Its Random









::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



12.01.2017
selamat pengantin baru susi!~
semoga berbahagia hingga kesyurga bersama mereka yang kau cinta dan mencintai kau keseluruhannya.
sampai dah xhengat dah bila majlis dia ni.
lama sangat dok peram dalam handphone.
perkenalan dia ni kelakar.
eh masa nikah pun sama.
biasa lah pertama kali nak salam dengan orang yang kite xpernah sentuh. 
rasa kalut sikit.


favourite terbaru setakat nie.
lupakan sekejap seoul garden sebab dah jatuh cinta dengan sukiya.
serius sedap!
hari biasa rm29 ++
kalau hari minggu akan tambah rm2 setiap sorang.
daging, ayam and kambing ni semua free row.
selagi kau boleh masuk. selagi kau boleh makan. selagi kau mampu. tambah je bebanyak and habiskan dalam 2 jam. lepas 2 jam setiap 15 minit akan dikenakan caj rm3.50.
tapi memang puas lah.
aku xamik ayam sebab ade orang kata ayam biasa je.
daging n kambing jadi pilihan.
plus one row kambing.


daging yang dipotong tu nipis2 je.
so mmg cepat sangat masak.
rasa dalam seminit masak dah. xsampai seminit pun.
kuah kiteorang pilih kumichi (pedas sikit) and shabu2 (sup biasa).
how to enjoy eat at sukiya.
daging yang kat atas tu celup2 sampai bertukar warna.
celup dalam telur mentah warna kuning tu then celup dengan sambal warna coklat tu.
serius!
sedap giler2.
memang enjoy. makan kat sini xpayah tunggu kau nak panggil untuk refill air.
their staff memang selalu alert.
tinggal separuh pun terus je refill tanpa tnya.

bila makan buffet ni aku mmg akan cube sedaya yang mungkin untuk makan semua benda.
termasuk desert.
kalau xkenyang sangat mmg aku akan bertambah.
disebabkan dah terlampau kenyang.
sekali jelah makan.
lagipun si temah tu dah bising takut lebih dari 2 jam.
bukan main makan sokmo lah tengok jam.
kiteorang memang betul2 ikut jam makan.
tinggal dalam seminit dua je lagi nak habis masa baru keluar.
dasyat betui.
tertelan2 air liur aku!


bile window shopping memang aku suka sangat masuk kedai makeup.
lagi2 bila lepas makan.
nak touch up lipstick yang hilang lepas makan sukiya.
masa ni masuk innisfree nak tengok2 mask.
tengah menggila dengan mask sekarang nie.
tapi tersangkut juga sampai jadi membership.
ape punya perangai laaaa aku ni.



sebenarnya point sebenar dua gambar ni aku nak suruh cari apa perbezaan antara keduanya!
hahahahhaa
perbezaannya adalah spec!
hahahaha
datang ni nak makan and beli spec je sebenarnya xsangka tersangkut macam2 pulak.



sejak pakai spec baru ni rajin aku touch up mata.
sebab kali ni pilih spec besar sikit.
rajin juga aku selpie.
nasib baik lah pemilihan spec ni kena dengan seleera aku.
memang aku yang pilih. kadang aku pun menyesal dengan apa yang aku pilih.
alhamdulillah setakat ni spec yang aku pilih semua aku suka.
kalau suka aku akan pakai lama. dan aku sayang gile nak tukar.


bila makan dodol. setiap kali tu aku teringat kat arwah embah.
dodol arwah embah lah favourite sepanjang masa.
xkan ade jumpa lagi favourite yang lain lagi.
sebab dodol arwah embah berkerak diluar dan lembut didalam plus xmanis sangat.
rindduuuuuuu.
alfatihah!


aku ni jenis xkisah pun kalau lepak sorang2.
memang jadi je semua.
konon seorang yang berdikari gituhhh!~
selalu aku gie makan kat secret recepi sementara nak tunggu kol 8 malam mengajar kat kota.
time malas plus keja banyak memang aku xbalik. 
dok laaa melongok je kat atria tu.
disebabkan ada hal2 yang menjengkelkan aku kat secret tu. aku lepak je kat coffee beans.
tapi haritu memang terasa nak makan scone.
tapi scone dah habis tinggal. try mushroom pie.
serius sedap.


Stawberry popsicle on new year katanya.
xsangka plak.
sebenarnya xde laaaa point nak buat popsicle ni sebab nak new year.
tibe2 rajin nak buat, buat jelah terus.
abah beli strawberry 5 peket tu dalam rm 20 je.
lama sangat kat luar jadi masam even dah masuk dalam peti ais.
aku benda2 masam ni kureng sikit lagi2 kalau buah. 
so, buat laaa aiskrim.
tu pun main campak2 je bahan apa yang ada kat rumah tu.
susu manis, uht whipping cream, susu cair, strawberry. and strawberry potong.
kalau benda yang hentam ni jangan laa tanya resepi. ko main campak je. inshaa Allah akan jadi punya.
esoknya aku buat lagi apopsicle dragon fruit.
hahahaha
jadi ketagih plak nak makan.


bila tertengok gambar ni teringat masa kekecik dulu ni lah satu2nya adek yang aku ada.
masa ni masa umur 5 tahun and adik aku 3 tahun.
gaduh tu xpayang cakap.
kadang kecian jugak adik aku ni asyik kena buli je kejanya.
aku rasa dulu besarje mata aku xtahu kenapa makin besar ni makin mengecik plak.
pipi tu makin menaik, mengecilkan mata aku.
time ni aku memang xsuka baju sama2.
paling xsuka. kalau boleh memang xnak.
sekarang bukan main, kalau boleh nak baju sama2 plak.
erkkkzzzz!


minggu lepas gi putrajaya.
baru tahu kewujudan ayer8, putrajaya.
haishhh. serius tempat yang sangat cantik.
cantik sangat pemandangan dia.
merecik lah aku cakap!
abaikan je muka aku yang semakin mengembang tu.
sekarang memang zaman pengembangan yang berjaya.

"kau kenapa kembang sangat nie?"
"kecewa"

orang lain kecewa semakin kurus. aku kecewa semakin gemuk.
aku malas nak layan perasaan sangat sebab boleh menyebabkan 'benda' yang xsepatutnya dekat.
masak. makan. menghabiskan duit dengan makan.
lepak. makan.
makan.
makan.
dan.
makan.
sebab tu zaman kegemukan mencanak2.


sedap jugak air nangka madu nie.
bila orang tanya apa rasa.
rasa nangka laaaa.
sedap.
tapi masa beli ni tawaq sangat.
jadi kurang umpppphh.
first time beli. kalau cukup rasa manis dia tu. confirm memang sedap.
jap nak tanya.
air kat kawasan kl n selangor ni memang naik harga ke?
sebab air minuman kt sini rata2 bekas besar ni dah rm3.bagi aku macam melampau laa pulak.


ni xingat dah kurun keberapa.
masa ni banyak gile ikan dalam peti and teringat ada siakap.
dah lama nak masak stim ni. teringin.
hurmmmm, time2 tengah kecewa ni memang banyak sangat teringinnya.
semua benda nak makan.
saja lebihkan kuah tu sebab nak hirup.
lagi2 makan time panas.
memang merecik!


setakat ni tu jelah ceritera gambar yang nak kongsi khamis nie.
sebenarnya banyak lagi tapi takut korang loya plak karang.

okeylah.
got to go.
terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~