Sapporo, Hokkaido - Last Day!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Hai!~
Salam Selasa!
malas nak shcedule kan posting.
so, after 2 months im back for my last day at Sapporo.
kalau masih ingat segala jalan cerita.




Boleh klik link bawah untuk entry sebelum-sebelum ni







Breakfast

harini makan apa yang ada. 
biskut atau roti-roti yang tinggal sebab harini adalah hari terakhir berjalan-jalan di Saporro.
rasa sedih nak tinggalkan sebab banyak sangat kenangan.
dan harini juga banyak peristiwa yang terjadi.
biarlah ia menjadi rahsia dan hanya mereka yang tahu saja tahu.

pergerakan hari ini dari rumah agak lambat sebab tak rushing.


Sapporo Jyogai Market 
(Kitanogurume)



market ni macam pasar-pasar tani kat Malaysia.
tapi bersih.
sangat bersih even ada jual barang basah.
impress gila tang ni.
tapi bab nak tawar menawar memang agak susah sebab mereka tidak reti untuk berbahasa asing.
dan nak tanya lebih-lebih pun jadi malas.

owh lagi satu, sepanjang aku kat sini. ramai sangat pekerja-pekerja dikalangan orang tua.
sampai susah untuk jumpa orang muda.
kecuali kat tempat-tempat yang berteknologi sikit.
jaga lif ke.
kebanyakan yang bekerja di market dan 7e memang golongan yang agak berusia.
apatah lagi yang mengaut ais ditepi-tepi jalan.



Saporro ni memang terkenal dengan segala macam crab.
King Crab, Fatty Crab, Snow Crab and macam-macam crab yang jenis besar-besar.
harga sekilo yang hampir mencecah ratusan ringgit.



"dulu kami pergi dengan student, pakat-pakat kongsi duit untuk beli tang kaki je. itupun harga dah berapa. sadis je rasa"

tapi memang agak mahal. 
lagi kalau kita convert ke duit Ringgit Malaysia.
seram!

selain tu banyak je buah-buahan and makanan kering.
bab fridge magnet kat sini memang mahal.
almost rm20 yea tapi beli juga untuk kenang-kenangan.
pergilah ke ceruk mana sekali pun, harga tetap sama!


orang dok kabor, kalau pergi Jepun jangan lepaskan peluang untuk try strawbery putih sebab memang manis sangat dan sedap.
dari hari pertama aku aim.
tapi disebabkan harga mahal. aku tahan nafsu jap.

hari last pun masih terfikir-fikir nak beli ke taknak.
alhamdulillah, jalan-jalan terjumpa yang paling murah.
memang kat sinilah antara yang paling murah dan sangat murah antara kedai yang lain.
disebabkan taknak lepaskan peluang, belilah sebungkus dengan 1,800Yen.


White strawberry unlocked!


Otaru, Hokkaido


Otaru ni macam tempat pelabuhan kapal-kapal.
pemandangan kat sini memang cantik sangat-sangat.
dan kat Otaru ni baru kita jumpa rakyat-rakyat Malaysia yang travel ke Sapporo.



kami naik Canal yang mengelilingi sungai.
tapi regret sebab tak faham.
dan rasa agak rugi masa kat sini.
agak lambat sebab aku and kak zie shopping sakan masa kat pasar tu.

then drag masa tunggu canal jam 1.30
lama juga dalam canal.
ada disediakan earphone tapi macam tak berfungsi.
rasa ada dalam sejam juga atau lebih.
tapi dah tak Canal sangat macam kat Paris, sekarang pakai boat je cuma bergerak dengan sangat perlahan untuk menghayati detik naik canal.
gituhhhh!~


sepanjang jalan disin memang lawa sangat.
owh kat sini memang kena berebut sikit untuk amik spot yang cantik.
and famous juga angle sini.

tapi paling aku suka
sepanjang jalan menuju ke jambatan ni.
serius cantik sebab putih je.




tiga-tiga gambar ni memang gambar paling favourite.
sampai sayang nak letak kat feed ig.
sabar jelah dengan perangai aku ni.

tapi lepas daripada ni dalam bulan Februari pemandangan kat sini lagi bertambah cantik.
sebab jalan penuh dengan salji.

Doburicaya


lepas selesai acara naik canal, cari tempat makan.
masih kat area Otaru.
sepanjang harini memang di Otaru saja.
berjalan keliling.

one of kedai makanan yang dapat pengiktirafan sijil halal.



semua pun sedap!
alaaa terbayang-bayang.
salmon tu sedap gila. serius sedap dan takde rasa hanyir even just raw cooked. ke masak just 1/4 je.
sotong tu lagi sedap!
makerel pun sedap.
sup sedap!
semua terbayang sampai sekarang.
makanan kat sini semualah sedap!
really recommended.

lepas makan kami berjalan area bandar Otaru.
pekena aiskrim time musim sejuk is wajib.


sebenarnya sementara menunggu masa untuk makan malam.
berjalan-jalan keliling bandar untuk mempercepatkan proses lapar dan kami makan lunch pun agak lambat tadi.





Otaru Unga Shokodou 

time to dinner!

sebenarnya lepas dari Canal tu kami bercadang untuk pergi ke sini.
makan crab buffet.
sebab dekat seberang jalan dengan jambatan tadi tu.
tapi malangnya kedai tutup sebentar selama 2-3 jam untuk topup.
kira bahagian untuk dinner.
sedih!
yelah sebab rasa macam agak membazir masa disini.

tapi tulah nak buat macam mana, takdirnya begitu.
berdamai sahajalah.



kat sini diberi masa makan selama satu jam sahaja.
dan free flow.
kau boleh tambah apa sahaja yang kau nak tambah.

kami ni dah lah first time kat sini.
main campak je semua atas pan.
yelah masa pun sejam je kan.
konon takut tak sempat nak makan banyak dan habiskan untuk first round.
cara makan dengan semua dah kelaut.
semua marathon punya pasal.

bila tengok cara orang lain makan, tergelak je kiteorang.
sebab dieorang bakar dengan sangat tersusun okay.
mesti pekerja yang bagi makanan tambahan kat kiteorang ni gelakkan je kat bucu dapur tengok cara penyusunan kami.

dalam gambar je dah tahu keserabutannya macam mana.
bayangkan kami makan pun dalam keadaan yang kelam-kabut.

ketam agak lambat untuk masak dan memakan ruang dalam pan.
maka, kami tambah daging kambing dengan banyak and scaplop.
meleleh air liur sambil menaip ni.
rasa rugi tak makan banyak-banyak!


sampai winter coat pun tak sempat aku nak buka.
punya marathon nak makan.
sabar jelah!

lagi satu kat sini, depa ada tulis apa kandungan dalam setiap makanan.
ambil je makanan yang berasaskan telur, sayur-sayuran, seafood and buah-buahan.
sebab tu berani je ambil dessert.
dan dessert dia memang sedap gila!
semualah sedap, tiada satu pun yang tak sedap.


Mount Moiwa Cable Car



tempat last di hari terakhir.
sedih!
ikutkan takmau pergi mana-mana dah sebab badan dah letih gila.
dengan makan seafood yang banyak.
muntah-muntah jugalah aku masa ni.
masa kat sini pun dah takde mood sangat.

depa dok bergambar aku dah kesejukan yang teramat.
tak mampu nak duduk luar, lagilah atas gunung.



perjalanan ke atas gunakan cable car.
macam train kecil, lebih kurang dengan cable car kat penang.

kat puncak mount moiwa ni akan nampak sekeliling bandar Sapporo.
cantik!
orang kata best pergi masa malam sebab cantik tapi gambar kurang menarik.
yelah guna handphone pun dah outtodate sikit.
nampaknya kena beli kamera ni.
hahahhahahaa


moh ler kita balik mengemas.
esok flight agak pagi juga.
dalam jam 8.30 pagi waktu Jepun.
maka, seusai subuh memang dah kena on the road.

dapatlah tido beberapa jam.
sebab nak packing bag, takut juga muatan lebih.
alhamdulillah masih ada ruang lagi.
bahagian kami memang cukup-cukup.


Goodbye Jepun!
thank you for the warm hospitality.
will come again sooner!
i wish is next year!

sebelum tu, beli air coke ni semata-mata nak botol saja!
only in Hokkaido!
nasib baik dapat yang cantik.
pengubat duka lara tak dapat tumbler.
tapi akhirnya dapat juga tumble Hokkaido!
rezeki!


sebelum gate buka, jalan-jalan dulu kawasan sekitar.
lagipun memang tak jauh dari gate.
tu yang beriya sedikit tu berjalan.


masa balik ni, disebabkan flight awal pagi memang aku amik makanan tapi sekali je.
sebab flight pun 6 jam lebih tapi rupanya flight delay dok berjalan-jalan kat awangan China disebabkan cuaca yang agak tak memberangsangkan.
maka, sampailah lambat kat Malaysia.


kejung punggung tu tak payah cakaplah!

yeah!~
finally, berjaya siapkan semua hari sampailah hari penerbangan balik.
compile je sekali dalam last day sebab malas nak banyak-banyak entry.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Allah berikan rezeki dan tunaikan hasrat, impian dan cita-cita untuk ke Sapporo.
memang dari dulu pernah berazam untuk pergi Sapporo.
syukur sangat tercapai segala cita even masih ada yang belum tercapai, tertangguh. 
semoga ada rezeki lagi buat aku dan family untuk mencapai cita-cita kami yang masih tertangguh.

tapi memang sedih.
bila tengok balik gambar, segala drama semua keluar.
air mata entah berapa gelen.
bertong-tong rasanya.
dengan kesihatan yang diuji.
macam-macam sehingga rasa berat sangat nak pergi.
alhamdulillah, akhirnya Allah masih pilih untuk aku sertai.

ujian ini buat aku sedar.
yakinlah dengan Allah.
berikan sepenuh pengharapan kepadaNya.
apa juga yang kita mahu, apa jua yang kita fikir.
dan yakinlah Allah akan tunaikan walau apa jua cabaran dan ujian.
dalam pada masa yang sama, berusahalah.
sesungguhnya itulah yang paling manis sekali.

aku selalu je cakap, setiap kali bercuti, setiap kali travel ada saja cerita dan benda yang terjadi.
lalui saja dengan tenang, hargailah segala perjalanan.
kita yang mencorakkan hari-hari percutian kita samaada untuk gembira ataupun sedih.
chill okayh!~


Next Destination??!!!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~