Ipoh, Perak

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~
Salam 2 Muharram.

Alhamdulillah.
selamat tahun baru.
masih belum terlambat untuk ucapkan salam maal hijrah.
alhamdulillah masih diberi peluang untuk ke tahun seterusnya.
semoga tahun ini diberi keberkatan yang berpanjangan.
mampu mempertingkatkan ibadah dan dipermudahkan sepanjang perjalanan menuju Tuhan kelak.
semoga apa yang dirancang itu sama seperti apa yang Allah rancang.
begitu juga untuk semua yang Allah buka hati untuk membaca.
semoga apa yang kita pinta, diberkati dan dimakbulkan.


rasanya untuk bulan september 2018 adalah bulan yang paling banyak update labels travelling.
alhamdulillah.
bila bab travelling memang laju je rasa nak update sebab tak sabar dan tidak mahu cerita itu hilang sebegitu sahaja.
bukan apa.
untuk panduan kelak bila nak repeat lagi.
dan dijadikan kenangan yang berpanjangan.



sepertimana yang dikhabarkan dalam entry minggu lepas.
weekend yang panjang ni tak balik kampung sebab Cik murni balik Haji dan mamaabah pun nak datang.



dan dalam masa yang sama kami pun nak berjalan-jalan di Ipoh.
berjalan ke Ipoh bukan last minit punya plan.
tapi pergerakkan itu yang last minit.
sebab tak tahu nak kemana.
 kalau backpackers, confirm berjalan satu bandar Ipoh.
dari satu lorong ke satu lorong yang lain.
tapi sebab bawa orang tua, macam x proper nak bawa lagipun biasalah kalau budak muda ni nak mencantikkan feed intagram.
samalah.
kita kan muda.
lagi satu masa pun terhad.
sampai bandar ipoh dalam jam 3.30.
so, kita buat je apa-apa aktiviti yang sempat.
dan menggembirakan.

sebenarnya kegembiraan itu datangnya dari diri kita dan sekeliling.
walau berjalan keliling kampung sekalipun 
bila kita mencipta kegembiraan, kegembiraan yang diundang.
yang akan datang adalah apa jua yang kita undang.

setiap kali masukkan gambar mesti akan tengok feed sendiri dan tanya pandangan

"nini, cantik tak feed aku?"

"cantikk"

"kau malas nak layan aku kan. kau tak tengok pun feed aku."

"aku baru je tengok haritu. cantikk"

"kau stalker aku ae?"

"hmmmmm"
muka malas nak layan.

bertabahlah adik-adik aku dapat kakak macam aku yang aku sendiri tak boleh nak describe apatah lagi mereka.
tapi sesungguhnya aku juga kakak yang baik dan jujur.

"nana, aku cantik tak?"

"tak"

"mama, harini nini cantik tak? tanya kat nana dia taknak jawab dengan jujur"

"dah paling jujur jawapan aku bg kat kau"

"kurang ajar"

bila lagi nak puji diri sendiri.
bila orang puji nanti terbangga diri.

kami bertolak jam 8.00 pagi.
dan paling kami tak sangka yang wanita-wanita ni boleh siap tepat jam 8 pagi.

*tepuk untuk diri sendiri*



bila dah siap barulah kejut lelaki-lelaki dan hana sekali.
sebelum sambung perjalanan, sarapan di Warung Cikgu tapi terdatang awal 15 minit.
kira pembuka rezekilah ni.

nasi lemak ayam goreng dan nasi kak wok.
portion yang banyak tapi disebabkan orang lain yang bayar, tak amik port satu pack rm berapa.
tapi memang banyak.
nasi banyak, ayam banyak cuma sambal je kurang banyak tapi sedap.
memang puas hatilah.



sambung perjalanan terus ke Ipoh.
destinasi pertama 

Kellie Castle



keluar tol Gopeng memang tak jauh pun dalam 15-20 minit untuk sampai.
aku dah lama teringin dan terima kasih sebab merealisasikan impian aku untuk ke Kellie Castle.
bangunan ni bersejarah.
dan reka bentuk yang cantik.
seni bina yang menarik juga bagi aku.



aku suka dan aku takut bila bawak orang, orang tak suka.
alhamdulillah mereka enjoy the tour in the castle including me.
of Cause!



terima kasih!
dari minggu lepas lagi.
banyak impian tertunai.
Terima kasih Allah.
terima kasih untuk mereka-mereka yang merealisasikan apa yang bayangkan.
apa yang aku impikan.
terima kasih.



terima kasih juga kepada unofficial my mr photographer yang melayan setiap kerenah dan keinginan.
walaupun hanya belanja sebiji pau.
itu pun dia dah bersyukur sangat.



Kellie Castle merupakan sebuah rumah agam, rumah idaman yang dibina atas kasih dan sayang seorang ayah untuk anaknya tapi belum sempat siap dan didiami William Smith telah meninggal dunia di Portugal.
dan dikatakan rohnya tidak aman, Wallahualam.
batu-bata itu diimport khas dari India dan juga pekerjanya.



Kellie Castle memang betul-betul terletak di tepi jalan besar.
bayaran seorang RM5 dewasa beserta kad pengenalan.
kanak-kanak dibawah 12 tahun hingga 3 tahun RM3 seorang.



setiap sudut ada sejarah yang tersendiri.
dan jika bangunan ini berjaya disiapkan.
Kellie Castle merupakan bangunan pertama yang mempunyai lif di Malaysia.



Kellie Castle diselenggara dibawah Kementerian Dalam Negeri, Perak.
rasa setiap inci bangunan nak ambil gambar sebab cantik.






Nasi Ganja




orang kata paling popular nasi ganja ayam merah dan dah viral di facebook.
yelah kami pun berpandukan tempat yang menarik di Ipoh pun kat Facebook.
satu-satunya nasi ganja di kedai kepunyaan cina.
dan memang tempat sentiasa full.
kami sampai dalam jam 3.30 petang tapi masih tak lengang dan tempat masih juga penuh.
bila tempat-tempat viral ni, kita teringin juga nak rasanya.
alhamdulillah cukup rasa dan sedap.
setiap orang ada pelbagai rasa dan pendapat kan.
pendapat aku sedap tapi biasa.
sebab aku memang jatuh cinta dengan nasi kandar Penang.
sorry Perak tapi makanan memang not bad.
paling padu kopi ais!
okey terasa nak repeat sebab kopi ais kaw, pekat melikat.
sedap sangatttttt!


Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh


ada macam-macam kat sini.
mula-mula masuk ada air terjun buatan.
cantik.
dan yang uniknya taman rekreasi tu at the other side.




kita kena naik bot untuk sampai ke taman.
satu kepala RM3 return and boleh ambil masa berapa lama pun kat taman tanpa had masa
cuma akan ditutup jam 6 petang.


tak jauh dari bandar Ipoh.
dalam 15 minit dah sampai
kat taman ada macam-macam aktiviti.



kiteorang sewa basikal dua.
satu basikal kecik.



and satu lagi basikal yang dua pemandu.
mula-mula bawa bukan main terbahak-bahak gelak.
sampai sakit perut.
then, abah ajar macam mana nak bawak basikal tu.
lepas abah and mama round baru semua orang pandai macam mana nak handle.
kalau tak asyik nak jatuh je.
ketawa je lebih.
macam biasalah suara kiteorang memang memenuhi ruangan taman.



selain tu ada juga binatang-binatang tapi tak banyak.
lembu bali, rusa, kuda pony, burung-burung dan burung unta



owh tak lupa juga monyet yang berkeliaran.
mula-mula bagi buah kat seekor je tak lama ramai pula kaum kerabat datang.
hampir-hampir hana nak kena serang sebab masa tu hana tengah pegang buah.

kiteorang lepak situ sampai 5.30 petang.
then gerak balik ke Tanjung Malim.


dalam jam 10.30 satu kereta gerak balik ke Kuala Lumpur.
mamaabah gerak balik Johor.
dalam 12.30 kami sampai.
dalam 3.30 pagi mereka selamat sampai di Johor.
alhamdulillah we are safely arrived

maka, berakhirlah percutian yang singkat buat kami tapi bermakna.
alhamdulillah.
walaupun kekurangan sorang.
nanti kita jalan tempat lain pula ya.

sesungguhnya rezeki akan datang dalam pelbagai cara.
jangan pernah berhenti untuk berdoa dan membayangkan yang indah-indah belaka.
usaha itu perlu, tawakal tetap menjadi yang nombor satu.
insyaa Allah ia akan datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.
percayalah.
kalau kita suka untuk travel.
beranganlah.
bayangkanlah kita sedang mengembara keliling dunia.
doa supaya kita mampu mentadabur alam Allah dan semoga dengan mentadabur alam ini lebih mendekatkan kita kepada Pencipta dan orang-orang sekiling kita.
minta.
dan jangan berhenti minta.

bayangkan apa sahaja yang kita mahu.
doa apa yang kita mahu.
tawakal akan apa yang kita mahu.
jangan pernah dipersoal bagaimana kedatangannya.

jika mahukan cahaya mata, bayangkan.
jika kita mahu mendirikan rumah tangga, bayangkan.
jika kita mahukan keluarga yang bahagia, bayangkan.
jika kita mahu kaya, bayangkan.
semoga apa sahaja yang kamu mahu, itu yang Allah berkati dan itu juga seperti yang Allah rancang buat kita suatu hari.

Terima kasih!~

Next destination please!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~