Kenangan Bersama

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat.
artikel lewat petang.
jarang sebenarnya buat entri lewat-lewat petang macam ni tapi tiba-tiba idea datang melanda.
cepat-cepat buka blog sebelum berlari-lari meninggalkan kepala kita.

terdengar lagu dari Shila Hamzah
'Memori Tercipta'
sambil isi air kat pantry sambil termenung terkenang memori-memori lama.

lama dah tak bercerita pasal cinta.
tapi bukan entri sedih sebab sejak tukar nama blog memang dah bertekad taknak cerita lagi cerita-cerita sedih walaupun dalam keadaan sedih.
insyaa Allah akan cuba sedaya yang mungkin.
tapi sekali-sekala apa salahnya meluahkan rasa yang dah lama terbuku.

macam aku pernah cakap, aku suka meluahkan kat sini.
akhirnya memang aku sendiri yang akan baca walaupun dah bertahun lama sekali pun jauh kebelakang.

disini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
mungkin disini kita kan terpisah
kenangan bersama tiada kulupa

setelah 10 tahun memendam rasa. aku rasa aku patut ambil satu keputusan untuk melangkah mencipta memori baru.
aku tahu dah lama.
kenapa dalam angka yang kesepuluh aku ambil keputusan yang drastik?
bagi aku cukuplah 10 tahun bermacam perkara aku belajar.
aku menjaga hati orang lain dengan mengabaikan hati sendiri.
menafikan hak hati sendiri.
dah bermacam benda terjadi.
suka duka tangis ketawa semua cukup rasa.
Allah menggerakkan hati untuk berhenti.

selalu aku bertanya pada diri

'apa hikmahnya ya, Allah masih izinkan aku untuk terus dalam ciptaan memori ini?'

aku sering tertanya.
tanya
dan selalu perlukan jawapan kenapa masih aku melakar memori yang sia-sia?
sedangkan masih banyak lagi memori yang aku boleh cipta tanpa menafikan hak hati aku sendiri.
buat masa ini, ini keputusan aku.

andai kata Allah menggerakkan hati dia untuk kembali walau bila pun masanya.
aku terima dengan hati terbuka.
walau hanya sekadar kawan biasa.
walau susah untuk aku terima, tapi aku perlu sedar ini adalah salah satu doa-doa aku.
 supaya dilembutkan hati dan memaafkan sesiapa sahaja.

tipu kalau tak sedih tapi aku lebih memilih untuk terus menghargai diri aku.
aku memilih untuk menjaga hati untuk terus tidak disakiti lagi.
aku memilih untuk mencintai diri sendiri lebih dari segalanya.
aku memilih untuk menggembirakan hati sendiri.
semua untuk diri sendiri.


Yang terpahit jua termanis
semuanya bagiku terindah
kuingati buat selama-lamanya


aku berhenti disini bukan kerana aku putus asa.
tapi melangkah untuk menghargai diri.
bagi aku cukuplah 10 tahun yang mengajar aku bermacam benda.

"orang yang sentiasa buat baik dengan kita tak semestinya akan suka kita nana. mungkin lebih kepada rasa kasihan."

bagi aku 10 tahun ini bukan benda yang sia-sia tapi mengajar aku bermacam benda dan perkara.
mengenal manusia.
hati-hati manusia.
banyak hikmah yang Allah beri sepanjang jalan cuma aku tak sedar dan tak perasan sebenarnya apa yang Allah hantar itulah hikmah yang sebenar.

untuk awak,
jika Allah menggerakkan hati untuk buka blog ini,
ketahuilah bahawa ini bukan keputusan untuk memutuskan hubungan sebagai seorang kawan.
selamanya awak tetap kawan dan sentiasa ada dalam doa-doa yang saya titipkan setiap hari.
keputusan yang diambil lebih kepada memilih diri sendiri.
lebih untuk menghargai diri sendiri.
jika suatu hari nanti Allah gerakkan hati kita untuk baik seperti 10 tahun yang lalu, semoga kita mampu tersenyum gembira macam dulu-dulu.
dan saya membuka ruang untuk mereka-mereka yang Allah benar-benar Redha.
yang terbaik menurutNya.
yang benar-benar terbaik yang Allah akan hantar.
tanpa mengunci hati lagi dengan satu nama.
terima kasih untuk semua memori yang takkan dilupa sampai mati.

awak,
jika Allah menggerakkan hati untuk awak rasa ini adalah awak.
ketahuilah saya tak pernah rasa menyesal Allah pilih kita untuk kenal.
cuma saya mohon lepaskan saya dari dibayangi kebaikan-kebaikan yang awak tunjukkan kalau itu hanya secebis rasa kasihan bukan satu rasa untuk kearah satu fasa peningkatan kehidupan.


banyak pula lagu sedih keluar petang-petang Jumaat ni.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~