rakan, sahabat dan taulan.. Selamat tahun baru Cik2Penulis ucapkan buat semua.. Semoga tahun 2013 ini menjadi  tahun yang lebih baik dari tahun lepas yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya beberapa jam yang lalu.. Semoga tahun ini  kita mampu memperbetulkan azam agar menjadi lebih baik dari yang lepas.. Mungkin ada lagi di antara kita yang masih belum mampu melaksanakan sepenuhnya.. Insya-Allah kita sama-sama melaksanakan apa impian yang belum tercapai lagi tahun lepas untuk di ‘carried forward’  tahun ini.. Semoga Allah redha atas perjuangan ini.. Aamiin..

Semoga yang jauh kita dekatkan.. Yang salah kita perbetulkan.. Yang bersalah dimaafkan.. Yang membuat salah pula pohon keampunan dari Allah juga dari manusia.. Yang malas dirajinkan (yang baik2 je tau, rajin main facebook? nonono.. rajin tengok rancangan2 korea? nonono.. rajin memasak? xpexpexpe.. rajin solat? xpexpepe.. rajin bersedekah? xpexpexpe).. Yang kurang diperbanyakkan (amalan2 yang baik sahaja ye.. \('_<)v ).. Yang hubungannya renggang, dirapatkan.. Yang berdendam dilupuskan.. Hidupkanlah kasih sayang sesame kita kerana Allah pasti akan terasa manisnya sesuatu ukhwah itu. InsyaAllah.. ‘ukhwahfillah abadan abada!~

Hubungan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pencipta sekalian makhluk, itu paling utama.. Semoga kita perbaiki dan perbanyakkan zikir, amalan2 mulia, ibadah2 kita, supaya kita mendapat rahmat dan hidup yang diberkati, diredhai, disayangi.. Hubungan dengan Nabi junjungan mulia, Muhammad S.A.W., dengan menyayanginya, mengikut sunnah2 nya, menyayangi keluarga dan sahabat2nya, dan tidak lupa, berselawat kepadanya.. Semoga kita dapat menghidupkan sunnah2nya dalam kehidupan di dunia.. Manakala syafaatnya sangatlah berharga untuk kita di akhirat sana.. Rasullah sentiasa merindui ummat-ummatnya dan Baginda sentiasa sabar menunggu kita disana.. Tugas kita, 'just follow the flow' yang Allah 'guide' kita dalam Al-Qur'an supaya kita boleh jumpe Rasullah yang tercinta disana!~ Insya-Allah!~ Kasihanilah Baginda sebagaimana Baginda, Rasullah Kekasih Allah telah mengasihani kita sejak dahulu lagi.. Berselawatlah! Hidupkan budaya selawat itu dalam kehidupan seharian kita. Allah akan menyayangi bagi sesiapa yang menyayangi KekasihNya, Muhammad S.A.W. fitrah manusia memang mendambakan kasih sayang tak kiralah dari sesiapa pun.

Meskipun begitu, hubungan sesama manusia janganlah kita abaikan.. Kita saling memerlukan dan tak mungkin kita boleh hidup tanpa cinta, kasih sayang, dan perhatian daripada keluarga, saudara, sahabat, dan rakan2 kita.. Hidup ini sebenarnya indah belaka.. Janganlah kita sia-siakannya.. dihargai selagi mana kita menghargai.. Belanja mereka yang belanja kita.......?? Eh? Pun boleh.. Disayangi selagi mana menyayangi.. Dicintai andai mencintai.. Dirindui selagi mana kita merindui.. Sweet kan? (^_^) Life is sweet, wonderful and colourful, if it is filled with love. Right? It depends on how we 'decorate' it.

Bukan itu saja, bantulah mereka yang memerlukan andai ada kemampuan untuk membantu, tak kira lah dari pelbagai aspek. Sebagai contoh adalah dari segi kewangannya ke, tenaga ke, ilmu yang bermanfaat ke, tumpangkan kereta ke, belanja KFC ke, belikan kereta Honda Hybrid CRZ sebijik ke (>_<), apa saja lah.. Menjadi pendengar setia juga satu pertolongan kerana kita membantu mereka meringankan satu bebanan yang ditanggung keseorangan. Umpama orang barat kata “give the shoulder that needs it”. Tolong-menolong merupakan salah satu amalan mulia, yang dituntut dalam Islam kan? Ikhlaslah hanya kerana Allah, bukan kerana wang ringgit, pujian, dan macam2 lagi. Keikhlasan itu bukan diukur oleh manusia akan tetapi Allah yang menjadi kayu pengukurnya sejauh mana keikhlasan yang terbentang buat pertolongan yang telah diberi tadi. Tak baik mengharap pada makhluk kerana setiap makhluk pergantungannya hanya pada Allah bukan pada sesuatu makhluk yang lain. Hehe.. Ingatlah, suatu hari nanti kita pasti perlukan pertolongan dari mereka walau bukan mereka yang kita telah berikan pertolongan.... Bak kata pepatah orang putih ’what u give, u get back’.. And when the hard time comes, everyone will be there for us.. Insya-Allah.. Mintalah pada Allah, semoga Allah mendengar rintihan kita.. Dan Allah menghantar hambaNya yang lain untuk menolong kita kala susahnya kita dan disisi kita tatkala kesenangan menghampiri.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihi hamba2-Nya..

Doa juga merupakan salah satu bentuk pertolongan yang tidak nampak pada zahirnya tapi pada batin pula ia ada satu spiritual yang dihadiahkan dari pendoa buat orang yang didoa.. Doakan kesejahteraan umat Islam serata dunia.. Bantuan ekonomi juga bisa.. Kita tak dapat, mungkin kita bukanlah golongan yang berani untuk pergi berperang.. Sebab apa? Kerana kitaran kehidupan kita di Malaysia sudah dididik dengan kehidupan yang aman dan damai tanpa ada peperangan.. Di kala anak2 kita yang sedang leka dengan gadget, kanak2 Palestin pula sedang berlatih memegang senjata dan batu-bata, berusaha untuk mempertahankan hak mereka. Anak2 sekarang.. Masih didukung ibu, masih di dalam kereta sorong sudah diajar main gadget. Tak salah.. Ajar anak2 dengan teknologi di usia muda.. Tapi jangan ajar main game saje ok? Hehe.. Berhibur itu tak salah selagi tidak melampaui batasannya ye adik2.. ^^ Jangan lupa.. Selitkan bersama teknologi itu bacaan Al-Qur'an, dendangan selawat ke atas Nabi, dan ilmu2 bermanfaat juga ya? Jangan biar  anak2 kita terus hanyut dan leka.. Ini juga jihad kok. ^^

Lagu kat bawah ni paling sesuai untuk dihayati bersama.. Maksud yang tersurat dan tersiratnya.. \(^_^)v
Kita adalah insan..
 Menumpang atas dunia..
 Aku dengan caraku, yang sederhana..
 Kita adalah hamba..
 Berbakti pada Yang Esa..
Aku..
 Mencari sinar..
 Keredhaan-Nya..
 Kita sama sahaja..
 Bezanya cuma..
 Amalan kita..
Engkau..
 Dan juga aku..
 Saling perlukan..
 Oh cinta yang murni..
Sebagai ikatan..
 Yang kukuh di hati..
 Demi masa depan..
 Jangan dihancurkan..
Hidup yang indah ini..
 Akibatnya..
 Merana........
 -Yantzen, Insan. Nak dengar lagi.. Ni link dia.. http://www.youtube.com/watch?v=EeP48_cIT0U

Untuk pengetahuan semua.. Yang panjang2 tadi adalah 'introduction'.. Hehe.. Walaupun cuma 'intro', diharapkan dapatlah jugak input2 yang berguna untuk diri, keluarga, dan rakan2 ya? Sekarang nak cerita pasal tahun baru, dengan lebih spesifik lagi.. Sambutan tahun baru. Salahkah sambutan tahun baru di negara kita? Dan adakah salah untukku mempersoalkannya?
1)    Adakah kita berada didalam negara Islam?
2)    Adakah di negara kita menyambut tahun baru pada setiap tahun?
3)    Adakah cara kita menyambutnya adalah cara yang betul?

Dalam acara sambutan Maulidul Rasul oleh *siapaditvitu baru-baru ini, ucapan2 bagus.. Keislaman.. bercerita tentang sirah2 Nabi dan para sahabat.. Bagaimana perjuangan mereka dalam menegakkan islam.. Bagus sangat.. TETAPI.. Yang menjadikan CikPenulis ini benci apabila mereka mengambil kesempatan untuk menyelitkan di ucapan2 di hari tersebut dengan unsur2 yang berbaur politik dan bercakap pasal parti lain. Adakah Cik2Penulis ini salah dengar? Maaflah.. Kena saman nanti teruk CikPenulis (T_T). CikPenulis rasa pemimpin patut menjadi teladan terhadap pucuk pimpinan dan ummat sejagat. Sebagaimana Rasullah dan Para sahabat merupakan pemimpin yang disegani sehingga ke hari ini. Ini tidak, ucapan seperti di Jelajah2 Janji Ditepati pulak.

Cik2Penulis rasa kita telah menyambut tahun baru dengan cara yang salah. Seharusnya apa yang perlu diterapkan semasa acara sambutan tahun baru? (ini termasuk sambutan kemerdekaan). Maafkan Cik2Penulis jika salah. Ini hanya sekadar pendapat sahaja.. semua orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing kan. Sambutan2 tersebut melibatkan anak remaja dan keluarga.. Perhimpunan secara besar-besaran..
1)    Adakah hadirin lelaki dan wanita duduk berasingan? Tidak. Malahan berhimpit-himpit. Katanya negara Islam?
2)    Kalau begitu, bagaimana pula dengan keluarga? Tidak perlu menghadirkan pun tidak mengapa kan? Pentingkan mana yang lebih penting iaitu kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.
3)    Bukankah mengerat silaturrahim? Tidak sama sekali. Berlaku pembaziran sana sini.. Lelaki dan wanita bercampur.. Dan (tahun baru) mengakibatkan anak2 remaja berkeliaran lewat2 malam. Katanya negara Islam?
4)    Bagaimana seharusnya kita menyambut kedua-2 peristiwa ini? Katanya negara Islam.. Semua orang kata bahawa negara kita adalah negara Islam.. Mungkin boleh disambut dengan bacaan Yaasin, doa selamat di masjid2 bersama pemimpin2.. Ceramah atau program2 lain yang boleh dilakukan pada waktu siang. Tak semestinya kena sambut pukul 12 tengah malam.. Boleh mengundang kumpulan2 atau penyanyi2 nasyid (lelaki). Ini tidak disambutnya pula dengan kumpulan pancaragam2 yang besar.. (kemerdekaan), penyanyi2, penari2..isunya adalah untuk  mengenang jasa para pejuang tetapi tidak perlu rasanya untuk membazir seperti itu.. Kalau mereka masih ada.. Tidakkah mereka terkilan dengan sikap rakyat dinegara kita? Mengapa membazir? Buat majlis di masjid2 atau surau, berdoa untuk negara dan kesejahteraan umat Islam di dunia.. Pun boleh.. Katanya negara Islam?
5)    Kita 1 Malaysia. Kan mengerat perhubungan? Kita 1 Malaysia, bukan 1 agama.. Yang Islam, buat cara Islam.. Buat jamuan makan2 di tempat yang semua orang boleh datang pun boleh.. Kita boleh pergi.. Ini memang negara kita selalu buat tapi time2 perayaan yang banyak.. Katanya negara Islam?

Akhir kata.. Cik2Penulis ingin memohon maaf kepada mereka yang rasa tulisan Cik2Penulis ini 'harsh' atau kasar.. Cik2Penulis menyuarakan pendapat, kerana ambil berat.. Sebagai umat Islam.. Kita punya aturan yang ditetapkan dalam Al-Qur'an.. Kita punya panduan hidup yang digariskan dalam Al-Qur'an dan Hadith2.. Ilmu itu perlu dicari.. Macam bola. Ia tidak datang bergolek sendiri, sendiri keluar dari rak alatan sukan atau bakul bola terus bergolek-golek ke padang terus bergolek-golek masuk dalam gol. Melainkan bola itu disepak Zaquan Adha dan Aidil Zafuan masa diorang main bola.. Bola kena la di 'pass' kepada pemain lain supaya di golkan.. Buat sendiri tak jadi la.. Ilmu yang bermanfaat pun kena la di 'pass' kepada orang lain.. Untuk manfaat bersama, untuk berbincang bersama, berkongsi pendapat. Bergurulah dengan mereka yang bijak pandai, bertanya pada yang berhak. Bola, yang dibawa oleh pemain lawan, kalau Khairul Fahmi Che Mat tak tangkap, masuk gol. Rugi.. Macam ilmu.. Kalau dibiar terbang pergi tanpa dikejari dan dipelajari.. Kan rugi.. Maaf kalau perumpamaan yang diberi kurang relevan atau kurang sesuai dengan situasi.. Itu je yang kefikiran di otak jam 2.14 pagi ni.. Lagi pun saje je nak guna nama pemain2 kacak negara, walaupun semuanya dah kahwin.. Hehe.. Jika ada yang terguris hati.. Ampun dan maaf sekali lagi ku pohon darimu.. Cik2Penulis menulis untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian.. Segala yang baik itu ilham dari Allah.. Segala kekurangan datangnya dari diri yang hina dan banyak kelemahan.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Semoga Allah merahmati.. Wassalam..                                 
Cik peng’idea:
Cik pizah izan
Cik penulis:
Cik pizah izan
Cik edit cecikit:
Cik comel!~



                                                                                                                       





Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Tua Akak!~

Selamat Hari Graduasi!~

Eh Penang 2!~