Pembaziran

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
Salam 9 Ramadhan 1437.
bile sebut ramadhan a.k.a bulan puasa je mesti dah terbayang param kan.
dulu masa kecik-kecik suka sangat pegi pasar ramadhan.
tabah sangat tau naik basikal.
kadang-kadang cuma beli air tembikai je.
xpun cari kuih-muih.

yelah budak lagi kan masa tu.
kalau boleh nak nampak meriah je bila berbuka puasa tu.
penuh makanan atas meja.
ada kuih.
air sedap-sedap.
murtabak.
roti john.
dan macam-macam.

cuma bila dah besar yang sememangnya besaar nie.
malas sangat nak berjalan gie bazar.
bile terpaksa je.
sebab aku memang xsuka suasana yang sesak.
boleh sesak nafas dalam tuh.
xsuka sgt nak berimpit2 dengan orang ramai.
tu jadi faktor nombor satu malas nak gie bazar ramadhan.
alhamdulillah setakat ni masih mampu menahan diri dari ke bazar ramadhan.
memang ni azam sejak tahun lepas lagi.
kalau terpaksa pergi pun akan pastikan beli apa yang patut je.
jangan sampai membazir.
serba salah kalau membazir tu makan masa bertahun woooo.
serius!~

time belajar dulu memang selalu.
malah setiap hari.
sanggup tu berimpit dalam bas semata-mata nak beli kat bazar.
sehari mesti habis lebih dari RM10.00.
kadang xnampak pun beli apa.
tau-tau je duit habis.
cisss!~
xpun terlalu banyak makanan sampai terbuang dalam tong sampah.



sekarang nie juadah buka puasa apa yang patut jelah.
masak nasi and lauk pauk.
ada lah jugak kuih.
tapi menepati isi perut je.
xmau lebih-lebih dah.
xbaik kan membazir.

bukan xnak menyokong orang melayu meniaga.
makabah aku pun meniaga depan rumah jugak.
makcik aku pun meniaga bazar ramadhan jugak.
jual makanan and air jugak.
kalau memang beli and  boleh habiskan tu xde masalah pun.
boleh buat sahur sekali kan.
jenis orang yang nak makan lain masa sahur.
and makan lain masa buka nie lah susah sikit.

lagi satu. bulan ramadhan ni kan mengajar ihsan kita terhadap orang miskin.
bukan hanya menahan lapar dan dahaga jer.
tapi kalau pembaziran tetap berlaku.
tambah-tambah lagi kita pergi bazar ramadhan sampai xhengat apa.
kita cuma dapat lapar dan dahaga jer.
sifat empati dan simpati tu mungkin tiada.

bulan ramadhan ni jugak untuk memperelokkan sistem penghadaman kita.
bulan untuk merehatkan usus yang dah bekerja keras selama 11 bulan.
tapi kalau kita makan semasa buka tu pun pulun habis habisan.
rasanya bulan Ramadhan ni dia pun kena kerja lebih dari biasa kan.



jangan membazir tau.
mengelakkan pembaziran ni pun peringatan untuk mereka yang sedang berperang habiz-habisan.
perlu timbulkan rasa kesedaran diri sebab mereka kat sana merangkak-rangkak mencari makanan.
still berpuasa walau kekurangan makanan.
sedangkan kita masih lagi meningkat pembaziran sampai 200% berganda dari hari biasa.
so sad.

aku ada keinginan nak rasa apa yang mereka rasa.
dengar bunyi bom sana sini.
serba kekurangan dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal malah ibu bapa.
aku memang elakkan diri dari nak tengok video tentang mereka.
bukan xnak tengok tapi xsanggup.
serius xsanggup.
bile tengok akan ada satu perasaan berkobar-kobar nak gie sana.
tapi Allah masih lagi belum izinkan.

eh. dah panjang sangat aku membebel nieh.
elakkan pembaziran yer.
sama-sama kita penuhi azam puasa kita tahun nie.
semoga puasa tahun ni adalah puasa yang terbaik diantara puasa yang sebelumnya.
sebab kita xtahu tahun depan sempat sambut ke tidak.
adios!~

Selamat Berbuka!
Terima Kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~