Overnight Oat

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~
Salam Februari!~

pejam celik pejam celik dah sebulan berada dalam tahun 2018.
sekejap betul rasa bila semua manusia terkejar-kejar masa.
terlalu banyak benda yang dibuat sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas.


sudah lama teringin nak buat overnight oat tapi tidak tahu resepi mana yang sedap.
pernah buat overnight oat blueberries tapi tak sedap dan terlalu masam sampai terasa taknak makan.
bila fikir membazir.
makan jelah.


dua minggu lepas gigih mencari resepi dari Facebook.
simple dan bahan memang sedia ada.

Carrot cake!~
perancangan nak buat Banana cake.
tapi disebabkan mencari pisang tak jumpa.
beli je lobak sebab senang cari kat kedai biasa pun ada.



Bahan

1) oat
2) susu segar
3) yogurt asli
4) madu
5) chiaseed
6) lobak
7) serbuk kayu manid

rasa memang sebiji macam carrot cake.
rasa berempah dan lobak.
sedap.
lagipun takdelah rasa masam.


hari berikutnya.
strawberry cake.
sedap juga cuma agak masam dengan rasa buah.
rasa oat masih boleh diterima tekak.
mungkin dulu aku guna greek yogurt dah sememangnya masam
sampai sekarang kawan aku macam taubat nak makan sebab dia kata tak boleh diterima tekak.
tambahan, aku rasa aku letak banyak gile yogurt waktu tu.
kali ni cuma dua sudu yang disediakan dalam bekas yogurt tu.

bahan sama.

1) oat
2) yogurt
3) susu segar
4) chiaseeds
5) madu
6) strawberry



buat sikit sebab nak makan hari sabtu.
sebab tak banyak guna tenaga, so kurangkan sedikit kuantitinya.
buat pun lepas subuh sabtu.
lepak jap dalam bilik.
bila dah terlambat untuk turun kuliah dhuha.
makanya, tak sempat nak makan.

tambah buah naga sikit.
sedap dan lupa nak tambah chiaseed.
nasib baik buah naga ada juga biji-biji crunchy.
terasa macam ada chia seed juga bila makan.
overnight selama dua hari dua malam.
nasib baik masih sedap makan hari isnin.

alhamdulillah setakat ni semua boleh dterima tekak.
tiga je yang rajin nak ambil gambar untuk letak kat instagram.
tak rancang pun nak letak kat blog.
disebabkan hari ini punya blues melebihi isnin punya blues.
makanya menaiplah untuk mencari semangat yang hilang tu.

nak habiskan bahan yang ada kat dapur tu.
lepas ni nak start keto balik.
ini latihan supaya lebih kuat.

jaga juga portion makan.
guna beras herbaponi, nasi separuh, wajib ada protein dan sayur hijau.
malam sedaya upaya untuk elakkan karbo.
dan cuba elak karbo yang kompleks.
alhamdulillah terasa juga penurunannya.
cuma, kadang bila masa tak kerja ni bahaya sikit.
sebab, kadar kemungkinan  untuk minum air manis itu tinggi dan akan terasa-rasa nak minum sentiasa.

hari ini cadangnya nak puasa.
tapi batalkan niat sebab kebarangkalian untuk minum air manis tinggi bila berbuka.
tambahan hari ini ada pasar.
kita cuba lagi minggu depan.

banyak sangat baju dah tak muat.
baju-baju yang mama bagi dah tak muat.
sedih betul.
memang banyak sangat naiknya.

semoga dipermudahkan urusan untuk sihat dan kurus hingga keakhirnya!~

dulu masa Allah bagi peluang susut sekejap.
pernah terdetik dalam hati

'macam mana lah agaknya rasa gemuk yang macam dulu ye. sekarang ni pun masih terasa kegemukkannya. lagikan dulu. dulu tak terasa mungkin sebab dah sebati.'

sekarang Allah bagi rasa yang konon macam mana tu kan. memang rasa mengah woi!
serius!~
dah tak larat nak tanggung tapi tulah.
usaha yang berterusan itu tak pernah muncul.
semoga kali ini dipermudahkan Allah berjaya hingga ke akhirnya.
semoga ini adalah kali terakhir Allah bagi rasa macam ni.

jom sihat!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~