Rezeki

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~
saja nak berceloteh lepas dapat idea hasil termenung sebentar tadi.
bagi aku tahun 2017 adalah tahun yang agak mencabar bagi aku.
ujian datang bertimpa-timpa tapi dalam masa yang sama Allah tetap permudahkan perjalanan aku untuk berjalan antara yang paling aku nampak.
dan juga nikmat-nikmat lain yang Allah berika tanpa aku sedar.

bila orang tanya

"banyak duit kau berjalan? kata takde duit?"

"bila rasa tu datang walau rasa kesempitan duit sekali pun, pergi je sebab kalau nak tunggu duit berkepuk baru nak pergi, tak berkepuk-kepuk pula duit tu"


bagi orang duit bukan segala-galanya.
tapi segala apa yang kita nak buat memerlukan duit.
cuma jangan terlalu obses dengan duit sampai memakan diri.

sejak akhir 2015 dapat tawaran untuk mengajar hari minggu di sebuah taman dari jumaat hingga ahad.
alhamdulillah.
ingat pun sebab tak lama mengajar beli handphone.

mula-mula macam nak menolak sebab kebiasaannya aku akan balik kampung sekali setiap bulan.
takut tak dapat nak bagi komitmen yang sepenuhnya.
disebabkan pihak pengurusan malas nak buat temuduga lain.
maka, kami dipujuk rayu supaya terima saja tawaran tersebut.
bagi aku elaun yang diberi agak lumayan juga.
RM750 sebulan sebanyak 12 kali ulangalik setiap minggu.
bila aku buat pengiraan, sebenarnya tidak berapa berbaloi campur dengan penat.
tapi tetap gagah.
tambahan harga minyak asyik menaik.
memang terasa sangat.

tragedi berlaku pada tahun lepas apabila salah seorang daripada pihak pengurusan beritahu kami untuk bulan Ramadhan kali ini supaya kelas dibatalkan.
maka, hilang pendapatan kami untuk bulan Ramadhan.
faham sahajalah bulan Ramadhan dan nak raya.
tiba-tiba diberhentikan begitu saja.
dah menjajau juga mana nak cari duit untuk raya.
akhirnya baju raya pun hasil pinjam dari adik.
berganti-ganti kami pakai.
sebab hanya ada satu saja baju raya pada tahun lepas.
 handbag pun hasil orang lain belanja.
kasut?
nasib baik 2 bulan sebelum dah beli walaupun bukan beli khusus untuk raya.
alhamdulillah waktu ni order dari Ohsemmet berganda dari tahun lepas.
alhamdulillah sangat.

setiap bulan, sudah ada pengiraan tersendiri untuk belanja.
bila hilang rm750 memang agak terasa.
bertambah terasa apabila tiba-tiba mereka kata selepas ini tidak perlu lagi mengajar setiap minggu tanpa memberikan sebarang alasan yang kukuh.
tanpa memberi sebab kenapa kami diberhentikan sebegitu saja.
bagi aku, perkara sebegini tidak adil buat kami.
sangat terasa tertindas.
sekurang-kurangnya bagi satu alasan kenapa berhentikan kami.
 aku boleh terima apa sahaja alasan mereka walaupun alasan yang bodoh tapi boleh diterima pakai.
bukan senyap seribu bahasa.
bukan berurusan dengan orang muda malah lebih berusia dari kami, rasanya dah terlalu matang kot.

perasaan?
tak perlu cakap.
sedihnya bukan kepalang.
RM750 bukan satu nilai yang sedikit.
masa ni akal fikiran berkecamuk.
macam mana nak hidup dengan gaji yang sedikit.
memang rasa sempit dan tak cukup.
sangat-sangat.
lama juga menangis.

"Ya Allah berkatilah duit yang cukup-cukup ini agar ia menjadi cukup sehingga ke akhirnya(gaji yang seterusnya)  dan jadikanlah aku orang yang bersyukur"

setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya.
sentiasa berdoa supaya aku digolongkan dalam golongan orang-orang yang bersyukur walau apa jua rezeki yang Allah kurniakan.

bila kita raasa ia cukup.
insyaa Allah akan cukup walau duit simpanan memang habis.
sekurang-kurangnya Allah tetap permudahkan perjalanan hidup dan perjalanan untuk mentadabur alam.
setiap hari minggu kami bebas untuk kemana tanpa memikirkan sebarang komitmen untuk mengajar.


dan Allah permudahkan segala urusan kami.
masih juga hidup walau tidak semewah dahulu.
menangis aku bila tidak dapat berikan duit belanja pada kedua ibubapa.
tapi mereka faham.
dengan pinjaman kereta, minyak kereta, perbelanjaan-perbelanjaan lain.
serta komitmen-komitmen yang lain.
Allah tetap permudahkan segalanya hingga sampai waktunya.
kadangkala terasa ada lebih dengan rezeki yang cukup-cukup itu
bila kita memegang konsep rezeki yang kita terima diberkati, ketahuilah kita akan terasa lebih dari cukup bulan ini.
malah boleh buat simpanan.
malah lebih dari cukup dari dulu.

tidak perlu merasa rendah diri bila gaji yang kita terima lebih kecil dari mereka-mereka yang lain.
bersyukur dengan apa yang kita terima.
and enjoy your life.

Terima kasih!~


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~