Cabut Gigi 2.0

::: Bismillahirramanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
bila nak tiba hujung minggu ni seronok betul hati.
berbunga-bunga.
setiap hari menghitung hari nak hari minggu.
tapi bila tengahh diet, kurang suka hari minggu sebab diet mesti kelaut.
tapi suka je hari minggu.


kenapa 2.0?
sebab sebelum ni pernah je update pasal cabut gigi
boleh tekan link bawah ni.

kali ni dah kali kedua cabut gigi kt dentist.
nak jumpa doktor gigi bukan main takut.
berzikir sepanjang jalan tanpa henti.
kalah nak gie jumpa bakal mak mertua.
walaupun belum pernah jumpa.
calon pun belum jumpa patah lagi bakal mak mertua.

trauma 2 tahun lepas masih tak habis lagi sebenarnya.
disebabkan gigi yang sakit dua tahun lepas dah tak sakit.
dan dah cabut satu gigi, bertangguh punya lah lama.
nak hilangkan trauma pun bukan main lama.
sebenarnya taklah hilang trauma lagi.
tapi memang redah je.
sebab gigi sebelah kanan dah sakit yang teramat.

mula-mula nak tampal sebab takut ah ada berlubang sikit tu yang menyebabkan makan asyik sakit je.
memang dah tak tahan.
kadang rasa nak nangis.
paling dasyat rasa nak melempang orang.
bila doktor cek.
tak berlubang pun gigi tu.
masih elok.
dan cabut lah gigi sebelah kiri yang sememangnya dah lama sangat perlu dicabut.
menyumbang kepada kebusukan mulut.
dah geli dan tak tahan sangatlah paksa diri untuk pergi.

aku bila dah geli akan sesuatu, memang bersungguh sikit.
contoh, dah geli dengan bilik air memang basuh lah bilik air tu walaupun penat sangat-sangat dan dah malam buta atau pagi-pagi buta pun.

"rajin kau harini?"

"dah geli sangat, tu yang rajin. kalau tak memang malas je sepanjang masa"


paling trauma adalah kena korek.
serius!
memang takut sangat kalau gigi tu patah, tak tercabut sepnuhnya sehingga ke akar.
dalam hati memang berzikir sepanjang masa.
bagus juga bila saat genting.
baru nak ingat Tuhan.
hari lain berlagak.

"buat lembut cik. buka mata. tak perlu pejam mata"

sebab aku tak mahu tengok peralatan-peralatan yang doktor tu guna.
aku takut kena korek, so bersedia tutup mata.
rupanya itu yang menyebabkan gigi susah nak tercabut.
sebab keras, gigi susah nak tercabut dari tempatnya.
terasa juga lah doktor kekanan dan kekiri.
berusaha untuk cabut.
alhamdulillah hanya beberapa minit dah tercabut gigi tu dari tempatnya.
lagi senang bila dah buka mata.
ilmu baru juga tu.

"okey dah tercabut ye gigi awak"

bersyukur!
bersyukur sangat tak perlu gerudi gigi macam dua tahun yang lepas.
sakit berdenyut tu, tak tahu nak gambarkan macam mana.
tapi kali ni sakitnya lain pula.
memang berbeza sakitnya setiap kali cabut gigi.
sampai demam.
bak kata orang jawa
merinding nak demam. ataupun
demami.
membuatkan nak demam.
macam tulah lebih kurang.


masa tengah cabut tu rasa juga sakit tapi tidaklah sesakit mana.
selepas cabut tu yang terasa kesakitannya.
tak tahu nak gambarkan macam mana.
memang sakit.

terasa macam bengkak sikit.
dan macam terkoyak sebelah kiri.
bukan terkoyak, maksudnya aku lubang tu besar sungguh lagi-lagi bahagian tepi gusi yang dekat dengan pipi.
kalau gerakkan mulut pun masih sakit.
beruntunglah siapa yang buat salah, sebab aku xmampu nak marah.
hanya mampu bersuara dengan suara yang perlahan.
dan perlu limitkan pergerakkan mulut.
sebab memang sakit.
rasa nak nangis.
kahkahkahkah

setiap orang pengalaman cabut gigi memang berbeza.
lepas ni nak scalling pula.
semoga dipermudahkan semuanya.

oh ya, gigi yang sakit sebelah kanan tu sakit akibat pergerakan gigi ke belakang.
2 tahun lepas kan ada cabut gigi.
bila dah kosong, tiada sokongan.
bila kita makan, gigi akan bergerak kebelakang.
bukan sebab gigi berlubang atau rosak.
doktor cadangkan untuk crowning (tanam gigi) tapi mahal yang amat.

"mahal nak mampus!"

sebab doktor akan caj 3 gigi bukan satu.
doktor akan kecilkan dua gigi.
satu gigi belakang dan satu lagi gigi hadapan yang kosong, lepastu baru tanam gigi yang baru dan akan selamat tanpa perlu cabut selamanya.
bila buat gigi palsu pasang dan cabut tu doktor pun tak sarankan sangat sebab leceh lagi-lagi untuk orang yang malas macam aku ni.
hahahahhaa

"kau buat je kat kerajaan. murah sikit"


"aar kan. bagi aku selesaikan semua sekali baru aku nak pergi kerajaan"

bukan apa, malas nak dengar mereka membebel.
lagi satu aku suka kat tempat aku tu, doktor pun lembut walaupun ayat dia pun macam makan dalam sikit.
tambahan, dia doktor lelaki.
aku tak berani sangat nak cabut gigi dengan doktor perempuan lepas kejadian abah kena bedah sikit untuk keluarkan sebahagian lagi gigi yang tertinggal.
bukan hari yang sama pula tu.
kena tunggu seminggu baru boleh buat.
trauma dengan cerita orang lain.

semalam terpaksa MC sebab memang dah tak tahan sangat.
rasa nak tidur je.
pagi hanya mampu makan telur dadar tak sampai separuh.
makan tengahari jam 5 petang lepas terasa lapar yang amat.
masak bubur ayam je.
hari ni nak bawak bekal telur rebus dan baki lebihan bubur semalam.
tertinggal atas meja.
dan tengah fikir nak makan apa tengahari nanti.
masih belum berani nak makan makanan yang keras.
kiri dah sakit kesan cabut, kanan tersalah gigit pun sakit.
makan telur pun kadang boleh sakit.
trauma!



Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~