niatlah kerana Allah

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

lama sangat dah xhapdate benda2 kat blog nieh...:(
kalau bagitau mesti jawapan yang sama je kan...sampai naik jemu bosan dah nak baca...xsudah2 nak cakap busy2...busy...busy and busy...hehehehe
sampai budak bilik saya cakap:
" hari2 saya dah naik bosan dengar akaq cakap xsempat nak tengok running man sebab busy...busy...busy..."
kureng hasem punya budak... :)

straight to the point keyh...ini hanya sekadar pandangan dan saya masih lagi jahil tentang ilmu...dan saya menulis tentang apa yang saya tahu...insyaAllah kita kongsikan bersama... apa yang salah kite perbetulkan...apa yang betul kite pertingkatkan.... insyaAllah...

apabila kite membuat sesuatu berniatlah kerana Allah...and hal tu kite semua sudah maklum bukan... dan hadis sohih yang pertama juga adalah bicara tentang niat...
kenapa agaknya Rasullah menetapkan bahawa niat itu adalah yang utama?

sebabnya niat itu adalah perkara yang utama sebelum kite membuat sesuatu yang akan dikira sebagai ibadah...insyaAllah...bila kite membuat perkara yang baik akan dikira sebagai ibadah kan?dan akan dikira sebagai ibadah apabila kita menetapkan bahawa kita lakukannya kerana Allah. 

itulah yang menjadi perbezaan antara kita dan orang kafir...
mereka mandi sama seperti kita...
mereka juga makan seperti kita...

mereka juga belajar seperti kita...
mereka juga menderma seperti kita...
BEZANYA...
kita mandi kerana Allah...
kita makan kerana Allah...
kita belajar kerana Allah...
kita menderma kerana Allah...


niatlah kita kerana Allah...
insyaAllah...
Allah akan bersama-sama kita...

sebelum saya sambung belajar...saya terfikir2...bersediakah saya untuk terima kawan baru?macam xsanggup je rasanya...memang ukhwah itu bermula dengan sebuah perkenalan...dan selalu terfikir2...dengan siapa nanti akan saya berkawan... tapi niat je belajar kerana Allah and saya datang sini memang nak menuntut ilmu...saya nak menuntut kerana Allah...memang nekad je...sebab memang lame sangat dah xbelajar...

bila dah sampai untuk mendaftar asrama...nak satu bilik dengan kawan yang memang ade kat sinie...sekali, warden cakap sem 1 xboleh pilih bilik...lagilah rasa macam...
"Ya Allah!~ aku redha andai ini ujian yang sedikit untuk aku terus mengembara mencari setitik ilmuMu yang seluas lautan. sesungguhnya Engkau kurniakanlah aku secebis kecekalan"

turun, naik, turun naik...turun naik...angkat barang sengsorang...rasa memang nak menitik dah air mata tapi cekalkan jugak...masuk2 bilik xde orang...bile naik untuk kali kedua Allah turunkan sahabat...ahli keluarga dia semua datang...lagilah sebak...bila naik untuk kali ketiga dia menawarkan sesuatu..
"nak saya tolong akaq x?banyak barang lagi yang nak bawak naik atas?"

bila dah sampai atas...siap2 berkemas...
"akaq, saya dah buat aduan skali untuk akaq pasal tilam...nak saya amikkan sekali x tilam akaq kat bawah?"
"hurmmm,xpe2...jums kite pie amik same2.."

perkenalan yang singkat xkan mengajar kite untuk tidak mengenali siapa dia sebenarnya...perkenalan yang lama xsemestinya kita akan tahu siapa diri dia yang sebenarnya...

bila kita yakin bahawa Allah akan tolong kita...sentiasa bersama-sama dengan kita...dan kita letakkan Dia dalam hati kita...
dan Allah akan bersama megiringi hidup kita...
ujian yang diberi bukan untuk kite terduduk lesu...
tapi terimalah ujian itu kerana Allah...
sesungguhnya Dia rindu...
rindu untuk mendengar rintihan...rindu untuk bersua kala malam yang sunyi...:)



sekarang, Allah kurniakan saya sahabat yang sangat ramai dan baik....
bersahabatlah dengan mereka kerana Allah...
berniatlah...
kerana Allah...
Allah pasti akan hantarkan mereka yang terbaik untuk membimbing kita...
insyaAllah...

dan bila kita berniat untuk berubah kerana Allah...
Allah akan hantarkan orang2 sekeliling untuk mengubah...
solat berjemaah bersama...
berkongsi kisah hidup bersama...
pergi masjid bersama...
saling tegur-menegur bersama-sama...
dan inilah kemanisan ukhwah yang dapat dibina bersama...
ukhwah fillah abadan abadaa...


"Ya Allah, semoga hati ini terus berpegang dalam agamaMu Ya Allah...wahai sang Pemilik Hati, aku mohon agar kurniakanlah sahabat kami kebahagiaan yang hakiki dunia dan akhirat... kurniakanlah mereka kejayaan setimpal dengan usaha mereka... permudahkan urusan duniawi dan ukhrawi mereka Ya Allah kerana hanya ini yang aku mampu buat untuk mereka...kekalkan rasa sayang dan kasih ini kepada mereka kerana mereka adalah permata yang berharga yang Engkau turunkan buat hambaMu yang hina ini"

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~