Menulis Tanpa Singkatan

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Saiyidul Ayyam.
Penghulu segala hari.


Cubaan menggunakan bahasa yang betul tanpa menggunakan singkatan.
semoga berjaya.
permulaan memang agak sukar tapi andai dibiasakan akan berjaya.
ayuhlah kita bersama memartabatkan bahasa melayu.
seronok kalau betul kita menggunakan bahasa melayu.

setakat ini baru satu entry yang menggunakan bahasa tanpa singkatan.
umpama
x = tak ataupun tidak
dan banyak lagi sebenarnya kalau diperhatikan dan ramai sudah menegur supaya menulis tanpa menggunakan singkatan.
kerana kalau bukan kita siapa lagi yang mahu menjaga bahasa ibunda.
bermula dari kita dan semoga terus-terusan ke anak cucu kelak.
bukan mudah kerana kita sudah terbiasa dengan singkatan semasa menulis mesej.
akan tetapi jika di praktikkan bukan mustahil.
dan ia sesuatu yang membanggakan.

masih mencuba agar penyampaian tidak menjadi kaku.
dan sedap dibaca menusuk terus ke kalbu.
 zaman sekolah menengah bahasa melayu bukan pilihan hati.
malah belajar sekadar kerana sudah tertakluk didalam jadual dan menjadi satu pelajaran yang wajib untuk lulus.
malu sekiranya anak melayu tetapi bahasa melayu tidak mampu skor dengan sebaiknya.
ini idealogi saya semasa sekolah menengah.
tambahan, menulis karangan bukan satu kerja sekolah yang paling digemari.
hasil didikan dan dorongan yang diberikan oleh guru dan persekitaran.
alhamdulillah boleh menulis walau bukan satu penulisan yang hebat tapi mampu menulis karangan.
semasa di tingkatan tiga, kami diberi tugasan untuk menulis karangan sebanyak yang mungkin dan menulis supaya penanda mampu menembusi cerita kita walaupun bercerita tentang sejarah.
rasa berkobar-kobar ditambah dengan sahabat baik sendiri mewakili sekolah dalam penulisan semasa hari kemerdekaan terus rasa berkobar-kobar nak menulis seperti beliau.

tingkatan lima, diberi dorongan oleh guru bahasa sendiri supaya memasukkan sekali peribahasa-peribahasa yang bersesuaian dan menggunakan bahasa yang bombastik agak pembaca atau penanda berasa 

'wowww!~ mesti budak ni suka membaca'

tapi untuk menghasilkan penulisan yang baik adalah dengan banyak membaca.
sebanyak-banyaknya.
baca.
baca
baca
baca

seronok sebenarnya belajar bahasa.
akan tetapi saya bukanlah seorang pelajar bahasa yang baik.
sekadar mampu menulis untuk kepuasan diri sendiri.
dan untuk perasan diri sendiri

'ayat aku sedap juga bila dibaca balik.'

rasa macam sudah banyak merepek dari idea yang asal.
okey lah.
Terima kasih!



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~