Merdeka Hasil Nite Run 2018

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
how's your day?
Alhamdulillah semoga sentiasa dalam rahmat Allah.



Untuk pertama kalinya dan julung-julung kalinya aku join Fun Run.
bila orang tanya berapa KM.
aku jadi malu pula nak cerita.
sebab kadangkala aku pun terasa bila badan besar ni orang pertikaikan boleh ke berlari.
sebenarnya okey je perasaan tu.
cuma sometime terasa.
takdelah sampai nak merendahkan diri sendiri.
alhamdulillah bersyukur masih lagi sihat setakat ni.
cuma perlu berjaga-jaga dengan darah dan gula.
penyakit utama bila dalam golongan obesiti kan.
tambahan, bila makan dijadikan hobi.



masuk berkumpulan, satu kumpulan sekurang-kurangnya seorang dan paling ramai 5 orang tapi baju cuma dapat dua helai.
ada dua bahagian.
kami yang baru permulaan ni ambil yang paling sedikit jarak kilometernya.
lagipun tak pernah join kan sebelum ni.
pergi juga ke gym untuk fit kan badan.
untuk turunkan berat badan.
jaga makan cuma faham-faham lah bila selepas raya dan balik kampung.
tambahan pula bila mak ayah ni berniaga air.
faham-faham sahaja lah ya.



Merdeka Hasil Fun Run dibuat pada 30 Ogos 2018.
campur sekali dengan ambang merdeka.
dan ini adalah hari terakhir bekerja untuk bulan Ogos.
bila bab hari terakhir ni hidup aku jadi agak kelam-kabut untuk hantar borang.
dan Bulan Ogos ni adalah bulan yang agak banyak jumlah borang yang kena hantar.
tapi aku dah merancang minggu itu untuk selesaikan tugas hari Khamis tu dengan cepat untuk berlari-lari di LHDN Cyber.

"Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang Terbaik"

"Sesuatu yang tertangguh itu adalah seni kerana pasti ada rezeki yang lebih baik menanti"

ikut perancangan memang boleh selesai awal
dalam jam 6.30 paling lewat boleh bertolak balik. sempat kemas untuk ke Terengganu keesokkan harinya.
dan sempat untuk tukar baju untuk larian malam ni.
tapi, something happen during submit the form which is bertambah beban kerja aku.
dan waktu itu cuma aku sorang pekerja yang tnggal di ofis.
semestinya bersama bos, kalau tak siapa yang nak pantau kerja aku.
bila bertambah beban kerja, semestinya pasti akan lewat.
pasti tak sempat nak ke Putrajaya.
pasti tak sempat untuk ke Cyberjaya.



mengikut perkiraan memang tak sempat.
sangat-sangat tak sempat sebab perjalanan untuk ke Cyber memang jem.
ikutlah jalan mana memang akan jem.
apatah lagi nak balik rumah untuk kemas baju.
Redha, pasrah dan tawakal.
sebab yuran dah bayar.

jam 7 malam masih di ofis.
boss pun dah berlegar-legar tunggu untuk sign surat.
dalam pada masa yang sama surat yang dibuat pun ada kesalahan.
perasaan??
hanya Allah yang tahu apa perasaan ketika itu.
dengan silap hantar borang.
silap password dan id.
tapi borang tetap tersubmit.
menjadi tanda tanya sampai sekarang, macam mana boleh terjadi sebab itu adalah perkara yang mustahil mengikut logik akal dan juga pengalaman.
apa-apa aku masih meletakkan kesalahan diatas bahu aku.

"sebab tu i kata jangan last minit"

aku memang terdiam.
riak wajah tak perlu kata apa sampai boss tak tahu nak marah macam mana.
minggu yang agak struggle dari isnin sampai hari kemuncak.
kerana kata-kata dia masih nada yang aku boleh bagi kesimpulan nada yang biasa.
tiada riak marah atau mengeluh.

"u buat surat and amendment. hari isnin before i datang u suruh sesiapa hantar kat LHDN."

"okay"

tiada balasan kata-kata lain yang mampu aku berikan kecuali okay.
semua apa yang dia katakan, aku akan balas okay.
dia tahu aku kecewa.
sebab dia adalah satu-satunya manusia yang pernah nampak aku nangis berkaitan dengan kerja walaupun banyak kali dah aku nangis sebab kerja.

alhamdulillah, jam 8 malam semuanya selesai.
termasuk surat dan segala pembetulan.
tetapi masih belum tunaikan solat maghrib dan juga cuci pinggan dan cawan.
boss masih setia menunggu sambil kehulur dan kehilir.
dari pantry aku beritahu

"kalau u nak balik, balik lah dulu. takde apa lagi dah"

"nanti u tutup semua."

jam 8 bergegas ke kereta.
minyak dah berkelip-kelip menandakan perlu diisi.
touch & go pula hanya berbaki rm2 yang memang tidak akan cukup untuk satu tol sekali pun.
jalan jem dari kelana jaya lagi.

rasa nak nangis sebab semua perlu berkumpul jam9.
then i decided

"kak long, saya tak sempat sampai. sedih."

"takpe slow2. flagoff jam 9.40. sempat nak sampai."

"pakai baju blouse je boleh tak nak lari?"

"nak bawakkan baju tak?"

"okay, thank you"


jalan utama LDP memang sudah sebati dengan jem lagi-lagi bila esok adalah hari cuti.
minyak dan touch&go masih tidak terisi.
lalu jalan lain dan singgah di pam minyak isi apa yang patut.
berserah, kalau sempat, maka marilah kita lari beramia-ramai.



Alhamdulillah.
masih diizinkan untuk turut serta.
memang macam main-main je.
lari-lari sikit, jalan.
jalan-jalan berlenggang.

"yeaa sampai juga kat garisan penamat"

"yeaaaaaa"

dalam jam 10.50 selesai untuk kedua-dua acara.
ada persembahan dan macam-macam acara termasuk cabutan bertuah kat dataran bawah LHDN Cyber sambil menunggu detik jam 12 malam.
selepas jam 12 terus balik kerumah.

dalam jam 1.00 pagi sampailah kerumah.
mengemas apa yang patut.
dan kendiri dan hibernasi.

tapi aku percaya setiap kesusahan dan kesulitan pasti ada kesenangan.
sama ada dalam kita sedar atau tidak ia tetap akan datang.
hidup memang penuh dengan ujian.
cuma bagaimana kita hadapi dan terima itu yang menjadikan siapa diri kita.
itu juga yang menceritakan perjalanan hidup kita.
maka, hadapilah dengan tenang dan gembira.
jika kita fikir ia susah dan sulit, yang datang apa yang kita fikir.
jika kita undang yang baik-baik, yang hadir adalah perkara yang baik-baik.


Terima kasih!
#bangkitbersama





Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~