Selamat Hari Abah!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Happy Father's Day!~
selamat hari bapa untuk semua bapa2 didunia.
tanpa anda siapalah kami.
ecewahhh!

Semalam penuh semua dinding-dinding laman web aku dengan ucapan Selamat Hari Bapa.
aku buat personal wish je kat abah.
auchhh mcm lagi sweet gituh.
even bukan depan-depan.
tapi so sad abah xreply.
sibuk sangat berfacebooking lah tuh.



aku dengan abah xlah rapat.
memang xrapat mana pun kalau nak dibanding dengan 3 orang lagi adik-adik aku kat bawah tuh.
serious!
aku memang xrapat.
aku lebih rapat dengan mama tp aku xbleh sikit cerita pasal pengorbanan abah nieh.
kalau cerita pasal pengorbanan mama aku boleh tabah lagi.
tapi kalau cakap pasal abah je mesti sebak.
mesti nangis.



abah aku bukan jenis menunjukkan kasih sayang die secara terang-terangan.
aku tahu mostly semua ayah-ayah memang macam tuh.
termasuklah ayah aku.
bagi dia cukup segala keperluan, kelengkapan dan kehendak anak-anak, itulah kasih sayang.
itu tanda kasih sayang.

betullah.
kasih sayang melalui perbuatan and perlakuan bukan dibuat-buat.
ia terlahir sendiri dari hati.
sebab mulut mampu menipu.
tapi hati yang ikhlas akan tergambar melalui tingkah lalu seseorang.



bile kata pasal pengorbanan abah terlalu banyak nak disenaraikan.
terlalu banyak sangat.
abah sanggup redah hujan sebab nak belikan tembikai bila aku cakap 

"sedapnya kalau buka puasa dengan air tembikai ni"

masa kecik-kecik dulu aku suka tunjuk protes.
bile aku marah dengan mama pasal xkejut aku sahur. aku tulis surat and letak dalam pos box. 
tapi mama buat derk je malah bagi semua sepupu-sepupu aku baca surat tu.
tapi bile aku protes dengan abah sebab malas nak tolong ikut gie niaga.
aku masuk bilik pura-pura tido.
abah datang dekat, kejut aku, pujuk aku.

"nanti abah belikan congkak kat nana ae tanda upah ikut gie niaga"

sebelum tolong niaga abah dah bagi dah upah congkak.
banyak kali masa kecik-kecik aku protes xnak tolong niaga.
nanti abah pujuk nak belikan kamus. abah pujuk nak belikan buku. tapi kebanyakkannya abah belikan buku or komik jerk.
cuma dah menginjak remaja abah bagi upah duit.



masa first day aku masuk hostel abah xtunjuk pun yg die sedih.
tapi bilaa dah balik rumah 

"nana tadi abah cakap kt mama xde selera nak makan sebab terasa macam kehilangan nana"

abah xpernah cakap rindu.
xpernah.
tapi die selalu cakap macam nie

"bile lagi nak balik?"
"lagi sebulan kot balik"
"alamak, xbestnyaaaaa"

pernah masa tu aku balik and sebab rushing aku balik xsalam abah.
lagipun abah xsihat sangat and tengah tido.
malas nak kacau.
tibe-tibe abah call

"nana balik xsalam abah pun tadie ae"
"abah tido tadi. tu yang xsalam"
"kenapa xkejut je"
"alaaa xpe. minggu ni nana balik lagi"

okey nangis!



abah memang suruh kawin kalau boleh tahun depan.
dia dh rasa seronok ade ahli keluarga yang ramai.
dia suka suasana yang meriah.
rumah penuh dengan orang.
tapi at the same time abah sedih.
aku perati je dia nie.
hahahhahaa
its happen masa wedding adek aku haritu.
jarang.



abah jarang peluk cium kecuali kita yang cium.
tapi aku perasan memang segenap inci muka adik aku dia cium.
muka sebak walaupun senyum.
itu yang menyebabkan hati aku masih berat nak kawin.
masih berbelah bagi.
even perasaan nak kawin tuh ade.
walaupun abah asyik tanya 
"bila nana?"
"bila nana?"



aku jadi takut nak kawin sebab aku takut bila kawin aku xboleh nak balik selalu.
xdapat nak jenguk selalu.
hopefully xmacam tuh.
sebab aku nak dia sayang family aku macam dia sayang family dia.
sebab aku memang dah tanam aku akan sayang bakal family macam aku sayang family aku.
sebab keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.



aku pegang prinsip tu untuk aku hidup bahagia.
membahagiakan orang tua untuk hidup harmoni berumah tangga.
ecececehhhh!~
aku family oriented.
dan aku harap bakal suami aku pun sama.

penat dah membebel.
tataaaaaa!~




Comments

Popular posts from this blog

Putri

Selamat Hari Tua Akak!~

Selamat Hari Graduasi!~