Hai September

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
Alhamdulillah, Ogos berlalu dengan pantas dan baik walaupun kehidupan diakhir-akhir agak kelam kabut sedikit tapi still can manage it well.
Alhamdulillah.



banyak benda nak bercerita tapi macam belum bersedia.
belum bersedia dari banyak benda cuma berharap bila dah bersedia untuk menulis, akan ingat semua cerita yang akan diceritakan kat sini.

blog ni umpama peribadi yang agak bersifat terbuka.
dan lebih berhati-hati untuk menulis.
lebih kepada untuk berkongsi apa yang tahu.
memberitahu kepada mereka yang hendak tahu.
bukan kongsi tentang peribadi yang privasi.



Alhamdulillah.
akhirnya September telah tiba.
permulaan yang menyenangkan dan menggembirakan.
yelah, pergi bercuti yang di sponsor keseluruhannya.
makan, minyak, tol, tempat tinggal dan semuanya.
mana mungkin untuk katakan tidak pada  kegembiraan,
kan?


permulaan yang baik.
cerita yang baik.
perjalanan yang baik.
semoga ia terus-terusan baik.
dan jadi yang terbaik.
insyaa Allah.

hidup ini adalah satu tarikan magnet.
jika kita jemput bahagia, akan datang bahagia.
jika kita jemput kesedihan, yang akan tiba adalah kesedihan juga.
mengapa perlu jemput derita sedangkan kita mahu bahagia?
maka, jemputlah bahagia, semoga kita sentiasa bahagia.

ini aku belajar sepanjang perjalanan.
insyaa Allah aku akan kongsikan kelak jika aku rajin dan ingat.
semoga ingat dan rajin.
cerita Aidilfitri pun masih tak muncul tiba apatah lagi cerita AidilAdha.
owh, Aidiladha kami biasa kerana baru kehilangan orang yang kami cinta.
dan satu-satunya nenek yang tinggal.
(mohon sedekahkan Al-fatihah)


Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~