Paling dan Paling

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Sabtu!~
takdelah post on time.
on schedule je ni.
hahahhahaaa
tiba-tiba teringat tempat yang paling dirindui untuk travel.

aku suka cerita pasal travel.
suka sangat.
paling berkobar-kobar untuk aku tulis entri bila balik bercuti.
balik berjalan.
hari isnin mesti akan update terus.
cuba try cari lebel travelling.
mungkin sebab aku suka travel.
suka berjalan.
suka meneroka.
suka tengok keindahan alam yang terbentang.
dan aku tak sabar untuk berkongsi.
bila baru-baru, akan ada satu perasan yang belum hilang.
kalau dah lama-lama nanti akan jadi lemau.
sebagai contoh entri semalam.
dah basi dekat seminggu baru nak cerita.
mood bercuti tu dah lemau, penceritaan tu jadi tak banyak.
sebab hilang sudah rasa keterujaan.

ini apa yang aku rasa.
lain orang lain muka.
sudah tentu lain citarasa.
kan?

semua tempat ada kisah masing-masing.
tapi yang paling dirindui untuk ulang kembali adalah Penang.
sangat-sangat.
paling rindu.
tak tahu kenapa.


bagi aku pengalaman paling seronok.
mungkin kerana makanan?
mungkin kerana suasana?
mungkin dan mungkin.
mungkin pengalaman #misimencarisood1.0
mungkin seronok dengan hashtag tersebut.
sebenarnya takdelah mencari sangat.
tapi saja mencipta hashtag.
tapi memang seronok.

paling banyak bergaduh.
semestinya pegi Langkawi.
mungkin pertama kali pergi bersama.
pertama kali, tigadarapingitan berjalan.
pengalaman pertama kan.


tipulah kalau tak rindu.
banyak kali juga bergaduh.
dan akhirnya jadi satu memori yang paling sukar untuk dilupa.
banyak juga pengalaman yang kami timba.
tanpa yang pertama tiada yang kedua kan.
yang pertama selalu yang paling bertakhta dalam hati beta.

paling mahal kami sewa hotel.
adalah berjalan di Kuantan.
buat kali kedua rasanya tapi kali pertama menetap.
yang ni xde rasa gaduh-gaduh.
tenang je.

"jom kita duduk hotel mahal?"


masa ni memang betul-betul nak rehatkan hati dan minda.
memang betul nak release tension.
release jugaklah duit.
habisnya duit serupa berhabis duit ke Perhentian. tapi lain kepuasannya.
puaslah.
tapi cuma sekali sahajalah.
bukan taubat, dapat merasa sekali sekala berlagak macam orang kaya walaupun hakikatnya suam-suam kuku sahaja.
masa ke Kuantan haritu lalu 

"taknak check in ke kat Facebook?"

" masa pergi betul-betul haritu xnak pula checkin. bila tak stay sini betul-betul baru check in ae"


paling sadis adalah Pulau Perhentian.
sampai menangis aku.
serius memang dah tak tahan sangat.
paling worst bagi aku.
tapi Allah tetap hantar hikmah disebalik kejadian.
memori yang takkan lupa sampai bila-bila.
insyaa Allah.
kalau lupa jenguklah sini balik.
hahhahahaha

dan paling lama kami merancang.
dalam sebulan lebih juga merancang.
kebanyakan semua perancangan seminggu sebelum je.


Port Dickson pula travel yang aku kenal siapa yang boleh susah dan senang bersama.
kalau teringat balik peristiwa ni memang akan gelak.
tapi dalam sudut hati aku yang paling dalam, aku terharu.
betul-betul terharu.
dan sangat terharu sebenarnya.
aku hanya mampu ucap
terima kasih korang untuk pengorbanan itu.


Cameron baru je pergi awal tahun haritu.
satu pengalam yang paling tak boleh aku lupakan.
serius memang tak boleh lupa.
sebab kehilangan Handphone sementara.
sabar jelah.
dan first time berjalan dengan mereka.
macam-macam kisah. 

setiap tempat ada jalan penceritaan yang tersendiri.
itu yang mengajar kita.
mengajar untuk kehidupan hari-hari.
dan juga perancangan untuk mengembara lagi.

setakat ni, ini sahajalah tempat-tempat yang aku pergi.
baru je menginjak dalam 2 3 tahun baru-baru ini.
masih sikit lagi tempat yang dijelajahi.
masih ada banyak lagi tempat dalam perancangan.

kami bukan pekerja mahir yang ada kerkepok-kepok duit.
kena ada perancangan mengumpul duit.
kemudian, baru merancang nak pergi kemana.
aku masih lagi mengembara sekeliling Malaysia.
Insyaa Allah habis dah keliling Malaysia, baru kita mengembara negara lain.
semoga aku bertegas dengan pendirian aku yang kali ni.
bakal terpecah juga sebenarnya bila ada orang ajak ke Bandung.

tapi aku kena pergi Kota Kinabalu dulu sekurang-kurangnya baru aku boleh ke negara lain.
sebab tiket pergi dan balik ke Bandung lagi murah dari Kota Kinabalu.
hampir-hampir juga tergoda.

"kalau korang nak pergi Bandung tu, pergi jelah. aku memang taknak. kalau korang tak jadi lawatan sekolah tu, aku tetap akan pergi juga Kota Kinabalu tu tahun ni."

Tahun depan dah perancangan lain, sebab tu kena juga ke Sabah tahun ni.
itu perancangan.
mama selalu tanya

"ada duit ke nak pergi jalan-jalan?"

" ada ke takda, kalau niat nak berjalan, adakan juga. kalau nak kumpul tunggu duit berkepuk. takkan sampai"

semoga apa yang dirancang sama seperti yang Allah rencanakan buat aku dan kawan-kawan aku dan dikeluarkan dari segala kesulitan yang melanda.
sebelum Sabah, masih mencari tempat dalam semenanjung Malaysia untuk mengembara!
1) Jalan-jalan cari makan
2) Jalan-jalan cari ketenangan.


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~