Cita-cita

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
setiap orang mesti ada cita-cita and impian kan. biasanya cita-cita nie perjalanan dia panjang untuk sampai ke destinasi.
tapi bergantung juga pada rezeki sebenarnya.
mungkin ada rezeki yang tertangguh.
xsemua orang perjalanan sama.
kalau sama mesti bosan kan.

"cite kau sama je dengan cerita aku. xpayah lah susah payah nak cerita"

haaaa. gituhhh. belum sempat nak cerita dah kata stop.
hancur betul hati kan.

aku ada banyak sangat cita-cita.
lebih kepada impian je sebenarnya. xde lah cita-cita sangat.
time sekolah dulu, ada lah cita-cita nak jadi tu. nak jadi nie. tapi sejak menginjak remaja nie macam kecelaruan cita-cita.

"sebenarnya kau nak jadi apa ni?"




dan aku pun xtahu aku nie dah tercapai ke belum cita-cita yang aku gembar-gemburkan dalam biodata kawan-kawan aku dulu-dulu tuh.
macam samar-samar je cerita dia nie sebenarnya.

kalau diikutkan hati. semua benda aku nak try. yes semua.
sebab tu masih kecelaruan lagi cita-cita aku. 

tapi bile kita flashback tentang cita-cita yang kita tulis dulu.
apa point kita sebenarnya ae?
aku laaa. pendapat aku.
dulu kita ditanamkan dalam kepala oleh orang dulu-dulu.
bile kita masuk dalam government sector, kita akan dikira berjaya di mata masyarakat.
ini pendapat aku. ini ape yang aku nampak. ini apa yang aku rasa.
jangan nak kecam sangat lah.

bukan aku nak kata kerja kerajaan sekarang nie xbagus, bukan.
aku pun ada je apply kerja kerajaan.
itu mata masyarakat.
mata orang-orang yang lebih dulu makan garam, nasi, ubi, dan gula.

cita-cita kita ni dah tercapai ke belum?




kalau ikutkan corak perjalanan kehidupan yang sedang aku hadapi sekarang memang belum sampai lagi ke klimaksnya.
jangan risau. (lebih pujuk kepada diri sendiri)
plot twist.
tahu apa benda?
kadang penceritaan kita akan berputar 360 darjah untuk kita capai kejayaan.



dah sudah.
xnak faham. xpayah faham.
aku pun susah jugak nak hadamkan nie.

ayat clichenya

"kita merancang. dan sebaik perancang adalah Allah. dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah"




xkisahlah apa pun kerja kita buat masa sekarang.
plot kau dah twist ke belum.
ke plot penceritaan kau masih lagi di jalan yang tegak tanpa twist.
xkisah. 
sebab.
akan ada satu masa, kau akan puas dengan apa yang dah kau buat untuk diri kau.
mungkin bukan sekarang.
mungkin bukan esok.
mungkin juga bukan minggu depan.
mungkin masih lagi tertangguh.

akan ada suatu masa.
masa yang kau sendiri xtahu bile.
so, sabar yer.



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian 2!~

Rasa Kecewa yang Diberi

Pulau Perhentian 1!~