Makcik Bawang

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~

sekarang tengah popular term Makcik bawang dalam kalangan netizens.
pernah ada suatu hari, salah seorang sepupu kata aku one of makcik bawang.
tak marah pun.
cuma.
sampai sekarang ni aku duk memikir tang mana aku boleh sampai jadi salah seorang makcik bawang.
sometime, aku fikir dia mungkin bergurau.
tapi kadangkala aku terambil serius apa yang dia dah kata.
serius bukan bermakna aku marah.
tapi membuatkan aku terfikir
dan berfikir.


'betul ke aku ni termasuk dalam golongan makcik bawang?'

'serius ke aku makcik bawang?'

tapi dari segi persoalan macam nampak sangat bawangnya.
*rolling eyes*

kadang kala aku ni tergolong dalam golongan mereka, adakah sebab aku menyuarakan pendapat aku kat media sosial?
adakah sebab aku menulis entri di blog?
maknanya aku kena berhenti buat semua benda ke?

bagi dia, mungkin makcik bawang begitu.
sebab term makcik bawang bagi aku adalah seorang yang suka melaga-lagakan antara satu pihak dan satu pihak dengan komen yang negatif.
makcik bawang adalah orang yang negatif.
orang yang berlawanan idea dengan kita serta menegakkan benang yang basah.
suka menegaskan benda yang dia suarakan walaupun apa yang disuarakan itu adalah salah tanpa boleh terima pakai idea orang lain hatta sebesar kuman sekali pun.
ini persepsi aku.
setiap orang ada pendapat dan persepsi yang berbeza tentang sesuatu perkara.

aku pernah je hampir-hampir nak bergaduh sebab berbeza pendapat dengan orang.
tapi, yelah kita manusia, ada banyak cabang idea.
umpama kita belajar 5+5 = 10
kita tetap membuat penegasan bahawa 10 hanya boleh dapat dengan hasil tambah 5 dan 5.
sedangkan 6+4 juga adalah 10.
8+2 pun boleh dapat jumlah 10.
malah 7+3 pun 10.
dan 9+1 bersamaan juga dengan 10.

dalam penyelesaian masalah, Allah tunjukkan kita dengan pelbagai cara.
contoh dengan hasil tambah.
ada banyak cara untuk kita dapat nilai 10.
bukan dengan hanya 5+5 sahaja.
penegasan itu perlu dalam kehidupan tapi perlu juga kita pertimbangkan dengan idea yang lain untuk mendapat hasil yang lebih baik.
malah bertambah baik.

keterbukaan untuk menerima teguran dan idea dari orang itu penting.
kerana mereka adalah cermin kepada diri kita.

"kita boleh je tengok cermin sendiri"

"kita hanya nampak sisi baik kita kerana kita lebih bangga dengan diri kita."

segala apa yang aku tulis, semua berbalik ada aku.
peringatan yang paling dekat adalah untuk diri aku kerana setiap entri yang pernah aku post aku akan baca balik dari masa ke semasa.
sesetengah entri beberapa kali juga aku akan baca.
bila keluar idea baru aku akan tulis.
supaya ia kekal dan boleh beri peringatan berkali-kali untuk aku.
bila ada aku rasa ada kaitan dengan kawan-kawan aku bila mereka ceritakan cerita mereka, aku akan bagi kepada mereka.
walaupun situasi yang kami alami berbeza.

Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~