Sapporo, Hokkaido 2020 - Day 1!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
bersemangat harini nak update Day 1.
bukan apa, cepat-cepat sikit settle senang.
tapi Day 1 ni terlalu panjang sebab bercampur dengan drama yea.



bila tengok balik gambar Sapporo.
sebak gila.
boleh mengalir air mata.
serius!~

memang rancang dah lama nak pergi Sapporo.
dan since 2016 aku dah masukkan dalam list yang aku nak pergi Sapporo.
lepas tu lupa dah sebab fokus nak pergi Swiss.
tapi tak dapat juga nak tunaikan impian sendiri.
dan aku jadi tersedar bila sepupu aku cakap

"xpelah wey, kita round yang dekat2 je dulu. habiskan Asia baru fikir benua lain"

since that aku macam

'okaylah aku round Asia dulu'

sampailah satu masa, kawan aku whatsapp 

"kak, kiteorang nak pergi Sapporo. nak join tak? mungkin awal tahun 2020."

bagai pucuk dicita ulam mendatang.
one of Asia yang ada salji kan.
siapa yang taknak lepaskan peluang.
then decide nak pergi.
sampailah seruan mendatang, 
tiket flight settle
deposit settle.
tinggal nak bayar baki pakej, duit insurans, add on meals and duit belanja.

"aku rasa macam tak dapat nak pergilah"

bila Allah dah tulis kita akan pergi, kita akan pergi dengan apa jua keadaan.
apa jua segala bentuk pertolongan.
even berat untuk terima, terimalah.
sebab setiap kali lepas solat atau bila-bila waktu terlintas 

'Ya Allah, aku mohon pertolonganMu semoga cukup dan cukupkanlah rezeki ku untuk ke Sapporo.'
then...
alhamdulillah, finally i have my memory in Sapporo.
repeat?
of cause nak!!



Tiket flight dalam 11.50pm, memang saja amik flight malam sebab sampai sana pagi and tiket malam murah.
tapi kena hadap lah seramai-ramai umat manusia dalam flight.
paling best setakat ni naik flight semua dapat seat tepi tingkap.
masa pergi Jogja, sepupu aku bagi seat dia.
pergi Brunei alhamdulillah dapat juga seat tepi pergi dan balik.
masa pergi Sapporo ni dapat seat tepi masa pergi je.
takpelah dah bersyukur sangat dah.


travelmate for this trip.
sebelum check in, mestilah gambar seround dua dulu kat sini.
actually, aku first time juga amik gambar kat sini.
sebelum ni teringin juga nak amik tapi malu.
i kan memang pemalu orangnya.
first time kenal dengan akak-akak ni and travel berempat bersama.
sebab aku jenis tak kisah pun nak travel dengan sesiapa.
alhamdulillah, Allah permudahkan setiap kali travel and jumpa dengan orang-orang yang best je.
orang-orang yang senang masuk and jenis tak berkira.  



dalam flight takde add on meals masa pergi sebab rasa memang nak tido je sepanjang perjalanan.
lagipun dah malam kan.
memang masa untuk tidur.
tapi biasalah setiap dua jam akan terbangun.
sampai dalam 7.30am waktu Jepun.
Jepun cepat satu jam dari Malaysia.



selesai semua urusan kat imigresen kat San Chitose airport,
kami tunggu pick up person untuk ke tempat sewa kereta.
sampai je rasa teruja sebab semua dah memutih even kecewa airport belum start memutih sangat.
tapi kawasan-kawasan lain dah memutih.

heat tech, hand glove, stokin tebal and winter coat simpan siap-siap dalam hand carry.
sebab sampai je airport memang kena tukar, boleh jadi menggigil kalau keluar.
kiteorang tak pakai dari Malaysia sebab nanti boat semua tu kena buka.
leceh.
dan agak berkicap nanti dalam flight.



sementara menunggu urusan kereta sewa sepanjang trip
sempat lagi main salji even sekangkang kera.
cuma perlu berhati-hati sikit.
jalan agak licin.


first pit stop sebelum mulakan perjalanan.
aku suka gila 7e sini sebab makanan agak murah.
bagi duit mereka lah.
kalau convert lebih kurang je dengan Malaysia.



setiap hari wajib pekena Coffee Latte dari 7e.
186Yen.
hari minggu 200Yen.
dah jadi acara apa ntah.
sampai Malaysia aku rindu Kopi dia.
sebab setiap hari memang aku request nak singgah 7e.
ada lagi satu, roti coklat dia memang sedap gila!
tapi lupa nak amik gambar.
memang jadi makanan setiap perjalanan bila berjalan.



aku perasan, setiap 7e, lawson or family mart
parking dieorang memang besar gila.
dan setiap mart dieorang ni sediakan toilet.
free!
so, jangan risau toilet kat jepun ni bersepah-sepah.
bezanya ada bidet atau xde ja.

Horyu Ramen


Ramen halal yang ada kat Sapporo.
one of the checklist bila pergi Sapporo.
serius sedap.
makan plak time sejuk-sejuk.
makan plak ramen kambing, memang boleh memanaskan badan.


kalau kat Jepun, xboleh parking suka-suka hati tepi jalan macam kat Malaysia.
kena parking ditempat yang disediakan.
ada fees tapi takdelah plak aku nak amik gambar sebab bukan aku yang bayar.
adalah berjalan dalam 10 minit.

sampai-sampai plak kedai belum buka.
kena tunggu sekejap sebab kedai buka dalam pukul 11 pagi.
tapi memang tepat pukul 11 pagi buka.


sementara buka tu, kiteorang tunggu kat dalam tu.
sebab luar agak sejuk and memang sejuk gila.
datang seorang uncle ke atok, marah-marah.

"jom-jom kita keluar, dia dah marah tu"


3 ramen kambing pedas
2 ramen biasa pedas
2 set dumpling ayam


kedai tak besar mana.
memang limited.
so, xboleh nak lepak-lepak mengeteh.
lepas makan memang terus keluar.
tapi depa layan memang superb!
lepas kita bayar, dan bersedia untuk keluar.
satu kedai akan cakap dan sambil tunduk.

"Arigato Gozaimasu"



Sapporo Minami1Johigashi

nama-nama ni aku ambil je kat location setiap gambar yang aku ambil.
sepanjang jalan nak ke Sapporo Clock Tower.
jauh juga nak berjalan.
mungkin adalah dalam 1/2jam.
mungkin sebab tak tahu the exact time.



kat area ni memang kiteorang banyak ambil gambar sebab first time dan masih hari pertama kan.
memang rajin banyak.
semua setiap sesi nak bergambar.
lagilah nampak putih-putih je area sini.


depan tu je Sapporo TV Tower.
agaknya tak sampai pun 1/2jam.
eh ntahlah tapi kena berjalanlah dari tempat parking kereta.


apaalah rasa air tu yea.
tak terbayang sejuk tu macam mana.
tak mau bayang sebab confirm sejuk gila sebab suhu area sini selalu below than 0.

berhadapan dengan tempat parking, ada satu market.
tapi tak ingat apa nama market ni.
ada jual macam-macam.
dari seafood sampailah ke buah-buahan.



tapi yang menarik minat aku strawberry putih.
sebab banyak baca blog, Hokkaido ni best kalau beli hasil pertaniannya.
sedap dan manis lain macam.
dari awal aku dah aim strawberry putih tu.
memang sabar je nampak harga.
2,800 Yen = RM112

segala jenis buah semua besar-besar.
geram je tengok.
strawberry pun besar gila.
harga pun besar juga lah yea.


selain itu, Sapporo ni terkenal dengan makanan laut.
syurga makanan laut.
semua jenis ketam ada.
cuma sediakan duit sahaja.


geram je tengok king crab yang besar2.
ketam bulu sebab berbulu.
siput, shell and macam-macam.


Sapporo TV Tower


dari base naik ke tempat biru yang agak besar tu free.
then start nak naik keatas kawasan biru yang kecik tu kena bayar.
setiap fees aku dah letak entry before ni.
boleh cek kat sana.


time nak naik ada je pekerja yang akan naik sekali.
kawasan ni tak berapa besar tapi nampaklah Sapporo Odori Park dari atas.


then itulah jalan yang kiteorang lalu sepanjang nak sampai ke Sapporo TV Station.
2 kawasan petak tu kita kena lalu dari parking.

turun je dari bangunan tu, snow tengah turun.
bukan main seronok semua orang sebab trip ni memang for snow hunting.
bersyukur turun masa hari pertama.
menyambut kedatangan kiteorang.
nak letak video kat sini macam payah sikit.
letak jelah gambar.

masa ni tengah snow cuma tak nampak sangat.
sebab snow halus.



Chocolate Factory

lepas dah lepaskan lelah kat apartment yang disewa.
kendiri dan kemas sikit-sikit apa yang patut.
dalam jam 5.30pm kami keluar semula.


dalam 4.30pm hari dah gelap.
dah mula maghrib disini.
selepas maghrib kami keluar ke Chocolate Factory.


bila tibe musim winter dan musim apa yea, ada macam festival lampu-lampu.
bila datang time winter, masukkan Chocolate Factory dalam Itinerary malam.
sebab cantik.


tempat dah cantik tapi malangnya semua coklat kita tak boleh makan.
maka, just berjalan tengok pemandangan.
bergambar itu mesti untuk penuhkan album.


tempat ni tak berapa besar sangat.
tapi bila setiap tempat nak ambil gambar
memang memakan masa jugalah.
macam aku cakap tadi, hari pertama semua masih on.
beza sangat bila dengan last day.


malam ni masih snow dan semakin lebat.
gigih jugalah aku lap snow kat kerusi semata untuk bergambar.


nasib baik ada yang rajin melayan.
tapi memang semua rajin melayan bilaa nak bergambar.
yelah nak datang sini bukan senang.
kerah keringat, duit dan sebagainya.



nak datang balik entah bila pula kan.
gunakan peluang dengan sebaiknya.

Mini Market, G7 Combustivel
Sapporo - Hachiken 3 Jonishi

actually aku tak tahu apa nama tempat ni.
aku ada letak location masa kat Instagram.
so, itu jelah yang keluar.

berdasarkan gambar, itu jelah yang keluar.

kat sini kami beli barang-barang basah.
ayam, sayur-sayur dan macam-macamm.
geram je tengok barang-barang depa.
rasa nak beli semua.
sementara semua orang tengah cari barang, and confirm Nazrin je yang pakar kat sini.
dia je yang banyak mencari kesana-sini.
kesian juga tapi nak buat macam mana, bukan tempat kita.
tak tahu nak pilih.

tapi aku geram betul dengan tongkeng ni bukan main besar.
itu jelah yang aku sempat tangkap gambar.
sebab lepas tu dah sibuk-sibuk nak bayar.


kalau ikutkan 100Yen ni macam seringgit je bagi mereka.
so, nampak murahlah kan.

malam ni makan yang simple je.
yang cepat, ringkas dan kenyang.
itu matlamatnya.



Nasi putih
Kari ayam tin
Edamame
Telur dadar
sambal ikan bilis merah & hijau.



First time in mylife, dapat rasa salji turun.
dapat pegang salji.
rasa macam

"Terima kasih Ya Allah tunaikan segala impian. kabulkan segala impian menjadi kenyataan"

kita abadikanlah satu disini.


Sapporo adalah ibu negeri bagi Hokkaido.
Hokkaido adalah salah satu negeri di negara Jepun yang terletak jauh di Utara.
dan negeri kelahiran Nobita.
sebab itu cuaca disini lebih sejuk berbanding di negeri-negeri yang lain.
salji di Sapporo adalah antara yang ketiga the best in the world.
salji yang berdebu dan kristal.
sumpah cantik!~

pengalaman aku, memang best sangat kat sini.
kalau ada peluang dan wang, pilih sini jadi salah satu tempat.
bila semua orang tanya

"best tak Sapporo?"

jawapan aku tak pernah lagi setakat ni tak best.
memang best.
dan siap suruh masukkan Sapporo antara dalam list.
insyaa Allah takkan menyesal.
cuma menyesal sebab tak cukup masa nak round.
kalau boleh nak lama lagi bercuti boleh?

Terima kasih!

Next Day

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~