Eh!~ Ada Orang Datang Rumah Laaaa

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Halluuuu!~
Salam 23 Ramadhan!
cepat kejar.
lagi beberapa hari je lagi nieh.
pulun jangan xpulun naaaaa.
marathon jangan xmarathon



Eh!~ hari tu ada orang datang rumah kita lah..
alhamdulillah tetamu kan bawak rezeki.
eceeehhhh!~


sejak kiteorang pindah rumah ni memang ada cadang nak ajak kengkawan datang makan kat rumah.
rancangnya masa raya nanti.
tapi Allah bagi rezeki lebih bulan puasa nie.
and kebetulan depa nak ajak buka sama-sama.
rancang punya rancang punya rancang.
akhirnya bertapak lah mereka kat rumah comel kiteorang.

alaaaa.
kiteorang bukan pro masak pun.
jadi buatkan je menu yang simple2 tapi menjadi ingatan sepanjang zaman.
haaa gituh tagline aku.
tema ahad haritu potluck.
as tuan tanah kedaung kiteorang decide nak buat makanan berat.
senang.
tapi ikutkan hati macam-macam nak buat weyh.
nak buat desert lah.
nak buat itulah.
inilah.
serius!
aku suka orang datang rumah nie.
lepas tu masak-masak.
dah terbiasa dengan adat orang jawa johor kot.
orang datang rumah je kena bagi makan.
dah terbiasa kat rumah macam tu.
even just sup sayur and telur dadar.
arwah embah lah yang ajar.
kalau boleh yang special.
cewaahhh.

tapi kalau orang yang suka suprise2 nie,bergantung pada rezeki dia lah.
kadang barang rumah dh habislah.
gas habis lah.
semua barang habis lah.
(padahal bagi alasan sebab malas)
haaa!~ tulah sape suruh datang xbagitahu dulu.



menu :
ayam ungkep hijau
sayur kobis lemak
kuih pelita
karipap
popia sira
air soya
jagung
laici
detox

alhamdulillah semua tu rezeki.
rezeki yang Allah beri untuk dikongsi-kongsi bersama.
insyaAllah xkan luak malah Allah akan gandakan.
dengan pelbagai cara, rasa dan apa jua bentuk sekalipun.
ia tetap rezeki and kita kena bersyukur.
semua nikmat yang Allah beri, rezeki.
rezeki bukan hanya pada duit je yer.

kalau nak cakap konsep rezeki ni memang luas.
luas sangat.
infinity rasanya konsep rezeki nie.
kita tanya yang pakar jelah.
susah benau.



lepas berbuka, perut dah sengkak.
makan dah kenyang
tidur dah lena.
mandi dah basah.
memasing lepak jap.
bedah buku.
(kengkonon)
main uno.

meriah giler.aku suka suasana macam tuh.
sebab tu suka orang datang rumah.
gelak-gelak.
borak-borak.
riuh rendah



bila dah balik bukan main sunyi je rumah tu.
itu bermakna kiteorang memang pendiam.
itu point utamanya.

oklah.
raya nanti jangan lupa datang rumah.
jangan lupa roger dulu kalau nak datang!~
tatatititutu

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~