Sweet Promises!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


masih memikirkan tajuk yang sesuai berkenaan dengan entri kali ini.

bukan cerita sedih aku tapi aku nak sampaikan pendapat dari sudut hati aku.
walaupun cerita ni takde kaitan dalam dengan hidup aku.
tapi sakitnya aku tetap rasa.
bukan apa, kita sesama perempuan kan.
bila dipermainkan ni rasa macam
 geramnya aku dengan orang lelaki ni.
tapi ada juga berlaku pada lelaki yang aku kenal.
boleh ambil mudah dengan janji yang sudah dicipta.
bukan semua, segelintir dan sebahagian lelaki.

"siapa makan cili dia rasa pedas."

sesiapa yang tidak terlibat, bagi aku tak perlu untuk triggered sangat.

benda ni berlaku pada kawan aku.
dia kenal dengan seorang lelaki tapi suatu hari lelaki yang dia kenal, berubah dalam sekelip mata.
perubahan yang terlalu obvious.
sangat!

dari seorang yang selalu call, saling balas mesej antara satu sama lain, malah banyak kali je berjumpa.
ada laaa dalam 3 4 bulan sekali jumpa.
tiba-tiba, jadi seorang yang tak reply mesej, kawan aku call pun tak sudi nak angkat apatah lagi nak reply call.
annoying kan?
selalu bagi alasan sibuk. sibuk, sibuk. sebab tu tak sempat nak reply, nak angkat call.
dan
even sibuk, takkan sampai takde life langsung nak reply msg kawan? nak call kawan? nak keluar lepak dengan kawan?
aku memang tak percaya orang bagi alasan sibuk sampai tak boleh nak reply mesej hatta sepatah perkataan
mesti ada something wrong somewhere.
owh please.

"kita ni perempuan, kita ada sixth sense lah!"

aku dah banyak kali cakap kat kawan aku, aku rasa he has someone else.

" kalau dia ada orang lain, biarlah dia. dia yang berdosa sebab dia dah janji nak kawen dulu then dia yang ada orang lain"

" itu memang dosa dia. tapi kau tetap kena jaga hati kau. dosa tu memang dosa sebab dia dah berjanji. yang merana sekarang adalah kau"

pendapat aku, satu kesilapan kawan aku adalah terlalu fikir positif terhadap pasangan. hampir dua tahun fikir positif.
dua tahun bukan satu masa yang singkat.
dan bertambah positif bila lelaki tersebut selalu tengok story whatsapp.

"nak tengok life aku juga kenapa? kalau nak lagi cakap lah elok-elok"

"jangan positif sangat. kau yang membenarkan kehidupan kau dilihat oleh orang lain dengan buat story."

yang membuatkan aku bertambah geram.
lelaki ni nak kawen dah awal bulan mac.
kemudian kawan aku tanya

"habis 2014 yang awak ajak saya kahwin tu?"

"tu dulu, sekarang tak lagi"

senangnya cipta alasan.
senangnya bagi alasan untuk melarikan diri.
cukuplah jadi seorang yang pengecut.
biasanya perkenalan untuk ke jinjang pelamin ni bukan kenal sehari dua.
ia memakan masa.

apa salahnya berterus-terang.

"saya rasa kita dah tak serasi. cukup setakat ni hubungan"

" apa kata kita bawa haluan masing-masing"

"kita ni macam mana?"

"insyaa Allah. kalau ada jodoh, adalah."

kemudian diam seribu bahasa dan tiba-tiba hantar kad kahwin dalam masa tak sampai sebulan pun lagi.

bukan cipta alasan.

tak pernah ke terfikir betapa kecewanya perasaan seseorang tu?

aku yang emosi terlebih!

aku pernah rasa peritnya macam mana tunggu orang yang berjanji.
dan kalau boleh aku taknak orang yang rapat dengan aku pun kena benda yang sama.


ada pernah kawan aku lelaki.
masih berhubung, tapi pasangan dah bertunang dan berkahwin dengan orang lain.
kenapa susah untuk berjumpa dengan orang yang leih menghargai pasangan?
tak pernah terfikir ke orang tu bersusah payah, menahan perut lapar semata untuk kumpul duit kahwin.
akhirnya, pasangan dia kahwin dengan orang lain?

"just try once, put your feet on their shoes"

bagi aku cukuplah sekali, orang yang memainkan perasaan orang.
yang dah berjanji bermacam ni.
rasa sekali apa yang mereka dah buat.
aku tak rasa diaorang mampu.

aku percaya dengan doa.
tambahan, doa orang teraniaya.
harapnya, hubungan sesama manusia itu perlu dijaga lah yer.
semoga aman dunia.
malah akhirat.

nampak sangat ayat geram aku.
jarang aku menulis entri yang macam nie.


kita memang digalakkan untuk husnuzon dengan seseorang supaya fikiran negatif itu tidak memakan diri.
tapi perlu lihat pada sebahagian situasi.
bila sentiasa husnuzon pun boleh memakan diri.
perlu meletakkan sebahagian keraguan supaya tidak terlalu berharap.
walaupun dah berjanji untuk berkahwin dengan kita.
jangan terlalu percaya bila tiada tindakan.
kita berhak untuk terima dan mencari orang lain.
dan pihak satu lagi tiada hak untuk cop kita sebagai seorang yang suka memainkan perasaan kecuali memang betul kita memainkan perasaan mereka.

aku juga pernah melalui fasa nak sangat berkahwin di usia yang muda.
melalui fasa biroh orang cakap.
bila fasa tersebut dah lepas.
akan ada satu fasa dimana kita lebih redha dengan ketentuan Tuhan.
sampai orang tanya kita dah lali.
fasa dah xkisah.

bila tiba di fasa yang tidak kisah ni, lebih perlukan tindakan dari omongan kosong.
bila kata suka, tidak melambangkan apa-apa makna bila tiada satu tindakan untuk kearah yang lebih baik.
dan bagi aku lebih baik kita duduk dan teruskan berdoa supaya dikurniakan dengan seorang yang Allah redha untuk dijadikan pasangan hidup kita yang menjadikan kita lebih baik. 

yang menerima janji, tak perlu mengharap seratus peratus manusia akan tunaikan janji.
kerana manusia tetap selamanya manusia.
ada masa, mereka mampu untuk tunaikan.
ada masa, mereka lupa dan buat-buat lupa dan abaikan.
setiap orang ada khilaf masing-masing.

orang yang memberi janji, jika rasa janji yang dijanjikan tidak mampu utnuk ditunaikan, tak perlu berjanji.
elakkan diri untuk jadi seorang yang munafik.
elakkan dari berjanji.
biar tindakan yang berjalan dihadapan bukan kata-kata.
kerana kita manusia.
manusia tetap selamanya akan jadi manusia.
ada masa kita lupa, buat-buat lupa dan sengaja mengabaikan janji yang kita cipta.
kita sentiasa membuat khilaf.


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~