Alahai...Stresssnyaaa

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
tepat-tepat jam 2.00 petang, terus log in blog sebab nak membebel.
rasanya macam dah lama tak membebel meluahkan perasaan yang terbuku dihati.


bila sampai part nak membebel ni, biasalah.
tengah stress sangatlah tu.
ada juga mengadu kat twitter tapi aku rasa macam tak berapa sesuai.
nanti orang kata asyik nak mengeluhh je.
sebenarnya aku memang dah tak tahan sangat nak keluarkan apa yang berbuku dikalbu.

nak mengadu dekat manusia, setiap orang Allah beri ujian yang berbeza.
akhirnya memang blog je pilihan aku.
kadang bila kita mengadu kat manusia, 

"sabarlah"

"sabar ya"

"sabar"

"sabar"

ya, aku pun kadangkala hanya mampu memberi kata sabar pada mereka.
tapi kadangkala bukan perkataan sabar yang aku mahukan.
aku sendiri tak tahu, aku nak apa.
kata-kata motivasi yang mampu meredakan hati aku yang gundah gulana.
memang pergi bercuti, holiday , travelling tu best.
tapi takkan setiap kali hati gundah gulana nak kena pergi holiday.
gundah gulana kepala nak fkir mana nak cari duit.


bagi aku, stress itu akan hilang sendiri bila semua dah submit on the due date.
bila nak capai tahap due date, seksa jiwa dan raga.
perjalanan untuk siapkan tuuuu.
sedih rasa.
at the same time, semua benda menghempap.
rasa lemahnya.
tak terdaya.
dengan nak handle company.
nak handle individu.
nak handle tax audit.
sampai masa kena handle semua.
fail bersepah atas meja.
tambah-tambah gigi sakit walaupun dah hari yang ke 6.
aku biarkan je semua tanpa buat apa-apa.
bagi aku dah tahap kritikal sangat lah tahap stress aku.
sedihnya lahai.

bila aku dah appoint sorang untuk tolong aku, diambil.
kata pinjam sekejap untuk 2 minggu.
akhirnya sampai sebulan.
balik ofis kena siapkan kerja yang keluar.
yang kena siapkan semua tu?
siapa?
aku jugak.
akhirnya aku juga yang kena take over.
serius, aku dah tak tahan benda-benda macam ni.
tolonglah hire sorang lagi pekerja untuk tolong kerja aku yang sebemban.
terbeban sungguh rasa.

orang macam nampak aku tak buat kerja.
aku nampak lirik mata orang tapi semuaorang tak tahu, malah tak ambil tahu.
sebab aku akan pastikan semua kerja mesti siap on due date.
walaupun berjuang disaat-saat akhir.
bagi aku yang penting siap.
dan hantar tepat pada masanya.

aku rimas dah dengan semua tax audit dari lhdn.
penat nak menjawab, penat nak beri alasan pada clients.
penat dengan semua hal.
penat nak jaga admin.
penat nak jaga sistem.
semua benda kena ambil tahu sendiri.
penat.
penat sangat.
penat otak.
penat jiwa dan raga.
rasa nak menangis dan jerit kuat-kuat.
tapi gigi sakit.

aku tak mampu nak cerita kat orang lain.
sebab ada orang yang Allah uji lagi dasyat dari apa yang aku alami.
tapi dia lebih rileks dan redha.
cara dia walau hakikatnya aku xtahu macam mana dengan kehidupan dia.
aku simpati.
kadang nak mesej pun aku jadi segan.
aku taknak jadi orang yang membebankan dia untuk reply mesej-mesej aku.
bagi aku, ujian keluarga dia lagi hebat nak dibandingkan dengan ujian kerja aku.

hati langsung dah tak rasa nak kerja kat sini.
tapi aku tak tahu kenapa aku tak berganjak.

ni aku belum lagi nak menghadapi seorang-seorang client yang agak merumitkan.
bila lepas individu, bulan oktober dan november plak.
ntah lah.
dah terasa macam merungut plak rasa.
kalau boleh taknak lah merungut.
hanya untuk meluahkan perasaan.

"eh bukan macam sama ke?"

eh entahlah.
okeylah.
penat dah membebel.
walaupun tak habis, cukuplah terbuang sedikit beban yang terbuku.
at least ada yang dibuang supaya tidak terus melarat.


Terima kash!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~