Selamat Pengantin Baru Nonon!~

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
semoga April menjadi bulan yang baik-baik saja.
dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadhan.
sekejap masa berlalu.
terasa baru semalam tahun baru menjelma, tahu-tahu sudah sampai ke 1/3 tahun.


minggu lepas balik kampung sebab majlis resepsi Nonon.
dah lama dia cakap tarikh.
dari tahun lepas kalau tak silap.
kalau tak balik, macam tak sedap pula sedangkan dah berniat untuk cuti hari Jumaat kalau tiba majlis dia.
apakan daya, tarikh dia akhir bulan.
terpaksa batalkan niat.
bila tiba hujung bulan ni susah sikit nak cuti.
semua due date tiba hujung bulan kan.

bagi aku majlis yang sangat meriah.
masih dipenuhi dengan senyuman.
dan kegembiraan walau disudut hati yang paling dalam kita tak tahu macam mana.
aku masih terasa maksu ada.
masih terbayang-bayang senyumannya.
masih ternampak kegembiraan diwajahnya walaupun sudah jauh dari pandangan mata.

mereka orang yang hebat.
kerana itu Allah pilih mereka.
aku?
berada ditempat aku pun masih belum mampu untuk berdiri dan melihat wajah mereka apatah lagi berada kasut mereka.
kekentalan jiwa yang Allah kurniakan buat mereka, sungguh buat aku teruja.
sangat.

air mata masih mengalir bila teringat.
air mata masih bergenang ketika mereka bercerita tentang dia.
sungguh, kebaikan dia sangat memberi kesan pada kehidupan semua orang.
sangat.

bila adik-beradik aku bicara tentang arwah, sungguh aku tak mampu nak kata apa-apa.
diam membisu tanpa kata dan hanya jadi pendengar yang setia.
eh ni majlis kahwin lah.
nak cerita tentang yang gembira-gembira ja.
walaupun gambar kami je yang banyak.
rasa dah lama sangat tak ambil gambar kot.

Selamat pengantin Baru Nonon.
semoga bahagia hingga ke syurga.


photographer siap kata

"sekeping rm5 tau"

"boleh2. rm10 pun boleh"

time cakap laju je.
cuba kena bayar betul-betul menggelupur.


disebabkan pengantin kata aku cantik.
terus je laju

"jom-jom selfie. upah kata cantik"

pelamin cantik. makanan sedap.
meriah pun meriah.
semoga Allah merahmati segala isi kehidupan hidup mereka semua dunia akhirat.

dalam jam 4 petang tu balik rumah.
tapi sebelum balik.
outfit of day tu wajib lah walaupun dibawah cahaya yang terik.





the siblings!~
credit to the one and only brother for the awesome picture.
sebab selalunya dia ni pendengki sikit bila bab amikkan gambar.
tapi kali ni cantik betul.
love.
love

"amboi kalau ambik gambar panas litlit pun sanggup"

"itulah."

bukan main mama and menantu kutuk perempuan-perempuan ayu nie.

kononnya lepas balik kenduri kawin ni nak pergi pantai sebab masing-masing sayang nak tanggal tudung and dah cecantik.

bila dah balik rumah memang susahlah nak keluar balik.
bila dah petang-petang abah ajak pergi kebun belakang rumah.


jadilah even tak pergi pantai pun.


masing-masing dah berangan bila sesi outdoor nanti buat je kat belakang rumah.
senang.
cantik juga.
aku suka lah pemandangannya.


nasib baik jiran belakang rumah ada jemputan kahwin juga.
kalau tak.
memang takdalah gaya macam ni.


mula-mula pergi berdua je.
sebab nak ambik gambar.
sambil tengok pokok durian yang dah berbunga.
tapi lupa nak ambil gambar.

ada motor nak lalu
sebab jalan ni sememangnya laluan untuk shortcut ke surau belakang rumah.

"ada orang nak lalu lah. cepat sikit."

bila dah dekat baru nampak rupanya adik ipar aku.
cisss...
dari jauh dah tergelak-gelak nampak kami ambil gambar terkuak telentang.


Terima kasih!~



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~