Sambung Study

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Cepat betul masa berlalu sekarang nie.
kejap je esok dah masuk jumaat.
bila jumaat confirm xde mood dah nak keja sebab nak cuti.
lagi laaa kalau long weekend.
xtahu nak up tajuk entry apa tapi lebih nak membebel je sekarang ni.

rajin betul membebel sekarang.
saja nak membanyakkan entry.

nak membebel pun xtahu nak membebel apa nie haaa.

dalam bulan April nie ramai betul approach aku untuk sambung belajar.
kawan ofis aku ajak sambung ACCA.
penah juga laaa berangan. 
nak jugak sambung ACCA. plus kawan aku kata ade tajaan dari MYPAC.
kalau bab tajaan ni laju je.
lebih kurang lah dengan Peneraju.
tapi Peneraju xkisah nak belajar kat mana. 
Macam sepupu aku pilih Sunway College. xpasti sebab apa. eh dia ade cakap tapi aku lupa kenapa dia pilih Sunway.
kalau MYPAC ni akan belajar kat Unitar kat Kelana Jaya nie je.
Dah laaa dekat. macam nak amik je rasa.
Kawan Kuis aku penah try gie interview Peneraju.
senang je Interview tu tapi dia xdapat nak amik ACCA jugak sebab Peneraju just support dalam 6 or 4 paper je.
kalau dari Kuis biasanya kena amik lebih dari tu. rasa around 6/8 paper.
serius xingat berapa paper kena amik tapi lebih kurang macam tulah.
paper ACCA nie mahal. memang xmampu lah kalau keja as Junior Auditor untuk tampung sendiri at least kau ade income lain.
sebab tuition Fee lain. Exam Fee lain. belum plus exchange rate lagi.
teringin juga nak amik. tapi hati aku macam berat sikit sebab penah jugak lah bincang dengan kawan aku yang tengah amik sekarang nieh. 
first of all memang kena power english.
english aku ni kampung je weyh.
broken yang amat teramat.
aku risau masa amik audit je nanti.
plus, ACCA ni meluas. semua benda kau belajar.
belajar auditing, management, taxation, accounting. macam xbrapa fokus.
biasalah semua benda ada pro and cons masing2.

kembar gila2 aku ajak buat MIA.
disebabkan kiteorang keluaran Kuis.
kiteorang kena ada kelas and interview to entitle as Chartered Accountant.
bila dah jadi MIA members senang sikit lah.
tapi bukan aku xnak amik.
bagi aku lah benda nie xpenting sangat.
tapi kalau ada pun apa salahnya.
macam aku cakap lah setiap benda ada pro and cons masing2.
eh sebenarnya ni dari lecturer aku lah. sebab aku penah jugak lah nak title CA tu.
kira macam berbaloi lah.
umpama kau belajar kedoktoran tapi kau xde pun pentauliahan as a doctor.
lebih kurang macam tulah.
lecturer aku cakap okey je kalau xde title tu.
sometime ade title pun kena bayar fees. kalau kau ada firm, yes benda tu penting sebab untuk renewal your license auditor or tax agent.
lebih kurang macam orang yang aktif lah gituhhh.


kalau ikut rasa hati aku plak. aku nak amik master.
i don know why.
hati aku kuat sangat2 aku nak master.
okey, nie xde kena mengena dengan segala benda title ke apa.
tapi more kepada aku nak tahu lagi mendalam pasal benda yang aku dah belajar and aku dah praktikkan selama dua tahun nie.
aku rasa macam ada lagi banyak benda yang masih aku xtahu lagi.
yup, memang lah aku ade banyak belajar since dah kerja nie.
tapi semakin aku belajar, semakin aku rasa ada lagi benda yang aku kena tahu pasal nie.
bila aku cakap nak sambung master, people akan cakap ko nanti nak jadi lecturer ke?
aku xde lah terlalu fokus untuk jadi lecturer.
tapi xkisah pun nak jadi apa akan datang yang penting jadi anak yang baik and ibu yang baik.
hahahhaa
aku rasa macam ade benda yang aku kena kaji lagi.
benda yang aku kena study dengan lebih mendalam sebab dalam kepala aku selalu bermain

"why why why why why why"




Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~