Memori

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Mood membebel dah sampai.
tapi tak tahu nak mula yang mana satu.
mana satu pilihan hati untuk dibebelkan.

kebelakangan ini banyak entri yang aku membebel.
langsung takda cerita tentang hari minggu atau hari bekerja.
salah satu sebab aku bukan selalu suka tangkap gambar dan aku bukan orang yang sentiasa akan mengambil gambar.
teringin sebab nak memenuhkan blog.
hahahhahaa

rasanya pernah beberapa tahun dahulu menulis entri berkenaan tentang rindu.
kalau kita rindukan seseorang yang sukar untuk kita luahkan, bacakan Alfatihah.
sebenarnya berkisar memori yang facebook bangkitkan isnin lalu.
ada memori yang bagus untuk kita ingati dan ada pula memori yang tidak patut untuk kita kenangi.
ada kebaikan serta kekurangannya.

tapi memori yang dibangkitkan adalah tentang rindu pada mereka yang jauh dimata tapi selalu ada dihati malah tidak akan mati.
sakit.
sebab tahun ini bertambah seorang lagi dalam memori yang hanya tinggal memori.
tiada lagi sempat untuk mencipta memori bersama-sama.
aku tak mampu untuk menambah lagi bilangan mereka.
kerana aku tak mampu.


"setakat ini aku tak mampu nak dengar berita tentang kematian. aku tak bersedia. aku tak bersedia untuk rasa kehilangan. aku tak kuat"

"tapi mati itu pasti nana. kita bersedia atau tidak. perlu bersedia dalam apa jua keadaan"

mereka-mereka yang terlalu aku sayang.
hilang dari mata tanpa aku bersedia fizikal atau mental walau sekelumit pun
apa yang diharapkan semoga memori kita bersama walau hanya seketika Allah temukan kita didunia. terus segar. dan...
ketahuilah, kamu semua tidak pernah mati dalam ingatan malah selalu hidup dalam hati.

mereka kata aku tidak menerima takdir kerana aku selalu mempersoalkan tentang mereka.

"kenapa mereka yang Allah pilih?"

"kenapa mereka?"

"kerana mereka layak dan kerana kasih sayang Allah terhadap mereka lebih luas dari kita"

"terlalu beruntungnya mereka"


nak cerita tentang memori tapi cerita sedih pula.
kekeringan idea bila cerita tentang mereka sebab tidak akan pernah habis sampai habis usia.
kerana mereka terlalu istimewa.
sangat istimewa.


okay lah.
Terima kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~