Pulau Kapas, Terengganu

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Khamis!~
Salam 10 Muharram.
puasa hari ni?
alhamdulillah.


Tamat juga hari minggu yang panjang sepanjang bulan September.
dari awal hingga ke minggu yang ke tiga.
maka, tamatlah cuti-cuti kita pada bulan September.
penat juga travel setiap minggu.
tapi, itu semua rezeki.
alhamdulillah.



baru hari ini sempat nak menulis pasal Pulau Kapas.
#misimencarisibadigolsood 2.0 on.



sebenarnya saja cipta tagline macam tu bila dapat berkumpul berlima kembali.
bukan senang nak kumpul 5 orang ni bila masing-masing sibuk dengan kerjaya.
Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun agak last minit.
rancang dah lama tapi buat tempahan tu agak last minit.
dalam sebulan juga.


tapi biasalah bila long weekend ni ramai rakyat Malaysia suka berjalan kesana dan kesini.
dan bahawasanya semua pulau diMalaysia penuh pada 15-17/9/2018.

perancangan awal adalah ke Pulau Redang.
owh, Pulau Redang masih berbaki pada waktu itu mungkin awal lagi kot.
bincang dan bincang dan bincang.
buat pengiraan dan lagi terkenal adalah Pulau Kapas bagi tahun 2018.
maka, kami sebulat suara ke Pulau Kapas.
bila call semua Chalet, semua penuh.
kecewa.
maka, bertukar plan untuk ke Mersing.
Pulau Tengah, Mersing


harga pun berpatutan. tak mahal dan tak murah.
bila tanya, jawapan yang sama.
pulau penuh.
bukan rezeki.
oleh itu, aku ambil keputusan untuk ke Kapas juga.
by hook or by crook kena juga pergi bercuti.
sebab susah nak kumpul berlima ni.
so decide, ambil pakej day trip sahaja di Pulau Kapas dan kami menginap dikawasan yang berhampiran dengan jeti.
yang penting Pulau.
dan Pulau kapas jadi pilihan.

Pulau



Day Trip

Pakej RM79/orang termasuk:
- boat transfer pergi dan balik
-hiking Bukit Singa with tourguide
-one set lunch box
-toilet dan tempat solat.
-deposit sebanyak RM10/orang.

bertolak pada Jumaat malam Sabtu jam 11 malam dan sampai di masjid berhampiran jam 5.20 pagi.
banyak kali juga berhenti dan trafik berjalan lancar tanpa jumpa sebarang jem.
alhamdulillah.



dalam jam 7 pagi dah bergerak ke Jeti.
masa sampai pun dah ramai yang beratur.
bot yang kami naik agak besar berbanding dengan bot-bot dari pakej lain.
tapi aku tak suka sebab memualkan.
rama-rama menari-nari dengan riang hati.



dan tak dapat nak menikmati pandangan laut disiang hari.
bagi aku, aku lebih suka naik speed bot.
dapat tengok laut.
dapat tengok awan.
dapat tengok sekeliling.
rasa angin laut.
serius. nikmat betul.
boleh terseyum gembira dengan keindahan alam yang terbentang depan mata
perjalanan memakan masa 15 minit sahaja. 
sesuai untuk mereka yang takut naik speed boat.
dari pulau pun boleh nampak kawasan sekitar Marang.



disebabkan masa untuk hiking lama lagi.
kami berjalan-jalan disekitar pulau.
kalau nak snorkelling di depan-depan chalet pun boleh.
sewa equipment lengkap sepanjang hari RM20.



memang ramai. bot kesana-kemari tak henti-henti dari kami sampai lagi.
banyak kawasan yang cantik-cantik.
bagi aku semua kawasan cantik.
air yang jernih, biru kehijau-hijauan.
cair hati tengok.



kami pilih hiking jam 10 pagi.
ada dua sesi untuk hiking bukit singa.
jam 10 pagi atau 2 petang.
ramai yang memilih jam 10 pagi.
hampir 100 orang rasanya. 
maka, dengan itu ayuhlah kita berjalan kaki menuju ke bukit singa.
turun naik batu.



lalu tepi-tepi pantai.
sebal je rasa sebab kebanyakan yang aku baca, takda pula mereka kata jalan kaki jauh.
kebanyakan bercerita hiking 5 minit sahaja.




tapi Allah hadiahkan dengan pemandangan-pemandangan yang cantik-cantik sepanjang jalan.
walaupun penat tapi berbaloi.



"Difficult roads often lead to a beautiful destination"

adalah lebih 9km pergi dan balik.
sebab gambar ini termasuk perjalanan kami ke sana kemari.
patutlah rasa susut sikit balik bercuti ni.
gurau-gurau.



tourguide kata

"kita pergi jalan kaki. kalau balik ada bot kita naik bot"

hampeh, rupanya takde bot pun.
sabar jelah aku dengan dia ni.
bila sampai di Bukit Singa, ada yang duduk dikawasan sekitar.
ada juga yang mendaki.



yang sukakan cabaran akan daki bukit yang ini.
sebab lebih mencabar.
ada dua bukit yang boleh didaki cuma yang atas ni tidak digalakkan.
maka, ramai yang naik disini.



dan ramai juga yang ambil gambar di bukit singa yang ni.
niat dihati nak naik.
nak sangat-sangat naik tapi apakan daya, ada perkara yang tak dapat dielakkan menyebabkan tak boleh naik.
biarlah kami berlima sahaja yang tahu dan terima kasih kepada team #misimencarisibadigolsood masih menyimpan rahsia.



bagi aku, kalau bawa keluarga mak, ayah, nenek, atok dan anak kecil tidak digalakkan untuk pergi mendaki kecuali pihak chalet bawa anda menaiki bot sebab trecking agak mencabar. turun naik batu yang agak tajam dan susah kalau ada anak kecil.
dan sebenarnya kalau berjalan kaki, boleh pergi sendiri tanpa perlu ada tourguide.
masing-masing jaga hal sendiri.
dalam ramai-ramai tu hanya hantar dua orang tourguide sahaja.
bagi aku agak tidak puas hatilah kita bayar dengan harga yang sebegitu dan kita boleh jimat banyak benda.



datang pulau hanya bayar bot pergi dan balik dan sewa equipment.
takpelah, pengalaman ini yang mengajar kita sebenarnya.
dan tahu selok-belok pulau.
mana tahu nak ulang semula lain kali.



dalam jam 11.30 mulakan perjalanan balik.
masih lalu tempat yang sama.
dan kami sampai dalam jam 1 petang.
makan tengahari dan ada panggilan untuk snorkelling.

jadual snorkelling ada 4 masa.
10 pagi, 11.30 pagi, 1 petang dan jam 3 petang.
kami cadang untuk ambil jam 3 petang.
rehat-rehat sambil tunggu turn.
dah nak tiba masa, aku rasa malas nak pergi.
kak farah kalau pergi xnak turun.
temah pun sama.



then kami tukar dari pergi snorkelling di taman laut ke snorkelling didepan pantai.
cuma ambil yang agak jauh sedikit dari bot lalu lalang ambil orang.
boleh je tukar tapi rasanya agak rugi sedikit.
sebab sewa equipment seharian baru RM20
dan agak terlambat idea itu muncul tiba.
kalau awal lagi, boleh sewa kayak RM20 satu kayak. selama satu jam.
ramai je yang berkayak.

dalam jam 4.30 hujan turun dengan lebat.
balik ke tempat pengumpulan sambil tunggu bot untuk balik semua ke Jeti Marang.

Pernah dengar lagu ni?

"air pasang pagi surut pukul 5, nyonya bangun pagi siram pokok bunga..."

kami naik bot yang agak besar.
bila air surut bot tak boleh ke tepian.
oleh itu, marilah kita beramai-ramai menuju ke jeti Pulau Kapas.
dan baru tahu Pulau Kapas ni ada juga Jeti sebenarnya. ingatkan takda.
adalah dalam 1km berjalan untuk menuju ke Jeti.

tamatlah percutian kami di Pulau Kapas selama 1 hari.
eh setengah hari.

keseluruhannya aku suka Pulau Kapas cuma pengurusan agak tidak memberangsangkan 
ini pendapat aku.
setiap orang ada pendapat dan penilaian masing-masing.
banyak juga aku baca review orang pasal pengurusan mereka.
tapi biasalah seorang manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
tapi fasiliti di tempat ini agak out sedikit.
ada chalet baru yang mereka bangunkan tapi bagi aku mereka juga membuka pakej untuk daytrip tapi fasiliti yang disediakan untuk daytrip out terutama bab tandas.


Penginapan

selepas makan makan, baru sempat untuk check in hotel.
kami menginap di Hotel Sri Malaysia, Marang.
memang tidak jauh dari Jeti dan berhampiran juga dengan Masjid Nur Zahirah.
kami berlima, aku tempah untuk Family triple dua bilik.
setiap satu bilik ada 1 katil Queen dan 1 katil single sebab nak keselesaan setiap orang.
seharian main air dan hiking pasti akan penat gila.
jam 9 malam baru sampai di Hotel sebab lepas dah check in mesti rasa malam nak keluar lagi kan.

"ya puan boleh saya bantu?"

"saya nak check in"

"atas nama siapa?"

"norfarhana"

"kami ada masalah sedikit puan. puan yang buat tempahan di Agoda untuk 2 bilik Family triple kan?"

"ya betul tu. masalah apa ya"

"kami memang dah letakkan bilik puan bersebelahan tapi aircond pula rosak tiba-tiba hari ini. minta maaf puan. bos saya dah gantikan dengan bilik yang standard cuma ada 1 katil queen. dan kebetulan hari ini ramai pula dan sekolah pun ada buat seminar disini"

"bilik lain takde?"

"hanya tinggal 2 standard. boss kata kalau sanggup, bagilah pada puan"

aku dah agak berubah. rasa nak marah dah tapi sebab penat yang terlampau, aku diam. mungkin perubahan muka memainkan peranan kot. sebab dia jawab soalan dalam keadaan muka yang takut-takut.
aku rasa dah cukup ayu aku dikaunter tu.

"kalau betulkan tak boleh siap juga ke hari ni?"

"maintenance kita dah cuba untuk baiki hari ni puan tapi kami tak cukup barang. terpaksa panggil the main maintenance untuk aircond. memakan masa dalam 2 3 hari juga untuk baiki."

"harga standard room berapa?"

"RM119 kami bagi puan. dah kurang dari harga harga family triple.RM142.50 yang Puan kena bayar"

"tapi memang harga Standard room RM119 pun kan. memanglah berbeza denggan Family triple. bilik pun berbeza."

"err... betul tu puan"

"so, sekarang awak xboleh nak bagi kurang untuk harga standard room awak atas kesulitan yang berlaku?"

"hmmm. kami boleh bagi RM100 sebilik paling kurang. dan inipun sebab dah malam puan check in. kalau hari masih siang tak boleh"

"tapi itu bukan masalah saya"

okey aku tak marah pun sebenarnya. masih boleh bertutur dalam bahasa yang elok-elok.

dan kami dapat aircond yang leaking.
dah malam dan penat, jadinya aku malas nak complain.
lagipun satu malam saja.
dalam jam 9.30 aku dah tidur sebab tension juga line internet terus no services.
nak membaca pun kawan aku dah tutup lampu.


Makan-Makan


bagi aku agak mewah juga makanan kali ni.
sebab sebelum sampai ada berhenti di RNR untuk makan KFC.
sarapan pagi nasi goreng, nasi bubur dan sandwich.

makan malam paling meriah.
memang order tak ingat dunia.
seronok betul makan seafood ni.
kami makan di area Kelulut.
dalam 15 minit dari area Marang
waze je Kelulut.
banyak kedai makan berhampiran sini.
boleh je pilih yang mana-mana kedai



1) sotong goreng tepung (recommended)



2) sotong bakar (recommended)



3) Pari Bakar (recommended)
4) Siakap 3 rasa
5) kailan ikan masin
6) sayur campur
7) keropok goreng
8) nasi putih 5 pinggan
9) air buah-buahan.
total RM111.50 tapi makcik tu bagi diskaun RM110.00.
semoga murah rezeki ya.

sebelum balik lalu jalan lama sebab food hunting katanya.
kami singgah makan satar di Kemaman.
cari Kedai Kak Wan.
satar dia memang superb.



1) satar + otak-otak (1set RM14)
2) satar 2 pinggan = RM8



3) Nasi Kukus 2 = RM14
4) Mee Kari
5) Nasi bubur 2
6) kerang bakar = RM10
7) air
total RM70 lebih kalau tak silap sebab bukan aku yang bayar time ni, so tak ingat total berapa.

total hangus seorang RM250 sahaja.

walaupun ada kekurangan, kegembiraan itu yang perlu kita lakarkan atas cerita kita.
gembiralah atas segala rezeki dan nikmat yang Allah sudah berikan untuk menutup kekurangan 10% sahaja dalam hidup kita.
tidak perlu biarkan 10% itu membiak dan menyebabkan kita tidak boleh gembira akan hal lain.
biarkan kegembiraan itu menutup segala kesedihan.
biarkan kegembiraan itu terus menjadi pemadam.
dan sentiasa menjadi pensel yang sentiasa melakar dan menulis segala cerita kita.

Sekian Terima Kasih!~


"More Island to explore!~"

Next destination please!

Comments

  1. Assalamualaikum, saya nak tanye, boleh tak advice sebab sy plan nak oergi kapas balik hari je, tp ade anak kecil dan mak ayh, xplan nk snorkeling bagai, just utk relax2 n mandi pantai je, memandangkan ade anak kecik dan mak ayh, perlu tak sy sewa chalet utk buat tempat rehat2 dan senang utk ank2 dan mak ayh tido sementare tggu nak balik ptg, kalau saya x sewa chalet, ade tak diorg provide tempat utk lepak, baring2, makan(sebab nk bwk bekal sendiri), mandi2 lepas main air, really hope e your kind feedback, tq in advance,

    ReplyDelete
  2. If sis reply, boleh watsapp kt no sy tak, 017-9318301-eja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~