Its Random!~

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Khamis!~
berjumpa lagi dalam its random.
bila rasa gambar macam dah banyak.
boleh lah ber its random.
lagipun nampak entri-entri Februari macam sedih-sedih belaka.
so, layan lah gambar yang berapa ada dan tidak ni.

bukanlah seorang blogger yang tegar tapi memilih untuk berkongsi pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara.
serta mencurahkan idea tatkala ia datang menjelma.
maka, tidak banyaklah gambar.



Selamat pengantin baru Fatin & Fawaz.
baru je berlangsung minggu lepas.
dan ini adalah rumah pengantin yang paling lama aku datang.
kalau besfriends tu semestinya lah lama, kadang sebab kena jadi bridemaids.
tapi ni sebagai tetamu, lebih kurang 3jam juga lepak sini


geng housemate.
kalau nak di ikutkan ramai housemate kiteorang.
bertukar-tukar orang.
dan akhirnya kiteorang saja lah yang tinggal bertiga.




geng Abim PJ.
alhamdulillah dapat jugak berkumpul kecuali Mawi.
kalau tak dah lengkap keluarga ini.
Next wedding please!~


dah banyak tempat melepak.
berpindah randah.
dari kat luar, masuk dalam rumah.
dari masuk dalam rumah,
lepak kat luar semata-mata nak tunggu pengantin lelaki.
sebenarnya ayah pengantin lelaki dah suruh makan, dan sambung bergambar selepas makan.
tapi kami cepat-cepat masuk ke kawasan pelamin untuk begambar.
itulah nasib pengantin.
kadang memang sampai tidak sempat makan.

tak salah pemilihan aku pakai warna hitam.
nampak ayu je rasa.

*rolling eyes*





selamat pengantin baru Nabil & Jannah.
lepas program gigih ke wedding orang.
sampai rumah lepak masing-masing.



lepas program di Villa Maktok, Hulu Langat ni lah kami ke kenduri Nabel & Jannah.
seronok kat sini.
terasa aura kampung yang dikelilingi hutan, sungai.
terdengar-dengar bunyi unggas yang berkeliaran.
Ya Allah damainya.
walaupun tanpa signal langsung.
selepas ni terus rasa nak damaikan otak yang berserabut kat kawasan yang macam ni.
boleh masak sendiri.
boleh berenang-renang dikolam renang.
masak sendiri. ber bbq, berakit dan macam-macam lagi.
cuma dalam rumah tidak berapa sesuai untuk anak-anak kecil sebab banyak barangan kaca.
okey teringat-ingat sampai sekarang.
rindu time arwah embah ada.



ni sampai dah tak ingat bila kenduri.
bulan Januari juga kalau tak silap.
okey itu bukan terlampau gemuk tau.
itu sebab baju terlampau besar dan yang ambil gambar salah angle.

saja nak beritahu hakikat yang sebenar.
dan lepas ni tak mahu dah pakai baju tu lagi sebab ia menyebabkan aku kelihatan terlampau gemuk.
sadis.


jumpa bila time datang kenduri dan program.
selain daripada itu memang susah nak jumpa.
bila kenduri, orang selalu cakap

"nanti dah jadi mak-mak, korang yang bujang-bujang ni faham lah dah tak boleh nak solek2 dah"

perlu ke nak bg nasihat yang macam tu? sebenarnya itu depends pada sesetengah ibu.
kalau rasa masih nak touch muka sikit-sikit tak jadi masalah sebab ramai je yang aku tengok sempat je nak touch muka sikit2 detakat bedak, lipstick and eyeliner.
korang makcik bawang ae?
eh ke aku yang makcik bawang?



Terima kasih sebab belanja.
kalau pakai duit sendiri entah bila boleh makan lagi.
sebab tengah fasa mengumpul duit nak pergi satu tempat.
walaupun hanya dalam Malaysia.
tetap kena kumpul duit juga.


Sukiya ni macam ada hantu sikit.
bila tengah makan, rasa macam tidak mahu ulang semula.
tapi bila tengok gambar, Ya ampunn terliur.
terasa kesedapan daging yang di celup sebentar kedalam kuah dan dimakan dengan sambal and raw egg.
kalau tengok pada video, setiap negara, lain penyediaan sambalnya.
sambal yang warna coklat macam sambal belacan tu mungkin ditambah untuk kesesuaian tekak orang malaysia.
tapi sedap!
teringat-ingat daging yang nipis.
dan kuah yang sedap.
siapa lagi nak belanja?



kali ni makan, xsampai sengkak perut.
dan aku memang mengelakkan diri dari hirup sup dan makan bebola yang berlebihan.
kali ni lebih banyak makan daging dab sayur-sayuran.
hirup sup satu mangkuk dan bebola hanya 4 ketul.
siap kira kan?
punyalah dasyat.
dan paling xsabar kt Sukiya adalah nak menikmati aiskrim.
boleh bagi cap jempol.
untuk tekak aku, tekak orang lain tak tahu.
macam dah jadi duta sukiya plak.


ni lama dah makan.
rasanya mcam awal bulan Januari hari tu.
ni pun orang belanja.
terima kasih sangat-sangat.
menghabiskan duit semata-mata untuk belanja perut dan tekak kami yang mengidam ni.
ni pun lama dah tak makan.
okey ni xde rasa macam sukiya.
sama ada tengah makan atau lepas makan.
tetap nak juga pergi makan lagi.
belum muak untuk ulang dan ulang.
sebab sedap.


bagi pendapat aku kat Oiso ni semua sedap kecuali ramen.
biasa je.
better amik nasi dan lauk yang macam ni.


lepas makan kat Oiso, kemudian exercise ke Ikea. jalan kaki je seba  The Curve and Ikea kan bertentangan.
lepas dah penat berjalan, mengopi sementra tunggu maghrib.
nak balik takut terkejar-kejar sangat nanti.
so, mengopi jap sambil cuci mata usyar orang depan mata.


geng makan baru.
lepas program laju je dan kebetulan ada Mathaf kt Giant Kelana Jaya.
bukan main lagi makan.


sempat ambil gambar ni je.
yang lain dah selamat simpan dalam perut.
then next ada lagi.
Mathaf ada di gombak dan kenduri Fatin & Fawwaz kat gombak.
laju jelah melepak lepas kenduri.
vendor yang sama.
so, dah target dah nak makan apa.
memang target nak makan tomyam.
disebabkan semua makan tomyam, aku pilih lah padtai.
nanti takde varieties plak.
makan lebih penting, maka xde gambar.
lama juga kami duk melepak kat situ.
adalah lebih kurang dalam 3 jam.


dessert viral.
gigih weyh malam-malam aku menggodak kastad ni.
dah lah pertama kali.
dan nasib baik kt rumah takde orang.
so, kecewa pun sendiri-sendiri lah sebab xtahu dah masak ke belum kastad tu.
sambil masak sambil whatsapp mama tanya keadaan kastad.
sampai lenguh jugak pinggang.
alhamdulillah, okey je rasa dia.
cuma xkena dengan tekak aku.
boleh dimakan, tapi xrasa nak buat lagi dan.
penatttttt!~

Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~