Kuala Terengganu

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Khamis!~
Hope you are doing great!
lagi-lagi bakal  menghadapi long weekends.
untuk pertama kali long weekend tak balik kampung.
sampai makcik pun pelik.

"miss nana balik kampung ke minggu ni?"

"tak balik sebab nak balik putrajaya nak ambil makaji balik haji"

"waaahhhh bestnyaaa. miss nana masaklah asam pedas ikan mayong. nanti letak dalam peti beku kat rumah putrajaya"

Sesungguhnya perancangan Allah itu sungguh cantik.
alhamdulillah.
perancangan awalnya memang nak balik sebab cuti panjang tapi mamaabah pun nak turun KL sebab nak hantar si Nini balik upsi.
then, cik murni pun nak balik haji.
mamaabah pun nak melawat makaji balik haji sebab hari isnin dah gerak dari johor.
kira ok lah untuk ziarah makaji.

Last week kena hantar Aisyah since makaji, pakaji and abgaji gie haji.
alang-alang hantar dan taknak kelam kabut dan Aisyah ada juga barang nak beli sebelm daftar.
kiteorang gerak Jumaat tengahari.
siap berbekal untuk makan di hentian mana-mana.
lama sangat tak merasa berbekal sepanjang perjalanan.
sebab sejak-sejak dah besar gie berjalan sendiri ni jarang dah bekal.
selalu singgah je makan kat mana-mana hentian.



alhamdulillah jalan lancar cuma agak jem dari lebuhraya Duke ke Gombak.
lepas dari tu semua okay.
singgah sekali sahaja di hentian Gambang untuk solat, membuang, isi minyak dan makan.
nak cari tempat makan satu hal.
sebab kalau boleh taknak makan bekalan kat rnr.
macam tak sedap hati.
lepas isi minyak kat Petronas, makan kat Dunkin Donut sebab ada kerusi dan meja di luar kedai.
dan orang pun tak berapa ramai pada mula-mula nak makan
 cuma agak segan juga.
tapi biarlah, sebab nak makan.
makanlah kami bertiga dengan berkongsi satu pinggan.
Ya Allah nikmat sangat makan.



tapi disebabkan rasa bersalah dengan masyarakat sekeliling.
kami berhenti makan dan teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Alhamdulillah check in dalam jam 7 malam.

lepas mahgrib sambung makan bekalan sebab masih ada baki dan agak lapar juga.
berehat sekejap. then jalan.
tapi rasa macam dah takde apa kat kawasan situ bila menjelang larut malam.
kami keluar dalam jam 10.30 dan konon nak makan bakar-bakar tepi pantai tapi hampa.
hampa sangat takde.
dan makan jelah apa yang ada.
kedai pun nak tutup dah waktu tu.



hari sabtu baru terasa berjalan satu Kuala Terengganu dari satu tempat ke satu tempat.
sebelum mula berjalan isi perut dulu supaya boleh bergambar dengan riang gembira.
perut kenyang senang hati kan.


brunch kami di D'Baung, Kuala Terengganu.
sedap dan not badlah harga dia.
cuma air je aku kurang berminat.
makanan memang sedap.
sampai tak sempat nak ambil gambar makanan satu persatu.
gambar selfie nampak makanan pun okay kan.



lapar punya pasal, terus makan.
okaylah gambar lepas makan ada.



1) Masjid Kristal, Kuala Terengganu.



keunikan masjid ni tak boleh disangkal.
memang cantik. dan ramai pengunjung. walaupun tengahari terik, gigih kami ambil gambar.
cuma, agak menyesal sebab tak masuk.
tapi boleh menjadi asbab untuk pergi lagi lain kali.



kubah yang dibina menggunakan kristal.
cuma aku masih belum google tentang masjid kristal ni.
bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam.
dah berjalan keluar baru terasa nak pergi ke Taman Tamadun.
akhirnya tak singgah.
takpa, boleh menjadi asbab kena pergi juga.




2) Masjid Terapung, Terengganu



mengambil masa dalam 15-20 minit dari Masjid Kristal.
tapi dah kata berjalan, ayuhlah berjalan sakan. malam nanti boleh rehat sepuasnya.
dalam masa yang sama boleh bakar kalori.
walaupun dah bagi jam kesayangan kat mama.
handphone kesayangan masih ada untuk kira langkah dalam seharian.



masjid berdekatan dengan pantai.
boleh terus ke pantai selepas ziarah.
cantik.
putih bersih berseri.
kat sini ada jumpa pakcik dari Acheh.
absolutely pakcik yang tegur kiteorang dulu.

"are you coming from Malaysia do you visitor"

"yup."

"can u speak english?"

"not really. "
sambil tersenyum simpul, malu.

" as a Malaysia you should know how to speek in english because most of Malaysia can speak english very well
im from Acheh, come here as visitor for Event. you know the history of Acheh?"

"sorry sir. we didnt"

"Acheh is mix nation from Arabian, China and Hindi. did your family members from Acheh?"

"no. im a javanese"

"owh i see. i can see from your face you are..."
(sebenarnya kami confused dia faham germanese/japanese/javanese)

"because i can read from your face with small eyes and skin"

"hihihihi"

"blablabla... you what the meaning?"

"dont know."

"you should learn your parents' languange"
(setahu aku xpernah pun belajar that words in javanese.)

"then you?"
(rujuk pada aisyah)



"we are cousins from my father's side. my father and her mother is siblings"

"why you are skinny?"
(sambil gelak bukan terbahak-bahak)

"sorry sir, we got to go first. nice to meet you"

"okay2. maybe this is the first and last because we live in different country. nice to meet you too"

bagi aku ini adalah pengalaman aku.
aku tulis supaya aku ingat aku berjumpa the great uncle in front of Mosque.

3) Pantai Batu Buruk.



aku dan pantai memang tak dapat nak dipisahkan.
aku suka laut, pantai, awan dan gunung.
semua ciptaan Allah itu indah belaka.
dan aku sangat-sangat suka.



lain betul Pantai Batu Buruk dulu dan sekarang.
betambah cantik dan bermacam aktiviti.
cumanya kiteorang datang waktu memang tengah panas.
hangat lit-lit.



tapi masih jug gigih untuk bergambar ke sana dan kesini.
cuma nak pijak pasir dan ke pantai je tak kesampaian sebab dah letih satu.
panas pun satu.

4) Ikan Celup Tepung (ICT)




tengok Facebook mana tempat yang best untuk makan ikan celup tepung.
dah sampai Terengganu mestilah nak makan ICT.
dan kalau boleh nak lah yang berbaloi.

kami ke pantai Teluk Ketapang atau orang panggil belakang airport.
jalan-jalan area situ.
ramai je yang jual tepi-tepi jalan dan ada bermacam aktiviti.
orang kata kedai Pok Nong is the best Ikan Celup Tepung.
bila hari minggu, 
menjadi acara kewajipanlah untuk ramai.
maka kami pergi je kedai yang berhampiran.
ada 3 kedai,
boleh pilih, lebih kurang je menu dan rasa.
kami ambil



sotong -2 pinggan
udang - 1 pinggan
cendawan - 1 pinggan
kepok - 1 pinggan
teh o panas - 2 cawan
tembikai - 1 cawan.
jumlah semua RM33

5) Valya Hotel, Kuala Terengganu

dah puas berjalan seharian.
ayuhlah balik ke hotel untuk persiapan diri, kendiri dan hibernasi.
tapi lepas maghrib, aku dan aisyah sambung cari barang.
4 buah kedai juga kami berjalan.
sampai kedai tutup baru kami balik.
biasalah orang bujang.



bagi aku hotel ni best gila.
rate murah, hotel bersih dan cukup semua walaupun kecik tapi masih ada ruang yang selesa untuk solat.
bagi aku best.
bila Agoda suruh bagi reccomendation.
aku terus bagi 5 star.
kawasan sekeliling pun meriah.
dekat dengan mydin mall, watson, dan ada satu kedai makan sedap kat situ.
tomyam dia padu tapi sorry tak ingat.
kami beli pun untuk makanan malam.

malam ni memang awal tido dalam jam 12 jugalah.
kira awal nak dibandingkan dengan malam semalam hampir 2 pagi juga baru boleh tido.
esok pagi kena bangun awal sebab aisyah kena mendaftar di Unisza jam 8.30 pagi.
kami sampai jam 8.45pagi tapi dah penuh.

lama juga kami tunggu Aisyah siap daftar.
dalam jam 12.00 baru siap dan gerak ke kolej kediaman.
nak ke kolej kediaman pun makan masa sebab jem.
tempat letak kereta untuk angkat barang pun agak terhad.
jam 1.30 mereka bergerak untuk daftar fakulti dan kami pun balik.

sebelum balik, tak sah kalau tak beli ole-ole dari terengganu kan.
beli keropok lekor di Dynar.
one of my friend recommend situ.
dan memang ramai. kena bersabar untuk tunggu nombor.
sambil-sambil tunggu, makan kepok and teh o ais padu pekat melikat.
okay sedap keropok cheese dia.
so, kalau ke Kuala Terenggau jangan lupa rasa Keropok di Dynar ye.

bertolak balik dalam jam 4.30 keluar dari tol Kuala Terengganu.
sampai di Putrajaya dalam jam 11.30 malam.
jem biasalah dari bentong ke gombak.
tambah sesat jalan nak ke Putrajaya lagi.
mata pun dah hampir-hampir pejam.
sampai rumah, terus tido.



alhamdulillah, trip yang banyak beri pengisian.
dan paling tak sangka orang satu daerah berada ditempat yang sama.
terima kasih kerana beritahu tempat mana yang best dan banyak guide sepanjang hari Ahad.
kalau ikut aku, beli jelah kat mana-mana yang terjumpa.
terima kasih Allah atas nikmat dan peluang.

next destination please!




Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~