Diet

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


bila sebut pasal diet atkins ni ada je ramai yang tahu and ada juga ramai yang xtahu.
mana yang xtahu tu akan mula lah berkata2



"kata diet, makan ayam sampai dua ketul. makan telur lagi 2 biji. makan je sentiasa. blaaa blaaa blaaa blaaaa"

okey ni memang nampak sangat orang yang xtahu.
xmembaca.
ortodoks.
bila kata diet bermaksud xperlu makan.
perlu sekat makan. makan sayur saja or roti or seangkatan dengannya.
setakat ni memang aku akan bercakap pasal atkins jelah sebab aku memang study bab ni okey sikit.
sebenarnya xkisah pun kau nak ikut diet yang mana satu.
tapi sebelum mula tolong study sehabis yang baik sebab kalo xstudy kita xakan enjoy.
kita akan rasa diet tu membebankan.



banyak kali juga dah aku buat.
alhamdulillah memang memberangsangkan hasilnya cuma cuma cuma 
aku ni nak istiqamah memang payah.
sangat payah!
angan-angan dan cita-cita bukan main besar melampau.
bila berjaya sikit mula cheat.
cheat plak dengan air manis.
memang jahanam. sebab bila kita minum manis kita akan craving.
craving nak makan. craving nak air yg manis.
nafsu makan memang xboleh nak kawal.

sebenarnya time diet nie lah kita perlu enjoy sehabis yang baik.
serius.
kalau kite enjoy, insya Allah kita xkan terasa sangat kita tengah diet.
happy je makan.
percayalah time diet ni lah makan semua sedap2.



ayam panggang.
ikan salmon.
ikan bakar.
semua benda yang sedap bagi aku cuma kena rajin banyak sikit lah.
kena bangun pagi untuk masak.
bangun pagi berperang kat dapur.
xkisah lah kau diet apa pun.
semua kena enjoy. kena menghayati time2 kau diet nie.
aku plak jenis xkisah sangat kalau xdapat nasi as long as makan puas.
maksudnya perut kenyang.
life like always. jangan difikir sangat kita tengah diet. cuma fikir esok nak makan apa. nak masak apa.
hhahahahaa tu yang aku alami sekarang nie.
plus, aku kalao diet memang kena gembira kalau aku akan makan makanan yang xberfaedah.
menghabiskan duit beli makanan yang mahal.
makan tempat2 yang standard.
selera besau bhai.
hahahahahaa



hopefully lah aku berjaya.
and untuk geng2 gojes batch 8 jugak berjaya.
aminnnn
inshaa Allah.
masa aku masuk geng nie aku konon nak jadi silent reader je.
tapi tibe dapat satu peringatan

"dalam group ni kena aktif. kalau senyap peluang untuk xberjaya tu tinggi"

lepas tu aku pun aktif laaa jugak. kalau ade kaunter pertanyaan, aku tanya.
kalau ade kaunter luahan aku cakap.
kalau ade kaunter untuk bagitau progress, aku bagitau.
ada kaunter makanan, aku puntepek sekali makanan aku.
kira aktifkan diri lah tu.
sebab benda tu bagi kau semangat.
bagi aku lah.
bertukar resepi.
pendapat.
kita ada kawan. bertukar pendapat. luahkan rasa apa yang kita rasa dengan pandangan manusia2 yang suka kondem. manusia yang suka cakap

"alah xpelah. makan je. "

aku bukan jenis suka meluahkan perasaan kat orang.
sometime aku lebih suka simpan sendiri walaupun tahu lama-lama aku yang akan makan hati sendiri.
tapi nak buat macam mana, tanggapan aku kat orang tu sentiasa ada.



diet atkins ni bukannya menghapuskan karbohidrat terus tapi makan makanan yang rendah karbohidrat.
menggunakan lemak untuk membakar bilamana karbohidrat yang dimasukkan kedalam badan sedikit dan hanya boleh digunakan untuk tenaga.

air jangan sekali-kali xcukup. at least 3liter sehari.
lebih lagi bagus tapi jangan berlebihan sebab boleh merosakkan buah pinggang.
guna teknik ni setiap 25kg bersamaan 1 liter.
setakat ni aku minum hanya 4 liter sehari.
xpernah lebih laaa dari 5 liter.
takut jugak plus xlarat pun nak minum bebanyak sangat weyh.
diet apa pun air memang kena cukup.

sayur.
ni pun penting. diet apa saja sayur memang kena makan.
macam dah wajib.
memang wajib!
pilih sayur yang hijau2.
best dan bagus untuk pencernaan.
alhamdulillah aku memang suka sangat makan sayur. sangat suka.
apa je sayur aku xsuka.
jarang laaaaa.
tambah-tambah lagi ulam memang paling favourite.
dan aku pun xfaham kenapa orang xbrapa suka sayur.
mungkin dieorang xsuka rasa yang ade pahit2 sikit kot.




sebenarnya dah lama rasa nak kuruskan badan.
semestinya nak cantik sapa yang xnak cantik.
tapi aku rasa aku pun dah cantik.
hahahahahaha
xdelah. gurau2.
sakit pinggang and back pain aku ni aku rasa semakin lama semakin worse.
setiap hari rasa nak nangis sebab memang sakit sangat.
sampai xtahu nak tido macam mana.
lagi satu bacaan darah aku xberapa cantik.
acid uric ada tinggi sikit.
kolestrol dalam badan pun xcantik bacaannya
bacaan gula memang bagus.
(amalan 3 liter sehari air putih).
doktor pun memang suruh kurangkan berat badan since november lagi. 
ada juga cuba2 tapi selalu tewas sebab tengah stress dengan hidup kan.
semua serba xkena kan.
alhamdulillah kali ni semoga berjaya dan berterusan. insyaa Allah.
bersama-sama dengan team gojes batch 8.
aminnnnn!~

memang sebab utama pasal kesihatan.
sebab backpain.
and solat pun sekarang dah susah.
kaki besar gajah!
and senang termengah2.
sbb perut besar.
haishhhhh
itulah time aku dah lost around 20kg dulu aku penah cakap
"skrg ni pun aku rasa gemuk. macam manalah yg aku rasa dulu tu ae masa aku tengah gemuk giler2. skrg dah turun berat pun masih lagi rasa perut gemuk. masih rasa kaki besar"



zapppp! terus Allah bayar cash. nak rasa sangat kan.
Allah kembalikan balik berat before hilang 20kg tu!
padan muka aku.
sedih je bile timbang balik.
xpasal2 kena turunkan balik. kalau dulu terus turunkan dah kurus.
xlah selim melim.
dah senang laaa nak bergerak sana sini.
ringan nak buat kerja.
xcepat penat.
xmengah2 macam sekarang.

okeylah. penat dah aku membebel pagi rabu ni!
doakan aku and tema gojes 8 ye semoga berjaya!
saling bagi semangat sesama sendiri!
aminnn

okey!
got to go.
Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~