marah-marah

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Hai!~
saja nak mengisi masa yg xberapa lapang dengan membelog.
bosan.
plus tengah sakit hati.
biasalah kena marah itu perkara biasa.

tapi mesti kita akan marah jugak kan bile orang marah kita tibe2 tanpa kita tahu sebab dan musabab.
hey!
nie peringatan untuk aku sendiri yang suka sgt marah sesuka hati.
asyik nak marah je kan.

"period ae kak?"

tibe-tibe je nak marah2.
kadang kite nie elok je bercakap.
bukan main nak jaga hati dan perasaan kan.
tapi pihak sebelah pulak xmemainkan peranan yang elok.
serius buat mood kita akan lebih down kan.
lagi-lagi hari pertama kerja.

ingat nak bina kekuatan setelah lama bercuti ni senang ke?
fuhhh.
setengah hari pun xcukup lah.
ditambah pulak dengan orang yang marah-marah nie.

eh. aku bukan dalam keadaan yang marah nie.
sedih bak hang.
sedih pasal semalam lagi sebenarnya.
eh bukan dari semalam.
dah banyak hari.
cuma family banyak bagi kekuatan je sekarang nie.
lagi2 mama.

kalau ikut aku.
hati aku nie.
malas dah malas nak layan kerenah yang macam2.
kadang kite kena bertindak secara professional dalam semua hal.
jangan dicampurkan dengan masalah-masalah peribadi yg ntah hape-hape tuh.

"bertindak secara profesional nana. xkan berjaya kalau asyik nak ikutkan hati yang penuh dengan masalah peribadi. "

bile dah kena nasihat.
baru aku bangkit semula. baru ada kekuatan.
dalam tengah membina kekuatan.
kena lagi.
eh. biasalah.

"customer always right "

aku lebih banyak membebel nieh.

bukan apa.
bila tengah marah idea memacam keluar.
cuma tengah menahan dari terus tersembur keluar perkataan yang tak sepatutnya.
plus tengah menahan marah pun betul juga ni.
bile dah xtahan sangat.
terlalu sabar sangat.
sampai dah terasa macam dipijak-pijak.

"kau penah tahan marah x sampai kau menangis?"
"macam mana tu?"

"bile kau marahkan seseorang tapi kau xmampu nak luahkan pun. sampai satu tahap. kau akan nangis sendiri tanpa kau sedar"
"owh xpernah plak."

"xpe. satu hari nanti kau akan rasa bile kau bukan lagi jadi seorang pemarah"
"aku pemarah?"
"sikitlah. hahahaha"

kadang kita ni pun nak marah bukan boleh main hembur je.
tengok dulu keadaan.
apa yang diperkatakan sebelah pihak.
kadang pihak sebelah tu tanya elok je.
orang akan bertanya kalau xtahu kan?
kalau dah tahu buat apa nak tanya.

lagi satu.
salah tu perkara biasalah.
kita juga manusia.
kau pun penah buat salah.
aku pun penah buat salah.
apa salahnya nak tegur tu dengan cara yang paling berhemah.
kalau islam kita belajar tentang adab or akhlak.
kalau orang bukan islam belajar tentang sivik.
kita sentiasa berurusan dengan hati.
maka, berhati-hati.

sekian, terima kasih!
jumpa lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian 2!~

Rasa Kecewa yang Diberi

Pulau Perhentian 1!~