Petaling Jaya - Kuantan - Terengganu - Kuantan

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
esok dah cuti.
semalam baru amik cuti. hari ni masuk kerja kemudian esok cuti lagi.
terasa cepat betul masa berlalu.
dan malas sungguh nak buka blog untuk bulan March ni.
dah minggu ketiga tapi entri baru nak masuk dua.
cuba sekurang-kurangnya tiga.


minggu lepas memang dah plan taknak pergi kemana-mana.
rasa nak duduk rumah berguling-guling atas katil sambil marathon drama.
tapi kawan aku ajak berjalan pergi kuantan.
kenduri kahwin.
kebetulan, kami pun kenal dengan pengantin, so pergi jelah dari takde buat apa-apa kat rumah.
walaupun duit pun faham-faham jelah kalau dah hujung bulan.
konsep aku, bila nak pergi jalan.
pergi je.
ada duit ke takde duit ke, kita kan kongsi-kongsi.
insyaa Allah cukup.
cuma, aku tak suka konsep orang buat hak milik kita macam hak milik dia.
tu je.
malas nak cakap banyak tapi boleh fikir sendiri, masing-masing dah besar.


selamat pengantin baru azran.
semoga bahagia hingga kesyurga!~


pagi bukan main bersiap lama.
tiba di tempat kejadian habis dah hilang semua.
perjalan je memakan masa 4 jam.
luntur dah segala semua apa yang ada.
muka pun dah sememeh.


lepas dari kenduri, cadang nak pergi ke kemaman.
ada salah seorang kawan duduk sana.
ingatkan hari sabtu dia masih ada kat kuantan.
boleh jumpa tapi dah balik kampung.
ingatkan dalam 45 minit atau sejam je rupanya memakan masa sejam lebih juga.
gigih juga kerana semangkuk satar.
hahahhahaa


lambat kami sampai. 
berbual kejap, kemudian k.mizah ajak pergi pantai.
mula-mula macam malas, sebab tengah fokus makan satar.
bila dah pergi, okay rasa menyesal kalau tak pergi tadi.
dapatlah tengaok matahari terbenam.
dan hari pun dah malam.


yang penting gambar.
cantik sangat pemandangan.
air laut yang biru, langit yang biru.
pasir yang putih.
tenang sangat rasa.
sangat-sangat.
memang tak puas.


sama  tak muka kami?
ada orang kata kami kembar.
setelah 8 tahun berkawan dalam alam maya, alhamdulillah Allah temukan juga empat mata.
dan layanan yang baik.
tersangat baik.
walaupun sekejap, insyaa Allah takkan lupa kenangan terindah ni.
dapat makan satar.
dapat jalan pantai.
kalau pakai cermin mata, katanya sama.
masa ni mood pakai cermin mata takda.
maka, tidak jelas kelihatan kekembaran disitu.


terima kasih korang merialisasikan impian.


dan semua yang terlibat.

lepas maghrib dalam jam 8.30 kembali ke Kuantan.
belum masa balik rumah lagi.
ziarah kawan mijah.
dan lepak stall burger anak murid mak dia pula sehingga ke lewat malam.
memang betul-betul berjalan.
dalam jam 12 baru bergerak ke homestay.
cantik!
suka konsep homestay yang macam tu.
dah macam hotel.
tapi malam disebabkan dah 12 jam berjalan ke sana dan kesini.
takda mood nak ambil gambar.
bila pagi nak checkout pula dah serabut nak kemas untuk pulang.
selalu macam tu.

belum lagi jadi blogger yang tegar.
setiap sudut ambil gambar.


sebelum balikk, memang tempat wajib singgah Kula Cake kalau berkunjung ke Kuantan.
beratur panajng pun beratur jelah.
dah minat yang menebal.
cuma kali ni take away.
bila sampai rumah, habis cair dah cream atas tu.
sabar jelah.

signature cake Kula Cake
Pavlova dan Mango Cheese Cake.
dua-dua aku beli.
kawan aku ayng tak berapa dengan kek pun sanggup beratur nak beli kek Mango Cheese Cake.
lagi satu wajib beli.
Pandan Cooler.
sedap!

itu sahajalah kisah kami bercuti kali ni.
memang tengah merancang untuk bercuti lagi.
next destination?
Tungguuuuuuuuuuu!~ 

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~