Hallu Port Dickson!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang :::



Hallu!~
xsangka dah Ogos.
183 hari mencari cinta aku pun dah tamat tempoh.
sama tamatnya dengan syawal hari tu.
wakaakakaka


aku dah lama nak up entry ni.
tapi bila aku cerita bab travell je mesti cam kaku.
macam xbest giler aku baca.
erkkkzzzz.
xtahu macam mana nak bagi best.
aku yang tulis bosan.
aku yang baca sendiri pun bosan.


sebenarnya nie bukan travelling mana pun.
nak gather together reramai tapi memasing ada hal.
jadilah travelling berlima.



kiteorang sampai agak dah petang.
sebab keja sampai kol 12 kan.
gie makan2 umah terbuka bakal mak mertua kawan aku.
(korang doakan ae)
bukan sekejap tapi lama.jugak lah lepak umah makcik tu.
satu: xde orang.
dua: makan sambil tengok movie angry bird.

sampai lepak jap.
kemas2 barang.
sebab kiteorang bawak lauk untuk masak.
sebab tu lah aku kata travelling.
bercuti sambil masak.
selalu dengan mak2 je buat camtu kengkonon berkelah.



around kol 6 tu keluar nak makan laksa and cendol.
alaaaa makan kat depan poli pd je.
kat batu 9 tu.
laksa dia boleh tahan. sedap tapi pedas yang teramat.
cuma cendol die aku xpuas hati sikit.
tapi ok jer.
kononnya nak tengok matahari terbenam tp kiteorang terbenam dalam pencarian.
sampai ke maghrib kiteorang cari xjumpa.
balik jelah.

malam tu xde laaa aktiviti ape pun.
lepak2.
baring2.
duduk.
gelak2.

sambil makan durian.
sambil masak.


malam tu menu kiteorang ikan cencaru bakar, sambal kicap limau, ayam and jantung goreng black pepper and salad.
gigih aku amik gambar tau.
selalunya kalau bab makan memang kiteorang jarang nak bergambar.
sebab terus je ngap masuk mulut.
nampak nauuu pelahapnya kan.

lepas makan baru keluar jenjalan.
aktiviti malam anak dara bujang.
gituhhhh


dalam perancangan nak gie mandi pantai pepagi.
baru puas kan.
tulah.
manusia hanya mampu merancang.
dan sebaik-baik perancang adalah perancangan Allah.
cewahhhhh

Korang try laaa mandi kat sini.
Serius best!
Sebab xramai orang. 
Damai je rasa and air die serius cantik. 
Nie kiteorang mandi belakang akar beach resort.
Sepanjang pantai batu 9 tu memang cantik. 
Serius!



biasalah aktiviti pantai kan.
seronok main benda alah nieh.
memula nampak orang naik.
siap lambai2 kat dieorang.


naik nie pakcik tu kata slow je die bawak.
die xkan jatuhkan macam banana boat.
just relaks2 je.
jangan risau.
ceyttttt.
bukan main die pedajal kiteorang.
tapi seronok giler.
giler-giler seronok.
kuak lentang, titanic, roller coaster semua ade.
pakej lengkap weyh!~
kalau korang jumpa benda nie naiklah.
memang really recommanded.
sgt!



hari ahad tu korang xterasa gempa bumi ke?
kalau rasa tu faham-faham lah sebab ape.

hari ahad tu pun kiteorang masak jugak.
tapi simple je.
lepas mandi laut.
balik siap2 kemas, masak and makan.
tengahari tu ikan goreng, sambal kicap limau and salad.
yaaa ampun.
tu pun dah bersyukur yang amat.
kalau makan kat tepi pantai mesti lagi seronok kan.


hari ahad tu memang travelling habis-habisan.
sebab lepas tu kiteorang gerak gie melaka.
aktiviti ahad tu gie beraya.
memang dah cakap siap-siap pakai baju raya.
fuhhhh!~

dari melaka ke bandar tun hussien onn ke sungai besi and check point last taman medan.
dan berakhirlah percutian kiteorang.
hahahahaha
macam hape je.
poyos gilos.

oklah.
gerak dulu.
pape roger.
tatatataaa

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~