Insomnia

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::




Insomnia atau dikenali dengan penyakit tak boleh tido malam.
orang-orang kita selalu panggil xboleh tido malam tapi lebih senang sebenarnya nak kata insomnia.
masa sekolah menengah aku duduk asrama.
biasalah asrama memang xlekang dengan cerita2 hantukan.
bagi aku semua tempat ada cerita masing2. dan nak dikatakanbila kite sambung belajar kat IPT kebanyakan cerita hantu setiap asrama akan sama. kebanyakan memang sama.
korang xde create cerita lain ke?

eh bukan pasal hantu nak cerita. nak cerita pasal xboleh tido malam.
hahhahahaa
aku ada sorang kawan yang memang susah nak tido malam.
tapi dalam kelas xde lah pula dia tersengguk2 sebab xboleh tido.
setiap malam dia mesti akan termenung sebab tahu nak buat apa.
sometime setiap malam tu dia akan ternampak susuk2 manusia berjalan depan dorm.
bukan apa, lagipun dorm dia sebelah je dengan toilet.
tapi satu hari tu dia memang nampak orang jalan tapi lelaki tua.
sampai laaa dia cari jalan kenapa dia xboleh tido.



rupanya dia terlalu addicted dengan green tea.
setiap pagi green tea.
and petang pun green tea juga.
setiap hari.
masa tu tekak budak2 memang xsuka dengan green tea sampai aku pelik dia ni tekak apa boleh telan green tea siap jadi air favourite lagi.
bila dah slow minum, lama2 dia dah boleh tido dah tapi masih ada lagi insomnia dia tu datang kadang2.
xdelah setiap hari sampai laa habis form5.
lepas tu aku lupa nak tanya insomnia dia.
hahahhaa




sekarang ni housemate aku pulak.
aku pun xtahu apa punca dia.
memang selalu sangat xboleh tido.
aku jadi kesian. serius kesian. yelah bila xboleh tido malam, pagi baru nak rasa tido dah kena bangun pergi kerja. serius badan akan rasa penat 2 kali ganda even masa kerja tu xdelah berat sangat kerja kau.
dia ni pantang minum air teh ais and coffee. even dia minum waktu pagi, kesan sampai esok pagi. around kol 5 lebih tu baru boleh tido.
naseb baik keja petang. waktu siang dia memang boleh tido.
dan dia xboleh tido awal sangat. around kol 2 3pagi terbangun dan xkan boleh tido sampai laaaa dalam kol 5 lebih baru boleh tertido.
tapi aku tengok awal dia pun dalam kol 10 lebih jugak.

bila dia dah terbangun, die memerlukan orang ada sebelah dia.
tibe2 nanti die datang laa bilik aku tido sama.
tibe2 menyelit.
nasib baik die kecik.
tapi aku tahu itupun dia tido xnyenyak mana pun.

sadis kan hidup orang yg insomnia.
aku pernah laa suarakan kat dia



"kau xboleh tido ni xpenat ke?aku yg tido lambat kol 12 pun dah terasa esok pagi bangun pagi xbest sebab macam xpuas tido"

"penat wey tapi nak buat macam mana xboleh tido"

tapi its happen to me now. even bukanlah hari2 kena tapi bila time kena tu siksanya rasa nak nangis.
pejam laaa mata macam mana sekali pun.
baca lah ayat apa sekali pun.
mengantuk tahap mana tapi bila mata xnak pejam. akal masih aktif berfikir. sampai kepagi pun akan macam tu. bila bangun kau akan rasa letih dan aku rasa macam xtido.
tu yg terjadi pada aku.
tapi aku macam tahu sebab apa aku jadi macam tu.
bila terlalu penat dengan tugas seharian.
sometime aku masih lagi bekerja sampai kol 1 2 pagi.
pagi gie ofis.
lepas maghrib mengajar.
balik mengajar membaking sampai kol 1-2.
dapat kol 12 tu pun rasa dah terlalu bersyukur sangat dah.



bila kena insomnia, aku jadi penat dua kali ganda.
gile2 penat.
kat ofis xterasa sangat.
bila time dah kol 4 petang keatas tu dah terasa kepenatannya.
lepas tu kena plak gie belanja barang rumah then teman kawan aku makan.
balik rumah memang xfikir apa lagi dah memang tumbang.
baik tumbang awal before xboleh tumbang langsung.

semalam aku rasa insomnia aku paling teruk.
sebab aku dah baca2 juga.
berzikir.
sometime bile aku mula membaca, aku akan cepat mengantuk.
tapi semalam dah beratus juga still xboleh nak tido and masih mendengar benda yang bukan2.
sampai kepagi juga aku rasa xnyenyak.
plus aku rasa aku mimpi terlalu berat.
bila xnyenyak aku akan rasa aku tido lama sangat.
tapi sebenarnya baru berapa jam.
haishhh.
kenapa
kenapa.

okeylah sampai situ jelah cerita insomnia aku, dia dan kamu.
dulu aku selalu tertanya-tanya kawan aku apa rasa bile xdapat tido.
sebab aku xmampu nak membayangkan kepenatannya tu.
nasib baik semalam budak mengaji tu xbalikdari kampung lagi. kalau x, xtahu macam mana ntah keadaan badan aku.

okeylah.
got to go!
nak menghilangkan rasa mengantuk yang teramat je ni tadi.
terpanjang pulak.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Putri

Selamat Hari Tua Akak!~

Selamat Hari Graduasi!~