Ramadhan 1439

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin.
Salam 26th Ramadhan.
berbaki tiga hari, semoga terus sakti dalam ibadah untuk Ramadhan kali ini.




banyak rezeki yang Allah turunkan Ramadhan kali ni.
sangat banyak, sehingga aku malu.
kadang terlintas

"layakkah aku terima nikmat yang sebegitu banyak sedangkan aku masih lagi membuat dosa setiap hari??"

cepat-cepat beristighfar.
kena fikir hikmah, kenapa aku diberi.
tidak perlu mepersoalkan pemberian Tuhan.

'nana, nana'

satu hari tengah sibuk memasak untuk juadah berbuka, aku terdengar salah seorang kawan serumah menjerit.

"sedihnyaaaa. sedih sangat. berbaki tak sampai setengah jam. dia datang. gerammmm. gerammmm"
merungut sambil minum air

"tak baik fikir macam tu. kita kena fikir itu rezeki. konsep rezeki ni ada banyak. fikir je itu semua rezeki. tak baik merungut"

mungkin kalau jadi pada aku, mungkin aku pun akan merungut.
sebab dah berpuasa menahan lapar dann dahaga dari pagi, akhirya tewas saat-saat akhir.
sedih, tapi aku pernah terbaca satu statement

"mengapa kita mahu marah kalau itu semua takdir Allah? itu semua perancangan Allah, kita marah dan geram itu kepada siapa? apakah kita sedang marah pada Pencipta yang mencipta kita dan beri kita terlalu banyak rezeki dan nikmat tanpa henti? kena faham konsep rezeki, ada sebab kenapa ia jadi sebegitu rupa. ambil itu sebagai hikmah."

tapi tak ingat mana pernah terbaca ayat ni, lebih kurang macam nilah.
penambah rasa penyedap bicara itu biasa.

aku pun dalam usaha untuk memujuk diri supaya tidak merungut jika itu berlaku pada diri aku.
alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang sehingga ke 26 Ramadhan.
aku menganggap itu rezeki.
supaya aku tidak menyesal dikemudian hari, ibadah sepanjang Ramadhan kali ini.
satu nikmat yang patut aku syukuri.
sujud syukur ya nanti.

kelapangan masa, satu rasa yang aku rasa tidak tahu nak tulis.
satu rasa yang Allah beri, susah untuk digambar.
tapi buat aku tersenyum gembira.
jika ini Ramadhan terakhir untuk aku, Alhamdulillah.
aku bersyukur Allah kurniakan rasa yang sebegini rupa.

semua yang aku impikan, Allah realisasikan.
tempahan yang memberangsangkan, boleh disiapkan dari jangkaan yang ditetapkan.
tanpa rasa penat yang berganda walaupun tempahan berlipat ganda dari tahun sebelumnya.
sehingga perlu menutup tempahan pada 15 Ramadhan.
sujud syukur ya.

aku bercadang untuk buat kuih raya pada permulaannya.
tapi buat kat rumah je sebab fikir mungkin tak sempat nak buat kat rumah sewa sini.

"minggu ni kan nana xpergi mana-mana. boleh lah buat kuih raya. mama tak sempat nak buat. tempahan ni pun masih tak siap lagi. balik rumah nanti mesti tak sempat nak buat. abah dah cop kau pergi tolong kat pasar. kesian mama masak sorang-sorang kat rumah"

"kalau macam tu, tengoklah kalau rajin sikit minggu ni"

"mama doakan semoga rajin banyak"


Alhamdulillah.
sempat juga buat 4 jenis kuih dalam masa cuti dua hari.
perancangan nak buat 5 jenis tapi semalam dah flat sangat rasa.
nak masak untuk berbuka rasa nak merangkak ke dapur.

1. Cornflakes madu

2. Crispy cornflakes cookies.



3. Almond florentine



4. Choc chip cookies.



tergendala brownies cookies kita nak buat.
buat kat rumah kalau sempat.
dan semoga sempat.
insyaa Allah.

cuma yang masih tergendala
DIY sampul duit raya.
dah siap juga setengah.
masih berbaki setengah.
semoga berjaya!


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~