Kecewa yang Sementara

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~

peristiwa ni lama dah berlaku.
10 tahun yang lepas, Allah berikan kekecewaan yang aku sendiri tak mahu untuk kenang dan ingat.
satu perasaan yang meruntun jiwa sampai sekarang.

Allah berikan kekecewaan atas keputusan SPM aku dimana Allah tidak pernah sekali mengecewakan aku dalam semua peperiksaan besar.
Allah sentiasa berikan rezeki yang melimpah-ruah sebelum ini.
dan aku memang sendiri nampak macam mana usaha aku sebelum ini, jika nak dibandingkan dengan usaha semasa SPM.
sangat-sangat lain.

bila dapat keputusan,hanya mampu pandang.
kembali kekereta, sebab nak balik semula ke hospitaal untuk jaga arwah Nyaie.

"dapat berapa?"

*menangis sambil hulur slip keputusan*

"xpe, boleh cuba lagi lepas ni"

satu perasaan yang tidak mampu diungkap.
aku dah kecewakan abah.
dan keseluruhannya.
malu dan sedih.
bila orang bertanya aku xmampu nak berkata-kata.
senyap seribu bahasa.

keputusan yang sebegitu teruk, masih lagi boleh untuk mohon bahagian perguruan.
cuma, aku tersalah pilih.
terlalu tinggi mimpi, tanpa berpijak dibumi yang nyata.
bila makcik dan pakcik aku hulurkan bantuan.
tapi akhirnya aku mengambil satu keputusan, pilih atas pilihan sendiri.

akhirnya KUIS jadi pilihan hati.
hari ini, aku nampak hikmah yang Allah beri atas jalan yang Allah pernah berikan dulu.
aku jumpa pensel dan pemadam untuk mengukir kegembiraan dan memadam kesedihan.
terima kasih.

atas kekecewaan itu juga, aku disini dimana aku berdiri hari ini.
mengenal mereka atas dasar agama.
memberi pengalaman baru tentang kehidupan.
membuka mata tentang masyarakat.
diberi peluang yang banyak dalam hidup.

kerana kekecewaan itu juga, aku menjadi manusia yang belajar erti syukur.
aku belajar untuk menghargai orang tua.
aku belajar menjadi seorang manusia.

andai kekecewaan itu tidak diberi, aku tidak mengenal mereka yang hari ini.
bila diberi kapsul masa, adakah mahu membetulkan masa terdahulu atau untuk menjadi lebih baik diakan datang.
aku lebih rela untuk memilih akan datang berbanding membetulkan masa yang dahulu.
banyak akan berubah pada hari ini.
aku mungkin bukan disini.

banyak hikmah yang kita boleh ambil dari masa silam.
Allah berikan kita ujian dan kekecewaan untuk kita belajar.
belajar dari manusia, alam dan haiwan.
jalan itu kadangkala memang payah, kerana yang payah itu yang dikenang sepanjang zaman.
sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan.


Terima kasih!~


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~