Comeback - Decendent of The Sun

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
terasa nak membebel sesuatu di hari Jumaat yang indah lagi berseri.
macam biasa bila hari Jumaat mood nak bangun pagi tu agak malas sedikit.
macam dah terasa nak cuti dah.
tapi buat kerja bukan main laju.
lain sungguh mood dengan hari isnin.


genre movie atau drama yang mana jadi kegemaran korang?
bila cakap pasal drama, aku tak tahu kenapa aku minat dengan drama dari Korea.
tapi semua ikut mood.
bila rasa nak layan drama, maka akan layan je drama.
bila tiba masa nak membaca, akan baca je sampai tidak hiraukan drama.
bukan semua drama korea aku suka.
ada juga drama melayu yang aku suka.

sebenarnya lama juga aku tak layan drama korea.
masa zaman belajar degree, memang tak layan langsung.
rasanyalah.
sebab ada drama yang buat aku come back tengok drama korea.
adalah dalam 3 4 tahun tak layan korea.
bila orang ramai sangat viral and share pasal cerita ni.
bermulalah satu era, nak tengok drama korea je.
tapi bukan semua genre.
bergantung.
tapi aku susah nak suka cerita yang mengarut-ngaut sikit.
cerita yang xlogik nie aku kurang suka dan tak tengok langsung pun.

sumber google

pendapat aku, cerita ni best dan berdasarkan pekerjaan yang betul walaupun ada sikit-sikit yang tak logik tapi masih boleh diterima oleh akal.

mengisahkan percintaan seorang askar dan doktor.
lebih fokus kepada kerjaya mereka berbanding percintaan.
orang kata kalau dah jodoh xkemana.
dan bila tiada jodoh, usaha macam mana sekali pun, tetap tidak akan jadi milik kita.

tugas seorang askar yang terlalu berahsia walaupun dengan dengan kekasih sendiri dan sentiasa oncall walaupun sedang bercuti.
mereka baru menjalinkan percintaan.
tengah dating, Yoo Shi Jin dapat panggilan Telefon dan terpaksa tinggalkan Kang Mo Yeon tanpa penjelasan apa-apa.
dan apa misi penting yang sedang dijalankan.
akhirnya Kang Mo Yeon ambil keputusan untuk tidak teruskan hubungan tersebut.

"jodoh tak kemana, walaupun lari sehingga hujung dunia"

Kang Mo Yeon dan Yoo Shi Jin dihantar oleh kerajaan untuk menjadi wakil ke salah sebuah negara yang sedang dilanda konflik.
mereka bertemu semula tanpa sengaja.
mereka jalinkan semula hubungan yang tertunda secara senyap.
dan masing-masing bersetuju untuk memahami tugas masing-masing walaupun Yoo Shi Jin banyak berahsia.

bagi aku, mereka sangat professional bila bekerja walaupun sedang bercinta.
misi untuk menyelamatkan manusia walau diri dalam bahaya.

banyak adegan-adegan yang biasa nampak romantik.
walaupun bila lelaki tengok cerita ni akan berkata

"tak sudah-sudah dengan mamat korea. mana wujud lelaki yang macam tu kat dunia."

"yelah, sikit-sikit oppa"

cuma bagi aku, tak boleh ke manusia ambil sisi yang positif untuk dijadikan tauladan dalam hidup mereka berdasarkan drama-drama yang ditayangkan?
aku lebih suka layan drama korea yang berkisarkan pekerjaan.
banyak benda positif yang boleh kita dapat kalau kita tengok betul-betul.

"ambil yang jernih, buangkan yang keruh"

terasa macam nak tengok balik je lagi.
serius.
saya bagi 5 bintang!~





Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~