Sapporo, Hokkaido 2020 - Day 4!~

Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Halluuuuuuu!~
Salam Selasa!



Boleh klik link kat bawah for the previous entry






marilah kita sambung setelah bercuti selama 3 hari 1/2.
before that, Selamat Tahun Baru Cina untuk semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.


Breakfast


hari ni aku lupa sama ada breakfast cekodok atau breakfast roti macam biasa.
tapi apa-apa, kami punya breakfast memang sama je sepanjang kat sana.
roti planta kaya
sandwich
senang kerja.
lagipun aku pun suka je makan macam tu.
lagi satu tak lupa nak singgah 7e.
acara wajib setiap hari kan.


hari ke4 ni tak banyak tempat pun pergi.
just pergi ke Rusutsu Resort and Mitsui.



Rusutsu - Izumikawa



kat sini ada macam-macam aktiviti.
ada Snow rafting,
main ski
and macam-macam.
lupa nak amik gambar.
disebabkan tak reti main ski, maka kami pilih untuk main snow rafting.
perjalanan berbeza sebab tu kena pilih awal.


bahagian belakang tu cable car untuk main ski.
kami kearah lain untuk main snow rafting.

kena naik cable car juga tapi free.
takda bayaran apa-apa untuk ke tempat snow rafting.


dari cable car kena jalan kaki sikit.
tak jauh pun.
adalah dalam 5 minit berjalan dari atas tu ke bawah.

kawasan ni memang cantik sangat.
sebab kawasan pergunungan yang memutih.
kami tengok ramai juga yang datang untuk main ski.


tapi memang betul bila kat Jepun, not to worry where to find the toilet.
and confirm bersih.
kat celah mana and ceruk mana pun tetap ada toilet.



snow rafting 2,200Yen untuk 15 minit

"kita ambil 1/2 jam lah sebab 15minit macam sekejap sangat"

sekali bila dah naik

"oiiiiii pemandu lama lagi ke? berhenti sekejap boleh tak akak dah ponat ni haaa"

tapi memang tergelak besar je sepanjang naik ni.
serius tak tahan nak gelak.
satu kelakar, lagi satu penat.
terpelanting kiteorang dok kat dalam pelampung tu.

mesti dalam hati driver tu

"haaa tulah beriya sangat nak naik 1/2 jam kan"

masa naik snow rafting ni banyak video je.
tak banyak sangat gambar.



aku ingat macam nak bawa motor ke sana ke sini.
macam ATV tu tapi takpelah.
maknanya kena datang lagi sekali lah ni untuk main benda lain plak.

"semataaaaaaaaa"


tapi main snow rafting ni memang lencun habislah sebab badan dari kepala sampai ke kaki penuh dengan salji.
tengok orang kat sini semua pakai seluar yang bersesuaian.
sebab memang kebas punggung and kaki sepanjang kat sini.
kami rehat around 15minit kat tempat pilih pakej sebab ada pemanas.
bila dah okay sikit baru sambung berjalan pulang.





Lunch

disebabkan masing-masing dah lapar time ni.
makan kat area sini je.
hari ni Nazrin masak nasi goreng sardin.
serius sedap gilos!



sebab aku makan berambah-tambah and memang favorite forever.
macam biasa berkelah dalam kereta saja.
jimat pun jimat.
lagipun kat luar sejuk.
dalam kereta selesa sikit ada pemanas.



Mitsui Outlet

aku rasa kalau pergi Jepun jangan lepaskan peluang pergi Mitsui.
sebab sales memang best sangat-sangat.
boleh jadi gila kau convert to Malaysia.
ada macam-macam jenama.
macam-macam barang.



jangan lupa bawak passport sebab bila kau pergi kedai Tax free, depa akan terus tolak tax siap2 tak payah nak claim kat kaunter.
kat kaunter pun ada senarai kedai-kedai tax free.
if pergi kedai yang claim tax, pastikan single resit 5,000Yen ke atas sebab kalau kebawah kau tak boleh nak refund the tax.
rugi je.
sebab aku kena beli Vans.
sabar jelah.



adalah sesikit barang aku beli kat sini.
tak banyak pun.
tapi habis jugalah bonus aku.
hahahahhaa

sabar jelah.
perempuan mana boleh tengok sales kan.
laju je nak grab.
tapi memang best lah sebab banyak sangat sales.
sana sini sales.
sampai bingung.
nasib baik masih ada lagi sehari.
kalau dah takde hari lagi or hari last kat sana, confirm aku habiskan dah duit tu.


then, itu sajalah hasil shopping kiteorang sepanjang hari kat Mitsui.
sampai kedai tutup, baru reti nak balik.

dalam pukul 8 kedai dah tutup.
better laju2 pergi claim tax refund.
even 600Yen tetap berharga yea.
almost rm30 juga tu.
dapat almost 3 cup of coffee tau.


Dinner



Its time to dinner babeyh.
means pengakhiran cerita untuk setiap hari.


malam ni Nazrin masak tomyam ayam berbaki bekalan-bekalan yang ada.
telur kentang masak berlada.
nasi

alhamdulillah, maka berakhirah cerita untuk hari keempat kita.
hari ni tak banyak tempat pergi tapi penatlah yang teramat sangat.
sebab main snow rafting tu.
badan penat terhentak-hentak kan.
then pergi Mitsui plak tak ingat dunia.



Selamat malam semua!
jumpa lagi hari terakhir kami di Sapporo!~


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~