Rasa Bersyukur

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


setiap orang berbeza pandangan macam mana nak menunjukkan rasa bersyukur.
menunjukkan ke?
xtahu nak cakap macam mana.
how you want to interpret your feeling towards whatever you got in your life.
kira lebih kurang macam tulah.
maybe lebih sesuai dengan meluahkan kot.
haishhhh.
xtahu lah nak cakap macam mana.


bila kita ditimpa ujian, sometime baru kita nak rasa bersyukur dengan kehidupan sebelum-sebelum nie kan?
aku bukan nak cakap orang lain sebab aku pun macam tu.
sebab aku pun xtahu, macam mana ye nak masuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur ni.
mulut kita rasa bersyukur tapi kita tetap xberpuas hati dengan apa yang kita ada.
faham x maksud aku?

alaaaa, aku pun susah nak cakap. nak tafsirkan macam mana.
susah rupanya ye.
ingatkan senang.

masa mula-mula aku nak up tajuk nie.
duk terfikir-fikir idea.

'owh boleh laaa nak buat tajuk nie. nak menambah-nambahkan jumlah entry yang ada tu"

aku sebenarnya macam terpukul jugak lah dengan entry nie.
aku dapat idea nak tulis tapi tangguh jap.
sebab aku apply dulu dalam kehidupan seharian.
nak rasa sendiri apa sebenarnya erti syukur.
apa sebenarnya rasa syukur.
sebab this feeling cant be describe until you feel it by yourself.
teruk benor english aku.
broken habihhh.

betul. aku pun xboleh nak describe macam mana rasa bersyukur tu kat orang lain.
im trying to give the description but i cant.

"jangan mengeluh. bersyukur dengan kehidupan sekarang. bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan kat kau"

"bukan aku xbersyukur. bersyukur tapi......"

kenapa kita kena rasa bersyukur?
mengelakkan rasa iri hati terhadap orang lain.
yup, ini pandangan aku.
 kenapa ramai orang sekarang masih mengamalkan sikap ortodoks?
maksud aku, masih mengekalkan sikap iri hati dengan keadaan orang lain yang bagi dia nampak kita berlebihan, mewah, kaya, senang lenang keja goyang kaki.
masih berjumpa dengan bomoh untuk menghantar benda-benda karut supaya hidup kita musnah.
masih belum percaya rezeki kurniaan Allah?
kenapa?
sebab kita belum pernah rasa bersyukur. kita xde rasa syukur. kita belum dalam golongan orang yang bersyukur.

ape aku dah melalut ni?
huhuhu

aku memang suka sangat tengok kehidupan orang lain. suka perhati. apa dia buat. ape their circle daily routine.
dulu aku mempersoalkan kehidupan sorang kawan aku nie.
kenapa dia boleh simpan duit banyak.
bagi aku banyak sebab gaji dia dalam golongan orang-orang yang cukup-cukup makan.
tapi dia terlebih-lebih cukup.
setiap bulan adik-beradik pow belanja makan.
simpan duit (benda paling wajib)
bayar insurans
setiap kali parents datang kl, dia yang belanja plus adik beradik yang ikut gie makan.
bayar duit rumah.
minyak motor
makan.
beli barang makeup
hutang ptptn
duit bill handphone
dan bayangkan dengan gaji basic RM1,200. die boleh hidup dan aku dapat rasadie enjoy dengan kehidupan dia.
jarang die kata dia xde duit.

tapi aku ada perhati kehidupan dia yang bagi aku baik untuk kita amalkan.

setiap kali lepas solat xpernah aku nampak dia x buat sujud syukur!~
solat awal waktu.
setiap hari wajib baca Al-Quran even sehelai dua.
belanja ibubapa & adik-beradik.

aku pernah tanya dia

"asyik belanja adik-beradik je? asyik kau je kena belanja. xrasa dibuli ke kau ni?"

"xpe. biar kita berhabis duit untuk adik-beradik kita and family. ada keberkatannya. rezeki tu akan bertambah bila-bila masa and ada kat mana-mana"

menjaga keberkatan untuk dapat keberkatan.
jomlah kita amalkan.
apa yang baik, aku kongsikan sama-sama untuk aku and korang-korang yang bertuah baca blog aku.
aku tahu semua tu perkara biasa yang ramai dah orang cakap. ustaz-ustaz bagi nasihat dalam ceramah.
perkara yang biasa tapi impaknya sangat luar biasa.

paling jangan lupa sujud syukur.

"Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan ujian untuk tujuan pembelajaran. golongkan aku dalam golongan orang-orang yang bersyukur"

inshaa Allah, akan rasa lain sangat. jadikan amalan.
mungkin dengan cara ini, kita mampu rasa bersyukur.
mungkin kita dapat tahu makna apa itu rasa syukur.
aminnn

okeylah got to go!~
dah banyak sangat membebel ni.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Tua Akak!~

Selamat Hari Graduasi!~

Eh Penang 2!~