Sapporo, Hokkaido 2020 - Day 3!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Yuhuuuuu!~
Salam Rabu!~



sila klik link dibawah yea for previous entry.




malam tadi cek suhu dia Asahikawa.
alhamdulillah okay.
maka harini kami travel ke tempat paling jauh.
perjalanan memakan masa almost 3 jam.
kalau hari kedua pemandangan cantik.
hari ketiga lagi cantik.

mostly hari ke 3 ni more to scenery.
so, malas nak cakap banyak.
layan jelah gambar-gambar yang banyak yea.


Breakfast

macam biasa memang jejaka-jejaka kat sini yang sediakan breakfast.
dan Nazrin masak tengahari.
bagus betul.
tapi xsempat nak ambil gambar
sebab 7.30 pagi on road.
memang awal pagilah kami bangun.
dalam pukul 5.30 pagi dah bangun.
yelah sebab bilik air pun satu je.
kalau toilet macam kat malaysia boleh je guna toilet untuk mandi.
unfortunately, ia tidak seperti itu.
maka, perlulah bergilir antara satu sama lain.

macam biasa, hari-hari memang wajib ke 7e demi secawan latte.
rasa macam tak boleh kalau tak pekena.


mostly kat kawasan sekitar Asahikawa ni suhu - belas-belas.
memang perlukan baju yang sesuai.
kalau tak, kesejukan yang amat.


Pengalaman

Pengalaman paling pahit kat sini kena marah dengan peronda kat sini.
rasa macam polis peronda.
memang kuat sangat-sangat dia marah.
tengking macam apa.
memang salah kiteorang sebab pergi ke kawasan private property.
tapi sign tak boleh masuk tu memang tak nampak sangat.
kalau nampak memang tak masuk dah.

bila melancong atau menetap kat jepun ni.
perlu ikut peraturan yang ditetapkan.
no compromise.
bila dah terlanggar, kena saman yang mahal.
alhamdulillah sepanjang kena marah kiteorang tak kena saman.
dieorang memang sangat strict dan berdisiplin.

hari pertama, dah malam masa tu.
terbawak culture malaysia, bila dah takde kenderaan akan terus melintas kan kat trafic light.
tak perasan masa tu traffic light untuk pejalan kaki masih merah.
sekali kena tegur by speaker weyh.
rupanya kat belakang kiteorang ada polis betul-betul kat traffic light.


Seven Star Tree


tempat ni memang nampak macam takde apa.
tapi scenery memang cantik sangat-sangat sebab memutih sekeliling dia.
memang sangat cantik.
recommended sangat kalau pergi Sapporo during winter.
nak masuk sini, lalu jalan kampung dan pendalaman-pendalaman juga tapi tak bosan walau sikit pun sebab pemandangan kiri and kanan sangat cantik.
sampai lupa nak video or ambil gambar.


kawasan belakang pokok nan sebatang tulah yang kami masuk.
siap buat video.
sempatlah hasilkan video yang cantik dan superb.


masa kami sampai ni ramai orang.
ada 2 bas singgah sini.
agak ramai tapi dieorang sekejap je.
then tak ramai and bebas untuk bergambar.



setiap sudut cantik.
sangat cantik.
so, memang wajib untuk amik gambar setiap sudut.
tu yang memakan masa tu.







Asahiyama Zoo


kawasan zoo sangat besar and ada macam-macam binatang.
paling ramai kat penguin and polar bear.


selain tu, ada juga pertunjukan penguin berjalan.
kiteorang tak tunggu sebab masa terhad then macam tak tahu nak buat apa kat kawasan sini kena tunggu satu jam.
show yang pertama tertinggal.
takpelah, maknanya kena datang lagi tu.


ni cara dieorang tido.
comel je kan.


dalam muzium ni ada terangkan pasal penguin but in japan.
maka, berhuhu lah kita.
tapi ada anak-anak penguin dalam ni.
rasanya masa untuk dieorang tido ni.


kawasan sini berbukit dan agak licin.
so, kena berhati-hati banyak sikit.
banyak kali jugalah hampir jatuh.
bila nak turun kawasan yang berbukit tu rasa lemah je.
kena berjalan atas salji yang masih berdebu untuk atasi masalah kasut yang agak licin.





Gambar Rare

saja letak nama tempat gambar rare.
nama tempat ni berdasarkan location kat gambar

Biei Misawa

tempat ni sebenarnya all the way nak ke Blue Pond.
kiteorang nampak pemandangan sangat cantik.
memang perfect.

"cantik ni kalau ambil gambar kat sini. belakang gunung yang memutih"

"aar memang cantik ni"



suddenly, dia berhenti tepi jalan.
sebenarnya tak boleh nak berhenti sesuka hati.
tapi memang agak rushing kat sini.
bila ada kereta lalu, kami cepat-cepat ketepi dengan keadaan jalan yang sangat licin.
sampai kak ayu jatuh tergolek.



"benda yang cantik memang perlukan pengorbanan"


Biei Shirogane Birke

kawasan ni macam RnR lah kiranya sebab ada toilet and tempat pemanas badan.
dan parking yang sangat luas.
tapi masih sejuk yea kat kawasan ni.
-18 celcius.


sementara menunggu giliran untuk solat.
masing-masing posing untuk bergambar.
sebab memang cantik sangat kat kawasan ni.



kami berkelah juga kat sini.
macam biasalah makan dalam kereta.


harini nazrin masak nasi lemak, telur rebus dan sambal merah.
sedap gila.
memang superb.
tak pernah yea sepanjang kat sini, makan nasi tak bertambah.
setiap kali makan wajib bertambah.




Blue Pond

sumber google
sumber google

kalau tengok kat google and tengok gambar mereka-mereka yang pernah pergi.
Blue Pond ni serius cantik.
tapi kami pergi haritu tasik dah memutih.
maka, just jalan kawasan sekitar je.




lagipun kejar masa juga kat sini.
dah pukul 3 lebih rasanya bila kat sini.


sebab nak sampai ke waterfall, kalau boleh taknak malam sebab nanti tak nampak keindahan.
dalam 15minit jugalah kat sini.


gigih yea sepanjang harini bila nak bergambar je aku buka winter coat.
even suhu -18.
sebab effect taknak nampak gemuk yang teramat punya pasal.
dah lah memang semula jadi gemuk.
tambah dengan winter coat coklat ni, memang bertambah kegemukan.
aku berdamai dengan keadaan, maka aku bergambar dengan gambar acah-acah semua macam tu.



Shirogane Waterfall

last pit stop for today.
rasa macam tak sabar nak balik dah ni sebab penat keluar awal.
penat juga bergambar sana sini yea.


pemandangan paling superb for today.
scenery yang sangat-sangat cantik.
rasa macam nak pergi lagi even sejuk gila.
air terjun yang biru kehijau-hijauan.
keliling pokok yang memutih.
tak lupa gunung dibelakang.
at the same time, kiteorang sampai almost nak dekat waktu sunset.
perfect timing!


ambil video kat sini memang cantik.
dan gambar ni kawan aku kata paling cantik sebab gambar tutup kegemukan.
aku memang banyak sabar tau dengan mulat dia.
hari-hari memang bertekak je kami berdua.


sepanjang jalan tidur sebab kepenatan.
aku separuh jalan tido sebab tak boleh nak lelap.
maka, edit-edit gambar mana yang patut.
kesian si driver mengantuk sok sek sok sek aku dengar die buka plastik biskut sendiri sebab co-pilot harini tumbang.
aku nak tolong jauh dibelakang.



Dinner

its time to dinner!
malam ni giliran aku masak.
tapi masak maggie jelah.

"tak mau maggie kosong tau. takpe saya prepare bahan-bahan"

"sukahati kau lah. aku potong bawang ni je"

walaupun mula-mula nak makan maggie bodo-bodo je.
dan disebabkan takmau jadi bodo.
maka, makanlah maggie pandai supaya seluruh keturunan jadi pandai.
gituhhhh!~



takdelah, ikut rancangan aku nak buat juga murtabak maggie.
then makanlah maggie cup yang berlambak tu.
tapi kawan aku request nak berlauk sebab dia tak pandai makan maggie kosong.
so, ikutkan je sebab kerja aku tak banyak mana pun.
lagipun dia nak sediakan bahan-bahan.


alhamdulillah, tamatlah hari ketiga kami disana.
rasa macam cepatnya masa berlalu.
terlalu mencemburui kita.

setiap malam, lepas makan aktiviti kiteorang adalah transfer gambar antara satu sama lain.
then recall apa yang terjadi untuk hari ini.
lepas puas gelak-gelak sakan and gelakkan orang.
baru yang gegadis ni naik atas untuk beradu.

Selamat malam!
jumpa lagi esok hari ke-4

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~