Sapporo, Hokkaido 2020 - Day 2!~

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
nak settle cepat-cepat sebab takut lupa.
bila tertangguh nanti jadi macam kes Jogja.
sampai ke sudah tiada entry hari ke4.
makanya, kena cepat settlekan sebelum kerja datang melambak-lambak.


boleh klik bawah untuk baca entry sebelum

Day 1

Full Itinerary

kalau ikut itinerary asal hari ke 2 kami akan ke Asahikawa.
bila kat sini kena rajin cek suhu.
setiap hari kena cek sebab sama ada sesuai tak nak ke sana.
Asahikawa adalah perkampungan yang popular dengan pertanian dan ladang.
kira macam Cameron lah kalau kat sini.
tu kena check suhu tu.
disebabkan hari kedua suhu Asahikawa mencecah -30, maka Nazrin tukar perancangan pergi ke Noboribetsu Bear Park dan kawasan sekitar.

Breakfast

macam biasa kat sini, setiap hari merasa air tangan lelaki.
sebab most of the time memang dieorang yang masak.
begitu juga dengan masakan tengahari yea.
biasa perempuan-perempuan ni kena faham bersiap kan lama.
sementara menunggu, siap breakfast and lunch.
menu pagi ni



roti sardin + timun
roti bakar kaya + butter hokkaido

aku macam menyesal sebenarnya tak beli butter hokkaido.
serius menyesal.
sebab xdelah mahal pun dalam 100Yen lebih je.
tapi pilih yang asas dari tumbuhan.


cantik pemandangan pagi-pagi kat sini.
gigih kak ayu panjat memanjat nak gambar yang cantik.
tapi berbaloilah panjat sebab hari lain tak dapat nak panjat macam ni.

lupa nak cerita pasal accomodation.
bagi aku, alhamdulillah setakat aku travel ni semua penginapan memang puas hati.
rumah ni bertingkat.
sebelah dapur ada satu bilik, and kat atas ada 3 bilik.
tapi memang sukaa gila konsep rumah ni.
bila time nak menulis blog selalu aku menyesal tak ambil gambar.
perempuan duduk atas tapi cuma tak best bilik mandi ada satu.
kat tingkat bawah plak tu.
lagi satu kena bertabah banyak sikit, tangga kecik and gigih la weyh nak angkat bagasi ke rumah and tingkat atas.


Noboribetsu Bear Park



kami keluar lambat sikit hari ni.
sebab perjalanan ke Bear Park dalam sejam setengah.
keluar rumah dalam pukul 8.30 pagi.



sepanjang perjalanan ke sini, Subhanallah cantik gila!
Bear park ni kat atas gunung.



fees tak termasuk dalam pakej, so siapa nak naik boleh naik siapa yang taknak boleh je duduk bawa cuma xboleh nak kemana-mana.
better naik. bila lagi nak rasa.

"hurmmm, rasa taknak naik sebab nak beli tumbler"

"naik je. bila lagi nak rasa alang-alang dah sampai sini. jom-jom naik"

permulaannya memang aku taknak naik sebab fokus aku nak tumbler starbuck.
tapi naik jelah sebab takut budget tak cukup.
satu lagi sebab semua orang pujuk.
yelah, baru hari kedua kena budget-budget sikit.
melainkan dah hari terakhir.
gituhhh!~
padahal aku dah budget setiap hari 10,000Yen.
tapi tetap sayang rasa nak keluarkan duit.
aporaaaaaaaa.
akhirnya termakan juga dengan pujukan.
senang cair.
tapi tak menyesal dan akan menyesal kalau tak naik sebab pemandangan superb!
memang cantik sangat-sangat!


kapasiti untuk cable car muat 4 orang sahaja.
tapi yang bagusnya if kita naik berdua, dieorang takkan suruh kita bercampur dengan group yang lain even belakang kami ada lagi dua orang.
mungkin hari ni hari bekerja and tak ramai kot.



untuk naik ke Bear Park tu kena naik cable car.
aku ni fobia sikit dengan cable car.
tapi cable car sini smooth.
alhamdulillah tak rasa takut.
sepanjang jalan ni memang cantik.
serius cantik.
scenery subhanallah.
putih dan biru.
combination yang sangat cantik.


perjalanan agak jauh juga.
dalam 10minit da rasanya.
sempatlah penuhkan memori.
masa naik keatas, aku berdua je dengan kak ayu.
bukan main bertukar-tukar tempat kesana kemari.



kat sini memang khas bear brown je.
kalau nak bagi makan, boleh beli kat tempat yang disediakan.
sebungkus dalam 100Yen.


kalau perasan kat belakang sana ada brown bear yang besar gila.
memang keja dia duduk situ mengharap makanan.
sabo jelah.
tak berganjak walau seinci.

tapi nak tengok yang besar tu kena jalan sikit masuk terowong.
and beruang ni kan ganas and bahaya.
kena tengok dari cermin je bila nak tengok depan-depan.


tempat yang sama tengok beruang.
cantik kan pemandangan belakang tu.
cantik gila!
sebab sini kan kat atas bukit, tu nampak pemandangan sekitar.


jalan sikit, and mendaki untuk tengok pemandangan yang lagi lawa.
aku memang teruja gila kat sini.
bila tengok balik gambar-gambar kat sini.
rasa menyesal kalau haritu tak naik.


nasib baik ada yang rajin melayan aku bergambar.
sampai dua camera.
ni aku suka ni.
semua rajin melayan.
hahahhahaa






kalau nak tengok gunakan teropong tu
kena masukkan duit
kalau tak silap dalam 100Yen je.
tapi aku lebih prefer beli Coffee Latte 7e kalau 100Yen tu.


kalau tengok depan-depan salji di Sapporo ni cantik.
sebab berkristal.
halus-halus.
kena matahari, berkilauan.



Lake Toya



gigih juga kami kat sini.
cek suhu okay kat sini.
tapi sekali keluar, sejuk gila.
sampai sakit tangan.
kebas gila.


tapi scenery memang sangat cantik.
serius cantik.
day 2 ni takde perkataan lain selain dari perkataan cantik kan?
sebab pemandangan memang cantik.


air bergelombang tu sebab angin memang kuat kat kawasan ni.
setiap sudut tasik ni lawa.
kiteorang bawak bekal yang nazrin masak sesudah subuh pagi tadi.
kalau berkelah syok kan?
angin tiup sepoi-sepoi bahasa.
duduk berkelah tepi tasik kononnya.
tapi takde siapa yang sanggup.
sebab sejuk sangat-sangat.
so, semua orang decide berkelah dalam kereta je.


tu yang bergambar kat sini, tangan semua masuk dalam poket.
sejuk sampai tangan jadi sakit sangat-sangat.
even snow tengah turun pun takde sampai tangan sakit kekebasan.
rasa macam nak nangis pun ada rasa kesejukan tu.

but still kena gigihlah untuk ambil gambar.
tangan togel kat luar.
sometime, hand glove tu even ada touch screen untuk handphone tapi agar sukar juga.


tempat ni kiteorang singgah sebab nak tengok sunset.
sumpah cantik gilaa.
sebab rasanya ni macam kawasan berbukit.
lepas dah puas bergambar dengan sunset, gie vending machine.
kalau kat Jepun jangan jangan lepaskan peluang beli air vending machine.
sebab sedap dan murah!
mostly below than 200Yen.

harini aku try macha milk.
okay, sedap cuma terlalu rasa susu.
rasa macha tak kick sangat.


tapi aku xtahu apa nama tempat ni.
sedihnya.
ada location kat setiap gambar tapi location dalam tulisan jepun.
semoga ada rezeki lagi tengok sunset kat sini.
insyaa Allah, amiiinnn




makan malam ni not so simple.
sebab kena masak sup ayam.
absolutely bukan aku yang masak.
geng mak-mak yang masak.
aku goyang kaki masak telur dadar je.



nasi putih
sup ayam
telur dadar
air teh o panas.


alhamdulillah settle hari kedua.
hari kedua ni kami awal juga dari malam semalam.
sebab esok pagi nak gerak awal-awal pagi.
7.30pagi on the road.

let go tidooo!~

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~