Selamat Bertunang #TumblerUltraman!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
:::Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~
seronok betul esok cuti.
lama dah nak bercerita pasal ni.
cuma aritu, xpelah kita just buat appreciation post then harini kita cerita pasal disebalik cerita-cerita.
bukan apa, supaya aku boleh baca balik macam mana detik-detik sebelum bertunang.
gituhhhh!

saja pilih entry lepas Itinerary.
sebab lepas ni nak buat entry day 1 - day 6.
so, tenggelam sikit dan orang xdelah baca sangat.
biar aku je yang selalu belek-membelek.

owh lagi satu benda buat aku terkejut, partner bos aku tiba-tiba wish happy engagement kat aku.
aku pun tak tahu mana dia tahu.
maknanya bos aku pun tahulah ni.
waaaalaaahhhh weyh!



Alhamdulillah satu persatu Allah permudah.
rasa macam tak terjangka.
dan masih dalam mimpi.
tapi perjalanan tu kami je yang rasai.
manis ke pahit ke masam ke kelat ke, rasalah bersama.
baru sweet.

"cringeeeeee"


permulaan nak kearah bertunang ni, lama dah abah suruh bertunang.
bila abah dapat tahu i have someone in February.
padahal baru je jumpa dua kali.

"taknak tunang dulu ke nana?"

biasalah farhana kan ratu buat muka.
aku buat muka macam serba salah dan tak tahu nak buat macam mana.
then, mama tolong jawabkan bagi pihak aku.
masa tu aku tolong abah kat pasar.

"bukan diaorang ni xnak tunang. belum rezeki lagi buat masa ni. masing-masing ada komitmen dengan family."

masih jelas dalam ingatan, sambil tutup payung and aku lipat meja yea kami berbincang isu tunang.
sebelum ni, ada je abah suruh someone untuk kami bertunang tapi aku diam.
xpelah past is past.

bila aku beritahu adik aku, dia pernah juga bincang hal ni dengan mama. 
she's the one yang dah berpengalaman kan.

"nana, kalau abah buka mulut cakap pasal tunang mama kata abah dah bagi green light."

bila aku tanya dengan amir, pasal tunang.

"alhamdulillah if abah dah bagi green light but i rancang kita bertunang february tahun depan."

yelah, aku faham semua tu isu duit.
dengan keadaan hidup kat KL lagi.
dengan komitmen yang bermacam benda.
tak tahulah nak rasa yakin ataupun tidak tapi dia tetap berusaha yakinkan aku isu tunang.

"but you jangan risau, duit boleh kumpul balik. kalau ada rezeki tahun ni, kita tunang tahun ni sebab you travel tahun ni kan. nanti rushing sangat. so kita set tahun depan yea. lagipun i nak dahulukan study adik-adik i. apa-apa pun i memang nak ikat pertunangan tu dengan you. we move to another step. sabar tunggu i yea."

aku pun takut juga aku memaksa.
yelah baru je kenal kan dah up isu pasal tunang.
aku pun faham bagi pihak parents, sebagai seorang ayah nak anak dia jumpa orang yang betul-betul serious.
sebab tu abah memang up isu tunang.
oleh itu, kami memilih mengutamakan mana yang lebih utama.

biasalah perempuan macam aku ni terlalu fikir tentang trauma.
takut.
traumatized
takut nak ingat balik, biarlah kita ingat benda yang indah-indah.
simpan kemas yang buruk dalam kotak yang takkan dibukak.


dalam bulan jun aku try untuk pujuk lagi.
sebab waktu tu macam

'eh best juga tunang time our first friendversary'

"i nak tanya you something ni, boleh tak kita tunang bulan disember ni?"

"insyaa Allah, kita usaha yea. kalau tak pun awal tahun depan. dalam raya cina ke"

tapi aku tak tersedar langsung.
dalam kepala aku masih teringat yang Chinese New Year bulan 2 sebab tahun 2019 kami plan untuk jumpa.
bila tengok balik tarikh, laaaa first anniversary.
tapi takpelah dah selamat bertunang dah pun.

"tapi apa-apa pun niat i tetap satu nak jadikan you suri hati i"

tipulah kalau dalam hati masih xde ragu. 
rasa macam

'betul ke dia ni nak kat aku.'

biasalah pengalaman lama kan. takutlah juga.
dia baik je. cuma yelah kita tak tahu setiap orang hati lain-lain.
dan kita tak boleh nak predict dan baca apa yang tersurat dan tersirat dalam hati seseorang.
ayat boleh dibina tambah perencah cukup rasa untuk bagi sedap dan cukup rasa tapi hati, hanya yang tahu saja tahu.

"boleh i tanya kenapa you nak bertunang bulan 12 ni?"

"sebab tu first kita kenal"

"okay. boleh diusahakan. insyaa Allah."

sampailah dia sendiri cakap dengan mama lina yang dia nak bertunang.
siap bagi tarikh. sedangkan kiteorang tak bincang lagi bila tarikh.

bila mama setuju.
baru aku beritahu dengan mama and abah yang kiteorang nak bertunang in december.
kemudian jadilah cerita rentetan dalam entry


itupun happen lepas kami bincang berdua sambil makan nasi arab depan kolej Adi.

"boleh you tolong cakap kat abah, boleh kita bertunang 28 disember ni?"

"haaa? serious? you dah beritahu mama ke?"

"dah"

"you beritahu mama you nak bertunang? serious you seberani itu?"

"iya. dah beritahu dah. mama suruh beli dua cincin"

"siap beritahu tarikh bila nak bertunang?"

"iya you. siap dah bagi tarikh and mama okay je. tak kisah"

"okay nanti i beritahu mama and abah"

alhamdulillah everything went well.
dari kenal, dari waktu-waktu sibuk mengurat.
sampai masa confession, perjumpaan pertama.
perjumpaan family.
dan perjumpaan dua buah keluarga.
semuanya Allah permudahkan.
ada je selit-selit cerita lain.
biarlah cerita itu menjadi cerita kita dan mereka yang tahu saja tahu.
biar ia terus menjadi rahsia.
dan Allah permudahkan segala apa yang kita rancang.
walau ada cabarannya.

terima kasih untuk semua yang tanpa henti doakan aku.
doakan perjalanan aku.
doakan rezeki untuk aku.
doakan jodoh untuk aku.
aku tahu ramai, dan hanya dia saja yang tahu siapa dia.
terima kasih banyak-banyak.
semoga segala kebaikan seisi dunia adalah milik kamu dan segala cita-cita dan juga impian sepanjang zaman di makbulkan Tuhan.

terima kasih juga ada yang bersusah-payah berusaha untuk carikan jodohh buat aku.
yang berusaha untuk carikan yang terbaik.
alhamdulillah, Allah jumpakan yang terbaik dan paling terbaik diantara yang lain.
terima kasih semua.
terima kasih banyak-banyak.

Selamat Bertunang #TumblerUltraman!
semoga dipermudahkan perjalanan kita untuk bersatu selepas ini.
dan dipermudahkan segala semua urusan dunia akhirat.
terima kasih ultraman pilih tumbler yang banyak berdrama lebih dari drama ntv7 apatah lagi tv3.
terima kasih untuk setiap doa dan keringat.
terima kasih memilih.
tahniah terpilih diantara yang perlu dipilih.
tahniah untuk kita berdua.
terima kasih untuk segalanya.
i will never forget the best quote from you

"Allah tentukan tepat pada masanya tidak pernah lambat atau cepat"


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary