Selamat Tahun Baru

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


selamat hari yang kesepuluh di tahun dua ribu tujuh belas.
alhamdulillah.
2016 dah berjaya dilepasi.
susah ke senang ke.
masa tetap berlalu xkira kita mampu hadapi atau xmampu.

bagi aku permulaan 2017 aku xberapa baik.
selalu macam happy je sambut tahun baru kan.
 tahun ni dapat sambut kat rumah johor plus sambut dengan hana!

apa azam tahun baru?
aku macam biasa lah masih azam yang lama.
diperbaharui je.
dipertingkatkan.
azam tahun lepas pun ada yang xlepas.

1. khatam Al-quran.
setiap tahun memang ada azam ni. wajib ada sebenarnya kalau x ntah kemana Al-quran aku. setiap tahun nak tingkatkan jumlah khatam. tapi masih lagi ditakuk yang lama. setakat ni hanya mampu setahun sekali je khatam. tahun lepas aku berazam untuk naik jadi 2. hampeh. ape punya perangai lah aku ni. semoga azam tahun ni nak khatam 2 kali tercapai. aminnnn.

2. kahwin
hahahaha aku rasa ni bukan azam. more kepada cita2 je lebih. kalau Allah tulis bukan tahun ni, maka kena lah terima. yang penting jangan lupa doa dan jangan berhenti doa. sebenarnya dari tahun lepas aku berazam nak cari calon yang betul2 lah. xnak main2 dah tapi masih lagi belum jumpa yang sesuai. semoga tahun ni jumpa lah then terus kahwin. bukan apa, umur dah semakin meningkat remaja. nanti kecian anak2 aku kalau aku kawin lambat, tiba masa mereka nak belajar aku dah xkeja or dah xlarat. xnak laaa macam tu lagipun umur pun dah nak ke 3 series. fuhhh! takut plak sebut 3 nie.

3. cita-cita
benda ni adalah benda yang paling aku susah nak describe sebab dalam hidup aku memang banyak sangat cita-cita dan impian. okey cita-cita ni most kepada masa depan lah. aku kena lebih fokus apa yang aku nak kejar dalam hidup ni sebenarnya. setakat ni memang aku tengah mencari ape sebenarnya yang jadi kepuasan hidup aku. sebenarnya more kepada bisnes or perladangan. semoga ada rezeki buat aku! start untuk mengejar cita2.

4. kurus
gelak senyap-senyap jelaaa ae. aku tahu aku memang susah nak buat. sebab aku memang susah nak kawal hawa nafsu aku ni. bile bab makanan memang aku kalah. serius. rimas jugak lah aku. beberapa kali ni memang agak sukar. walaupun aku tahu aku dah pernah berjaya. bila aku rasa puas, hurmmm malas dah lah nak balik kat track lagi. semoga kembali ke track nana. kuatkan semangat! nak juga masa kawin cecantik. xde lagi dah memalas. bukan sebab cantik. most kepada kesihatan. doktor pun dah suruh aku kurangkan berat badan and keluarkan peluh serta lemak jahat yang terkandung dalam badan tu.

5. baik
semuaorang nak jadi baik termasuklah aku. hubungan dengan Allah pun masih tungang langgang tapi Allah tetap menjaga aib aku sampai orang nampak aku ni baik orangnya. serius malu tp inisiatif tu tetap kurang. tingkat ibadah dari hari ke hari. xtahu lah kenapa lately ni susah sangat nak bangun malam. sedih tu mmg sedih. solat malam lah yang paling aku rindu. dulu2 rajin jugak lah walau lebih banyak kepada malas tapi skrg ni susah nak jumpa yg rajin tu susah. 

sebenarnya banyak lagi kalau nak list kan satu persatu. 
banyak sangat tapi ni lah the most 5 yang kalau boleh aku kejarkan. cewaahhhh
panjang penerangannya lagi setiap satu tu tapi xpe biarlah antara aku and Allah yang tahu segalanya.
zaman sekarang nie susah sikit.
hidu[ dizaman fitnah kena pandai jaga aib diri sendiri.
bukan apa, fitnah berleluasa. 
serammmm

macam mana dengan azam korang?
semoga kita sama-sama capai apa yang kita inginkan.
mungkin lebih lagi dari apa yang kita harapkan.
aminnnn

okeylah.
got to go!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~