Putri

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Halluuuu!~
cepat je dah habis syawal kan.
haaaa!~ cepat kejar puasa 6 mana yang belum siap tu...

saja nak update sebab macam xde keja.
dan kononya aku nak update nie ikut bulan.
kalau bulan 6 maka jumlah post aku akan ade 6tajuk
kalau bulan 7 makanya 7.
tapi xtahu lah sempat ke idok nak capai ketujuh tuh.
hahahahahaa


last week balik kampung.
simptom xpuas balik kampung masa raya.
its happen again.
sebab perasaan macam ni lama dah xdatang.
last datang masa balik kenduri kawin eira aritu.
xtahu lah raya ni datang lagi.


aku xperasan sangat sebab sampai kampung dah lewat malam.
plus sabtu pagi dah kena tolong pegi pasar.
xsempat nak jenguk si putri.
tapi instinct aku kuat yang putri ni dah xde.
nak sedapkan hati sendiri.

 'adalah tu main kat mana-mana.'

even aku tahu dia xkan pergi jauh dari kawasan rumah.
sebab tempat permainan dia memang dalam kawasan dapur rumah aku jer.

"nana, nak tahu x putri dah mati."

"tipu"

"betul, putri dah mati. sumpah. xpercaya tanya mama. mama yang jumpa mulut die dah hitam dan terbaring kat luar"

"tipu"

aku xnak percaya even hati aku kuat kata yang dia dah mati.
bukan xboleh nak terima kenyataan tapi xnak dengar cerita sedih.
xnak.

kalau dah besar aku boleh terima lagi yang dia mati.
sama macam si nenek.
tapi putri kecik lagi.
and aku pun xtahu range umur dia.
alkisah terlekat nama putri ni sebab.

"nak tahu tak kenapa mama letak nama dia putri?"

"kenapa? macam dah xde nama lain nak letak."

"sebab danish suka sangat nyanyi lagi putri seroja.saja panggil putri. skali dia toleh. xpercaya try panggil."

"putri... oooo putri"



*putri pandang*

"aar lah. ok nama dia putri"

"haaaaa. tulah. orang tua cakap xnak dengar."

rumah kiteorang memang xbenarkan kucing masuk.
dan dieorang pun dah faham kecuali kucing yang baru datang.
kiteorang akan benarkan masuk area dapur je. 
sama je macam putri.
cuma kucing lain xkan main dengan kiteorang.
putri ni suka kacau orang.
suka main kaki.
dia suka sangat tengok benda yang bergerak.
mesti dia kejar.
tapi putri cepat putus asa.
bila susah nak dapat. mesti die baring terus. tunjuk protes yang dia taknak main lagi.
hishhh. lempang karang!


bila orang busy kesana sini nak masak atau kemas dapur.
mula lah mata dia tengok je kaki orang.
perati je dulu.
xlama nanti dia terkam lah tuh.
main2 kaki orang.

marah lah macam mana.
dia dengar.
dia akan tengok je muka kita time marah.
tenung.
and buat muka kesian.
tapi xsampai 1/2 jam dia buat lagi.
gerammm je tengok dia nieh.
xnak dengar cakap ae.

Putri xpernah pilih makan.
dia akan makan apa je.
semua benda dia makan.
semua.

dah perasan dah sejak raya haritu dia xaktif macam selalu.
tido je keja dia.
sehari suntuk.
kiteorang sampai xterlayan dia tapi perasan lah dia xaktif.
tak main-main.
tak lompat sana lompat sini.
macam orang demam. 
dan kebetulan memang satu rumah demam hari tu.
berjangkit agaknya.

mampu jugak dia bertahan sampai minggu lepas.
serius.
tipulah kalau xrindu.
rindu nak main2 dengan dia.
rindu nak buli dia.


putri yang buntat serupa macam buntat.
putri xakan hilang dari memori ingatan.
sama.
sama macam buntat.
sama macam nenek.
sama.
sayang putri sama macam sayangnya pada buntat.
even buntat dah lebih 5 tahun xde depan mata.
masih ingat susuk badan buntat.
sama.
sama macam putri.

kalau ikut hati.
rasa nak korek je kubur putri.

kenapa putri dah pegi?
kenapa kejap je dengan kiteorang?
kenapa?
kenapa putri sakit?
kenapa?

serius.
aku masih belum move on.
nak terima hakikat orang yang aku sayang dah pergi lama pun aku masih mengharap.
inikan lagi baru seminggu.
even dia hanya seekor putri.


oklah.
Terima kasih!
tata



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian 2!~

Rasa Kecewa yang Diberi

Pulau Perhentian 1!~