Berkongsi Yang Perlu

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang :::


Salam Khamis!~
sudah sampai ke pertengahan Mac baru ada rasa nak update kat blog.
cepat betul masa berlalu.
semua manusia terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga tidak perasan masa berlalu dengan amat pantas.
mood membebel pun baru menjelma selepas beberapa minggu sibuk menguruskan karnival.
sebenarnya beberapa hari saja yang melibatkan kesibukan diri aku.
yang lain, urusan ahli jawatan kuasa yang lain.

"nana taknak ke update blog pasal karnival?"

"tunggu mood sampai nak update pasal karnival"

bila teringat balik, macam takda apa yang boleh di update pasal karnival.
dan tidak tahu nak update pasal apa.
maka. biarkanlah karnival hanya jadi memori di ingatan.
kalau kerajinan bertambah, maka boleh lah dijadikan karya disini.

hampir sebulan jugalah tak update.
bila idea sampai, takda masa.
bila masa ada, idea tidak sampai.
begitulah rutin harian.

nak membebel pun tidak tahu nak bebel pasal apa.
selalu hari khamis akan ada entri membebel atau its random. 
itu jelah yang aku mampu buat.
takda rasanya benda lain yang nak dikongsi, sebab media ni bukan semua boleh dikongsikan.
kadangkala menjadi fitnah kepada diri sendiri dan orang sekeliling.
berkongsi benda yang perlu je.

kebanyakan aplikasi sudah ada story macam instagram, whatsapp dan juga facebook.
ramai manusia berkongsi tentang kehidupan seharian tetapi bukan semua yang dikongsi.
aku suka mereka yang berkongsi tentang masakan, makeup dan sebagainya.
lebih suka tengok storyline orang berbanding gambar dari luahan hati yang mengutuk.
dan aku sendiri lebih banyak berkongsi di story berbanding gambar - intagram
lebih banyak berkongsi dari meluahkan ayat dan perasaan - facebook
lebih banyak berchatting berbanding berkongsi di story - whatsapp
lebih banyak masuk group cerita or drama dari berchatting - telegram
lebih banyak meluahkan perasaan - twitter
lebih banyak membebel - blog

setiap tempat ada fokus yang tersendiri.
aku tak suka bercampur aduk.
kadang-kadang campur juga.
dan bergantung pada mood sebenarnya.
dan setiap satu ada sebab yang tersendiri.

kita boleh lihat ada banyak kelebihan dan kekurangan dalam setiap aplikasi.
dan ia bergantung pada diri masing-masing.
ada mereka yang berpendirian

"suka hati akulah. ni laman sosial aku, dan dinding sosial aku. aku punya suka lah nak luahkan apa, nak berkongsi apa, nak letak gambar berapa banyak nak buat apa sekali pun"

"aku yang tulis kau yang panas,"

semakin menuju kearah kemajuan semakin banyak cabarannya.
maka, bersederhana lah kita dalam semua aplikasi.
dan sebenarnya tertembak dengan kata-kata seorang senior

"manusia semakin bangga dengan diri sendiri. mengangkat diri untuk dipuji."

bila rasa tidak perlu untuk menjadi tatapan umum, simpanlah dalam diari kehidupan seharian kita agar suatu hari nanti boleh kita belek kembali.
sebab aku pernah kena tegur.

"jangan teralu percaya dengan media massa dan internet kerana mereka tiada jaringan keselamatan yang ketat untuk kita simpan. kalau apa yang kita kongsi bukan untuk tatapan umum, simpanlah dalam diari yang hanya boleh dilihat diri sendiri"


Sekian terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~