Belum Bersedia

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~
seronok esok dah kembali weekend kan?
entri raya masih tak buat lagi.
basilah nampaknya.
syawal tahun ni jatuh bulan-bulan yang agak sibuk untuk hantar borang individu kat LHDN.
masih belum ada waktu nak edit gambar.
kalau masih dikurniakan kerajinan untuk edit.
kalau tiada kerajinan, nampaknya tengoklah jelah gambar-gambar yang comot.


kali ni entri lewat senja.
bukan main.
baru sahaja selesai tengok cerita Halalkan Hati Yang Kau Curi yang terakhir.
sebenarnya aku bukanlah jenis manusia yang melayan sangat kecuali pelakon yang aku suka.
tapi pendapat aku cerita ni permulaan agak menjengkelkan tapi pertengahan sehingga ke akhirnya bagi kesan positif jika pandang ia positif.
bagi kesan yang mendalam dan ilmu kepada mereka yang menonton.

satu iktibar yang paling aku terkesan kehilangan orang yang aku sayang.
Delisha kehilangan nenek yang sangat dia sayang, dan untuk terima kehilangan yang tiba-tiba.
aku tahu sangat susah.
sebab aku pernah alami.
dan kalau boleh aku belum bersedia untuk kehilangan mereka.
bagi aku biarlah aku yang hilang dari aku kehilangan mereka-mereka.
bila sentuh bab kehilangan.
cukuplah orang terakhir setakat ni aku kehilangan Maksu yang bagi kesan sampai ke hari ini.
walaupun Maksu dah setahun setengah tinggalkan kami semua.

sangat.
aku sangat terkesan walau aku hanya memerhati dalam diam.
aku memerhati keluarga Maksu sambil bergenang air mata.
aku tak mampu untuk berada dalam situasi mereka walau hanya seketika.
aku tak mampu untuk mengalami dugaan yang sama.

aku kagum dengan mereka.
mampu bicara dalam nada yang biasa.
mampu gelak ketawa walau hati masih ada lagi gundah gulana.

"tahu tak mana nak cari sampin? Syahmi belum ada sampin lagi"
bicara anak kedua pada malam raya.

"siapa masak sahur?"

"abah"

"siapa masak untuk berbuka?"

"abah"

"dah beli baju raya?"

"dah, beli untuk ada-ada je sama warna"

mama cerita sambil mengalir air mata.
aku dengar sambil menarik nafas yang panjang.
menangis dalam hati tanpa diketahui orang lain.
kerana aku tidak mampu untuk menangis dihadapan mereka.

anak-anak dan suami Maksu memang kuat.
sangat!
aku kagum dengan mereka.
sangat.
kerana aku tidak mampu jadi seperti mereka.

itu cerita tentang beraya.
belum bercerita tentang perkahwinan anak mereka.
aku belum mampu untuk teruskan cerita tentang hari itu.

aku dan mereka tiada pertalian darah tapi aku tetap rasa kehilangan seperti sedaging sedarah.
kebaikan dia.
senyumannya.
tutur bicara.
selalu bermain dimata.
kebaikan dia yang paling utama.
selalu berlegar-legar diingatan.

aku masih belum bersedia untuk kehilangan salah seorang keluarga yang aku cinta.
hatta suami dan anak yang belum ada didepan mata.
aku juga belum mampu.
aku tidak mampu.

bagi aku kehilangan itu satu rasa yang aku tidak mampu untuk bendung.
nampak biasa bicaranya
tetapi dalam hati,pedihnya hanya Tuhan yang tahu.


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~